Monday, August 06, 2007

Antara kerja dan keluarga...

Salam..

lama betul tak posting..sebulan skali agaknya baru ada post...maaf pada semua yang menunggu berita tentang pemergian kami ke IJN baru-baru ni....tak banyak yang dapat diceritakan memandangkan Husni masih dalam pemerhatian specialist kat sini....6 bulan tempoh diberi untuk melihat sejauh mana perkembangan berat badan dan sejauh mana lubang pada jantung tu membesar...doktor dah cadangkan untuk memasukkan alat ke dlm jantung untuk menutup lubang pada jantung Husni...nway, mungkin kene tunggu Husni besar sikit sebelum masukkan alat tu......mudah-mudahan Allah memelihara anak kami Husni dan semoga sehingga pembedahan tersebut dilakukan, Husni dijauhkan daripada sebarang penyakit atau komplikasi yang lain juga....

Hari ni badan terasa penat sedikit..dan agak kurang mood untuk menulis sebenarnya..semalam balik keje pukul 10 p.m...sebab nak kejar dateline untuk hantar keje pagi ni...apepun, kesian jugak kat anak-anak yang menunggu di rumah...sampai jer kat pintu, husni terus hulur tangan mintak dukung...husna pulak tak berenti merengek..sakit gigi katanya...sampai susu pun tak nak minum...husni pun belum sembuh demam sepenuhnya lagi..kesian anak-anak...masa-masa macam ni la rasa bersalah menerpa dalam diri...antara komitmen sebagai seorang pekerja dan seorang ibu biasa yang masih punya tanggungjawab terhadap anak-anak....

kalau diikutkan, nak jer berenti keje..dan jaga anak-anak di rumah...macam dulu-dulu..hehe..ataupun buat freelance jer dari rumah..tapi memandangkan nak bantu abang, dan nak bayar balik PTPTN yang beribu tu, terpaksala keje dulu dan bayar hutang sikit-sikit...lagipun, untuk jaminan masa depan jugak sekiranya ada pape yg berlaku nnt...alhamdulillah, nasib baik ana sorang jer yg jadi mangsa PTPTN...tu pun tak nak susahkan mak ayah nak bayar balik masa tu..adik-adik ana yang masuk IPT sekarang semuanya dapat biasiswa dan tajaan...alhamdulillah...senang sikit mak ayah..tak payah fikir pasal nak bayar pinjaman...so far, keje freelance tu ada...tapi tak menentu..dan rasanya tak mampu nak amik banyak-banyak dan buat sorang jer...mana nak uruskan anak-anak lagi...kadang-kadang bila baca entry kak najah cam seronok pulak bila dia bercerita pasal bisnes kecil-kecilan tu...menarik jugak...cumanya, belum ada sokongan kewangan dan perancangan teliti pasal ni...dulu-dulu slalu jugak ikut kursus usahawan...masa tu masih belajar lagi...sekarang ni pun minat tu masih ada...tapi tak tau macamana nak mula dan bisnes apa...apepun, ana ada jugak bantu abang jual jus kismis untuk muslimah network..dan sambil-sambil tu, kami ada jugak jual madu asli kampung abang kat setiu tu...alhamdulillah, dengan duit jualan madu tu banyak jugak untung yang kami dapat...sekurang-kurangnya masuk la sikit duit poket...dan dapatla abang beli motosikalnya skrg...

teringat satu emel yang diforwardkan kat ana baru-baru ni..bercerita soal keberkatan...

kisah ini menceritakan tentang sebuah keluarga besar dengan 7 org anak....dgn pendapatan si suami yang tak sampai RM3000, tapi mereka dapat hidup senang dan selesa dengan semua kemudahan yang ada...dapat pakai toyota unser dengan ansuran bulanan RM500 sebulan, sebuah rumah yg serba cukup keperluannya; sofa, tv, mesin basuh, peti sejuk, serba lengkap...isterinya walaupun mempunyai degree namun diminta menjadi surirumah dan menguruskan rumahtangga...sebagai hadiah, ibu mentuanya diberikan RM300 sebulan sebagai penghargaan buat si isteri yang sanggup berkorban segalanya... anak-anaknya yang bersekolah dihantarnya ke sekolah agama dan maahad..ibu-bapa nya juga diberi perbelanjaan bulanan RM200 sebulan...dan bil api dan air rumahnya sekadar RM20-50 saja walaupun ramai isi rumahnya..tentang perbelanjaan lain tak banyak dibelanjakan kerana tak pernah skali pun keretanya rosak atau kemalangan sejak dibeli atau anak-anaknya ditimpa penyakit-penyakit yang berat...apabila membuat pinjaman, hamba Allah ini hanya melakukannya melalui kaedah islam sahaja dan mengelakkan riba...apabila disiasat seorang sahabat...rupanya hamba Allah si pencari rezeki keluarga ini juga tidak pernah mengabaikan solat Dhuha nya...dan sentiasa mengamalkan membaca surah Al-Waqi'ah..

berkat dan rahmat Allah, kini dia merasai ganjarannya...subhanAllah..beruntunglah orang yg sentiasa dirahmati Allah sebagai ganjaran kerana sentiasa mengingatiNya...mudah-mudahan kita juga beroleh rahmatNya, amin..



hati jadi terusik membaca emel tu..lantas diri membuat perkiraan menilai diri...beruntunglah mereka yang mendapat keberkatan dan rahmat Allah..dirinya tak pernah lupa berharap dan bergantung padaNya..menyerahkan segalanya hanya padaNya...semoga diri ini tetap teguh dan tabah mengingatiNya..biar apa ujian menimpa..mungkin itu satu cubaan yang berbeza buat kami...namun kerana cubaan ini lah hati kami lebih erat kepadaNya....mudah-mudahan Allah memberi kekuatan dan rahmatNya buat kami juga...amin..

2 comments:

Ummu Auni said...

selamat hari raya, maaf zahir batin

Haruman Syurgawi said...

Slamat Hari Raya Eidulfitri kak mar...maaf, lama dah tak update blog...ada berita baru...tapi insyaAllah ana akan pos kemudian...mohon maaf zahir dan batin...