"السّلام عليكم و رحمة الله"
"Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata..
renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan....
renung perbuatanmu, ia menjadi amalan...
renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu..."
Monday, September 18, 2006
Istimewa buatmu suamiku...
Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang Jika cinta satu pasti bertemu Ia tidak ternilai Kerana di antara hati kita Telah tiada antaranya lagi Yang ada hanya cinta kasih Ilahi
Kita berpisah hanya sementara Kerna pertemuan bukan milik kita Jasad dan suara berjauhan sentiasa Namun cinta abadi
Biar berpisah selalu menderita Kerna syurga menagih ujian Sedang neraka dipagari oleh nikmat Bertemu tidak jemu Berpisah tak gelisah
Bicara kita adalah bicara sufi Tanpa suara dan kata-kata Kerana penghubung kita adalah suara hati Bertemu berpisah kerana Allah… |
Thursday, September 07, 2006
It is my new life...
 Alhamdulillah..la ni dah 4 bulan ana dok kat M2Farm ni as programmer trainee..insyaAllah thn depan ikat kontrak ngan MMSC (Multimedia Synergy Corporation)plak..as cosware programmer(Flash)..
skrg ni pun tgh sibuk finishing projek MLVK..ada lg 2 bulan kene siapkan..actually kira best gak laa..coz sambil keje banyak belajar jugak..i'm starting from none(zero) in flash actionScript..actually memang best Flash ni..wat cosware ni pun guna Flash8 pro..with more addition classes n features in actionScript..sblm ni biasa guna Flash MX jer..alhamdulillah..makin banyak belajar n makin banyak improvement bg ana..
ramai org tanya..husna n husni dok mana? hmm...memang spanjang keje ni kene la tinggal diorang kat TASKA..keje start kul 9 am -5.30pm. alhamdulillah..semuanya masih terkawal bagi ana..orang pun pelik gaknya caner ana bagikan masa antara keje n family..tak letih ker??yerlaa..hujung minggu balik umah hubby kat setiu ngan anak2..terpaksala jadi weekend wife..sabtu ptg balik sini pulak sbb kene keje esoknyer...kdg2 bila rindu sgt ngan anak2 hubby balik gak setiap hari selasa..n balik setiu smula awal subuh rabu tu..
alhamdulillah...syukur sangat atas segala kurniaanNya..sebab skrg terasa hidup lebih bermakna..insyaAllah, dalam usia 24 tahun ana dah mengecapi hidup berkeluarga dan insyaAllah masa depan yg cerah dalam kerjaya ana jugak..mudah-mudahan Allah mempermudahkan jalan ana untuk sentiasa istiqamah ke jalanNya..may Allah bless me...amin.. |
Tuesday, September 05, 2006
Hakikat Bahagia...
Bahagia itu dari dalam diri Kesannya zahir rupanya maknawi Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada pada hati Bertakhta di kerajaan diri Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia itu ada di jiwa Mahkota di singgahsana rasa Bahagia itu adalah suatu ketenangan
Bila susah tiada gelisah Bila miskin syukur pada Tuhan Bila sakit tiada resah di jiwa Bukankah Tuhan telah berfirman Ketahuilah dengan mengingati Allah Jiwa kan menjadi tenang
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran Bila kaya jadi insan pemurah Bila berkuasa amanah Bila berjaya tidak alpa Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu Adalah ketenangan Bila hati mengingati Tuhan
Semua insan kan mengerti Maksud terseni Ilahi Itulah zikir yang hakiki |
Monday, September 04, 2006
Laman Tazkirah Online Haruman Syurgawi
 Actually, ni bukanlah laman baru sangat...cuma ana dah update dan tukar skin sket..jadi la Tazkirah Online versi baru kot...ni just intro jer...sesiapa di kalangan sahabat ana yang nak kongsi tazkirah ngan ana bolehla post kat sini...ok.. Jemputlah singgah.. Laman Tazkirah Online |