Sunday, April 25, 2010

Kesian kak ngah..


"..err..12 batang ker??"

"...yer, gigi dia yang masih boleh dirawat tanpa dicabut mungkin cuma 8 batang jer..itupun kita kene bagi treatment akar gigi untuk gigi susu yang masih tinggal..yang mana perlu ditampal kita akan tampal.."

"...kene buat jugak ker?walaupun dia tak sakit gigi??"

"....kami terpaksa buat jugak memandangkan prosedur IJN yang menetapkan patient supaya bebas masalah gigi sebelum sebarang prosedur pembedahan dijalankan..bukannya apa, bimbang kalo any infection berlaku sebelum or selepas pembedahan jantung tu nanti..even infection tu dari gigi yang rosak.."

"..ooh..macam tu.."

"..nanti agak2 berapa lama gigi baru dia akan tumbuh??"

"..mungkin akan tumbuh macam kanak2 lain jugak..mungkin dalam setahun dua ni gigi kekal akan tumbuh, tapi kemungkinan besar berisiko untuk gigi tu tumbuh secara tak teratur memandangkan dicabut lebih awal sebelum gigi tu sepatutnya dicabut..."

"hmm....terpaksala kan..."

takpela kak ngah..skrg ni dah banyak rawatan untuk mencantikkan gigi..doktor pun dah cakap, kalau gigi kak ngah tunggang langgang keluarnya nanti, still boleh dibaiki kemudian..lagipun ummi bimbang jugak...yang lebih penting kesihatan dan jantung kak ngah akan kembali normal nanti..itu doa ummi selama ni..hmmm...esok ummi kene temankan kak ngah dok hospital...kene masuk wad untuk pembedahan gigi kak ngah...terpaksala tinggalkan kakak n husnina kat abah 3 hari ni..nasib baik ummi dah explain kat kak ngah pasal pembedahan gigi tu...tak sakit pun, sambil tido jer..bangun tido dah siap cabut...(bius penuh laa.. ;))..nantila ummi post gambar kak ngah lepas pembedahan tu nanti...till then..hopefully everything would be fine...