Sunday, March 01, 2015

Kisah Kak Ngah dalam majalah Jelita Mac 2015. Semoga bermanfaat untuk semua.

Assalamualaikum..


Alhamdulillah..

Masih ada ruang meneruskan coretan.
Alhamdulillah kami sekeluarga masih sihat walafiat dengan izin Allah.


Awal Februari yang lalu kisah Kak Ngah mendapat perhatian seorang penulis bagi Majalah Jelita, Puan Norashikin. Beliau meminta izin untuk menyiarkan coretan-coretan saya di Blog Haruman Syurgawi ini mengenai K.Ngah. Dengan sedikit olahan semula daripada beliau, kisah K.Ngah sejak 9 tahun yang lalu akhirnya terkumpul dan berjaya dipaparkan untuk manfaat bersama dalam Majalah Jelita keluaran Mac 2015.


Jelita Mac 2015
Saya juga turut mendapat respon melalui emel dan komen blog daripada ibu-ibu yang ingin tahu lebih lanjut mengenai pengalaman kami membesarkan anak yang mengidap jantung berlubang. Semuanya sejak saya ceritakan serba ringkas pengalaman tersebut dalam entri ini di Blog Mauceriasokmo yang juga milik saya. 


Mudah-mudahan sedikit perkongsian pengalaman kami itu dapat memberi semangat dan harapan kepada ibubapa yang juga mempunyai anak dengan penyakit sebegini. Cerita yang saya paparkan di Blog Haruman Syurgawi cuma secebis daripada pengalaman sebenar kami. Ada bahagian-bahagian tertentu yang tak terluah di sini kerana kami ingin sentiasa bersangka baik dengan setiap taqdirNya.


Pelbagai ujian telah dilalui Kak Ngah yang kadangkala kami rasa kuatkah dia menanggungnya.. namun, pasti ada asbabnya setiap apa yang berlaku. Dan kami redha kerana kami tau Allah telah memberi kekuatan buat Kak Ngah melaluinya. Jantung membengkak, dada meninggi, paru-paru hampir banjir darah, lelah, kerap demam panas, selalu keletihan serta dicabut 12 batang gigi serentak..ini adalah antara saat-saat yang sukar yang pernah Kak Ngah lalui. Alhamdulillah...memang benar. Allah jadikan K.Ngah cukup kuat mengharungi semuanya..


Bagi kami, kami cukup bersyukur kerana 9 tahun yang telah Kak Ngah lalui akhirnya dapat kami sama-sama tempuhi dengan penuh hikmah yang hanya Allah lebih mengetahuinya. Banyak saat-saat yang dilalui merapatkan lagi hubungan saya dan suami serta keluarga kami.


Apalah sangat ujian ini jika dibandingkan dengan ujian yang lebih besar dihadapi ibu bapa lain di luar sana. Sangat bersyukur kerana kini Kak Ngah sudah boleh meneruskan kehidupan sebagaimana kanak-kanak lain. Alhamdulillah.


Untuk ibu bapa yang mempunyai anak yang sakit, jangan sesekali terlalu bersedih dan mudah mengalah. Sentiasalah bersangka baik dengan ujianNya. Jika duit masalahnya, ia boleh dicari. Percayalah Allah sentiasa akan mencukupkan rezeki bagi setiap anak yang dilahirkan..namun jagalah sebaik mungkin amanah yang telah diberikan ini walaubagaimana sekalipun. 

Berikhtiarlah selagi mampu. Doa seorang ibu juga adalah penawar terbaik buat si anak. Dan yang paling penting redhalah dengan ujian Allah dan percayalah ada hikmah yang besar bagi setiap perkara yang berlaku.




Saya doakan mudah-mudahan Allah melindungi dan merahmati kita semua..InsyaaAllah..

Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah dari kelemahan saya sendiri sebagai hambaNya yang dhaif. Semoga dipermudahkan segala urusan kita dunia akhirat. Doakan kita diberi kekuatan dan kemampuan menjaga anugerah istimewa ini sebaik mungkin.
Ameen.


Ikhlas,


Ummi Ana.








Saturday, October 25, 2014

Selamat Tinggal IJN

Assalam..

Alhamdulillah..kami dah tak perlu bawa k.ngah ke IJN lagi..temujanji kak ngah dengan Dr. Hasni di IJN Jun lalu adalah yang terakhir kak ngah perlu jumpa doktor pakar di IJN....dah nak masuk Tahun 4 kak ngah tahun depan..sekejap je masa berlalu..rasanya baru lagi saya berkongsi di sini mengenai kak ngah anak kami yang mempunyai jantung berlubang 8 tahun yang lalu..terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sentiasa memberi sokongan dan kata-kata semangat buat kami..syukur Ya Allah..


So far, kami masih lagi perlu membawa kak ngah jumpa Datuk Jimmy, Pakar Pediatrik di HSNZ..itu syarat yang telah ditetapkan pihak IJN..kata Doc, sekadar untuk memeriksa keadaan jantung k.ngah setiap 2 tahun sekali..


Kak Ngah kene celak sebelah mata semasa buat persembahan di sekolah..Piece!!
Doakan kesihatan kak ngah kami..mudah-mudahan kak ngah sentiasa sihat, diberkati dan dalam lindungan Allah selalu dan dapat menikmati hidup seperti kanak-kanak lain sebayanya...insyaaAllah..Ummi doakan anak-anak ummi semuanya jadi anak yang soleh dan solehah, bahagia dunia akhirat..aamiin..






Thursday, June 05, 2014

Menunggu saat itu..

Alhamdulillah, dapat ummi menyambung coretan di sini..

Lama sudah blog ni tak berupdate..
ummi sekarang banyak fokus pada blog mauceriasokmo..blog bisness ummi...
Alhamdulillah, so far so good..
bagi ummi bisnes Shaklee dah membuka satu episod baru dalam hidup ummi..
Allah tunjukkan jalan untuk ummi fokus pada keluarga dan bisnes ummi..

Ummi nekad nak jadi WAHM..Ibu dan suri yang bekerja dari rumah..
kerja apa? Jual Shaklee aje ker..

Untuk permulaannya begitulah nampaknya..Ummi masih bertatih..baru setahun jagung dalam bisnes..
Tapi Ummi yakin rezeki Allah ada di mana-mana..
asalkan ummi berusaha..
InsyaaAllah..Ummi yakin ummi akan berjaya...
Ummi mintak abah redha cita-cita Ummi..
Abah kata memang itu juga harapan abah..
Supaya Ummi sentiasa di sisinya dan anak-anak Ummi..

Ummi dah hantar notis 3 bulan bermula April lepas kepada HR..
InsyaaAllah..hujung bulan ini tamatlah tugas Ummi sebagai pensyarah di UCB, University College Bestari..
Orang lain mungkin berlumba mencari kerjaya bergaji besar..
Namun bagi Ummi cukuplah..
Ummi sudah banyak abaikan anak-anak Ummi..
Ummi sering tiada di sisi abah,
Ummi nak pimpin sendiri tangan anak2 Ummi..
Ummi nak didik anak-anak Ummi dulu..
Ummi akan terus mendidik jika berpeluang..
Cumanya saat ini rasanya Ummi lebih diperlukan di rumah.

Ummi nekad untuk berniaga dari rumah..
dan menjadi Ibu dan Isteri sepenuh masa..
kerana cita-cita Ummi sudah berubah..Ummi nak jadi WAHM..
tapi bukan WAHM biasa..

insyaaAllah, WAHM berpendapatan sendiri..
WAHM yang bekerja dengan ALLAH untuk suami dan anak-anak..
WAHM yang boleh membantu masyarakat walaupun dari rumah..
WAHM yang mampu menyumbang untuk keluarga, dan jemaah Islam..
Allahuakbar, besar juga cita-cita Ummi ni yer..
apapun..semoga tercapai cita-cita Ummi..
Semoga Allah redha akan apa yang kita sama-sama usahakan..

doakan Ummi..
Ummi buat semua ni untuk abah dan anak-anak ummi..
Ya Allah, cukupkanlah bagi kami akan rezekiMu walau sedikit atau banyak..
Semoga kami mendapat redhaMu..
jadikanlah kami Qanaah dan sentiasa bersyukur..
dan jauhkanlah kami dari kufur nikmatMu..

Aameen..






Tuesday, June 11, 2013

Sibuk? Alhamdulillah..

Salam...lama sudah tak berblog...insyaaAllah, akan kugagahkan diri untuk meneruskan coretan...Ramadhan sudah makin hampir...harus semangat,OK!!

Hari ini mau share ini blog n page...kepunyaan saya juga..

MauCeriaSokmo
http://mauceriasokmo.blogspot.com

Page Mauceriasokmo
Jemput Like yer..Saya pengedar Shaklee yang sah dgn SID 911750
https://www.facebook.com/pages/Mauceriasokmo

Itulah antara perkara yang menambah kesibukan saya sekarang, bukan memberi alasan...sekadar menerangkan..(takmo bagi alasan banyak2..kadang2 memang saya lebih suka sharing di FB sahaja sebab lebih mudah tekan butang share sahaja daripada buka blogspot..

Mau share ini jugak..anak2 comel saya...

Sunday, February 17, 2013

Husein,my lovely

Assalamualaikum..sy perkenalkn, ank no 5 saya..w.amir husein..lepas ni kene tukar banner blog n fb bru la,husein pn nk masuk skali,kn..apapun, alhmdulillah...anak2 memang rezki saya..ramai yang tanya,berapa umur sy dengan ank dah msuk 5 org? hmm..umur tak jadi masalah, asalkan anda bersedia untuk menerima amanah yang diberikan..anak2 itu kan amanah daripadaNya..insyaAllah, akan saya didik mereka sebaik mungkin..semoga kami berdua mampu menjadi ibu bapa yg baik buat anak2 kami..ameen..


Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday, October 05, 2012

just our pics

Nothing to write..just photoblog!testing via blogger droid..


Published with Blogger-droid v2.0.1

Tuesday, August 14, 2012

Ramadhan ini...

Alhamdulillah, hari ini ada sedikit kelapangan..sementara menunggu waktu pulang, sempat jugak menaip untuk khabar baru di blog ini...sejak ada fb, blog ni seolahnya dah terabai sikit..bukan kerana sibuk dengan fb, tapi blog menuntut saya untuk berfikir lebih mendalam tentang isi yang ingin disampaikan..fb pula, saya lebih suka berkongsi sesuatu yang baik yang dikongsikan kawan2...memang banyak tulisan di blog ini lebih menceritakan soal perkembangan diri, keluarga dan anak-anak..kerana byk perkara baik juga telah berlaku dalam hidup haruman syurgawi..yang tidak baik, cukuplah ia menjadi rahsia yang hanya Allah lebih mengetahui....semua yang tertulis sekadar untuk tatapan sahabat2 terdekat yang mengenali...bagi yang tidak mengenali, ambillah mana yg baik dari blog ini...semoga menjadi panduan kita bersama...

Alhamdulillah, Ramadhan kali ini berjaya dilalui hingga hampir hujungnya..beberapa hari lagi akan berakhirnya Ramadhan dan Syawal pula akan menjelma...Ramadhan kali ini...tak banyak bezanya dengan yang lepas..cuma kali ini acapkali juga terlepas waktu sahur..dek kerana alpa terlalu bergantung pada jam loceng yang akhirnya dah rosak walhal Allah sebaik2 tempat memohon kudrat dan kekuatan untuk bangkit di malam hari..walaupun begitu, syukur Alhamdulillah, Ramadhan ini memberi banyak erti bagi kami sekeluarga...apatah lagi dapat menyambutnya di rumah kami sendiri yang menjadi hak sementara yang Allah pinjamkan di dunia...

Sejenak, diri ini berfikir adakah masih ada Ramadhan untukku..seterusnya?Allahuallam..Semoga ini bukan Ramadhan terakhir buat kita semua...dalam sisa ramadhan yang masih ada ini, semoga masih sempat untuk kita memperbaiki diri dan mencari seribu malam yang telah dijanjikan Allah buat kita...terpulanglah samaada kita ingin atau tidak mencarinya....yang pastinya malam itu akan tetap berlalu dan mungkin juga telah kita biarkan berlalu sedangkan kita tidak pasti adakah kita akan bertemu lagi Ramadhan seterusnya...YaAllah, berikanlah peluang untuk kami bertemu Ramadhan seterusnya...semoga Ramadhan ini bukan yang terakhir bagi kita...amin.

Semoga Syawal yang mendatang disambut dengan penuh kesyukuran..


Sunday, July 15, 2012

Rumah baru

Alhamdulillah, dah selamat pindah masuk rumah baru..seadanya inilah rumah kami..sangat lama tak update..antara perkara yg disibukkan adalah pembinaan rumah baru nilah..semoga Allah memelihara kami sekeluarga berlindung sementara di atas dunia di rumah ini seadanya..semoga ada rumah yg lebih baik untuk kami sekeluarga di akhirat kelak..amin...

Saturday, December 10, 2011

mak yang terbaik!!

Salam...
izinkan ummi untuk mencoretkan sedikit cerita..bukan untuk bercerita tentang diri sendiri semata, tetapi untuk mengajar diri agar sentiasa ingat pada apa yg paling penting dilakukan ummi sebagai seorang "IBU"..

ummi terbaca satu pos sahabat..tak perlulah dinyatakan siapa...yang pastinya...ummi yakin ibu ini hampir berputus asa...dek kerana terlalu penat melayan karenah anak2 yang masih kecil dan selalu cuba menarik perhatian ibunya... ibu ini sering mengeluh dan merungut kepenatan dan kadang-kadang seolahnya berputus asa semasa menjaga anak-anak mereka...hmm..ummi terfikir...ramai betul ibu2 zaman sekarang yang punya blog dan facebook..dan sering saja meluahkan rasa di dalam facebook dan blog mereka soal anak-anak...banyak jugak yang baik2 diceritakan tentang anak-anak...tetapi yang kurang baik pun ada diceritakan juga..buat ummi terfikir wajarkah ibu ini bercerita betapa "nakal"+"aktif"+"menyusahkan" anak-anak ini memperlakukan ibu bapa mereka...bahkan ada juga komentar yang berlumba-lumba menyatakan anak mereka jauh lebih teruk daripada yang lainnya...Allahh..itu yang ummi agak terkilan..

sepanjang ummi menjadi anak kepada ibu ummi, Puan Ramlah...ummi tak nafikan kadang2 pernah juga melihat mak merungut kepenatan sekali sekala..maklumlah..adik beradik ummi yang seramai 10 orang ini sangat pelbagai karenahnya...dan adakala terlihat mak yang kadang2 tertidur di luar bilik bersama-sama anak dek penat menjadi ibu+wanita berkerjaya...sekarang pun alhamdulillah, mak masih lagi bekerja sebagai guru dalam usia 53 tahun...ummi masih ingat semasa ummi berumur 8 tahun...waktu tu adik beradik ummi dah seramai 5 orang(drp 10 skrg)..ayah ummi sedang menyambung pengajian dan sedang menghadapi peperiksaan PJJ di USM P.Pinang selama sebulan..waktu itu, mak sedang sarat mengandung anak ke 6..memandangkan ummi anak yg sulong, mak sering juga meminta ummi membantu dalam kerja rumah dan menguruskan adik-adik..ummi dah biasa mencuci dan menukar lampin adik-adik(masa tu pakai napkin jer, bukan pampers) dan memasak nasi seusia 9 tahun..ummi lah juga yang selalu membangunkan adik2 masuk tidur ke bilik di tengah malam dan kadang2 mendukung hingga ke katil kalau adik2 agak liat untuk bangun sendiri..ummi juga yang menyiapkan pakaian adik2 untuk dibawa ke taska dan menggosok baju adik2 yang bersekolah...dan ummi lakukan juga biarpun penat kerana rasa kasihan melihat mak ummi yang kepenatan menguruskan kami 5 beradik dalam keadaan saratnya itu..tapi biasalah..umur yang belum matang saat itu kadang2 mencetuskan juga rasa cemburu pada adik2 yang tidak disuruh buat itu ini sebagaimana ummi..ummi pernah menolak ketika diminta memasak nasi sehingga membuatkan mak ummi menangis.....ya Allah..ummi memang rasa sangat bersalah saat itu..
ummi berkali-kali meminta maaf....dan ummi sering mengingatkan diri agar tidak mengulanginya lagi...

hari ini, tak salah rasanya ummi bercerita semula pada anak2 ummi..ummi kagum dengan kakak...seusia kakak 7 tahun, kakak sudah pandai membantu dalam banyak perkara...mulanya disuruh, namun sekarang kakak sudah terbiasa membantu ummi dalam kerja rumah.. kakak sudah biasa membantu ummi menguruskan adik-adik dan boleh juga membantu dalam kerja rumah yang mudah seperti menyapu, menjemur kain, menghidangkan makanan untuk adik2 dan macam-macam lagi...terlihat sangat matang dan bertanggungjawab berbanding anak2 lain seusianya...pernah suatu hari ummi asyik berbual dengan tamu dan terlupa untuk menghidangkan minuman untuk tamu...ummi langsung tak perasan kakak di dapur senyap2 membancuh teh...tiba-tiba saja kakak keluar membawa sedulang minuman sambil menggigil tangan kakak menahan berat dulang...Allahuakbar, memang sangat tersentuh hati ummi melihat usaha kakak apatah lagi bila tamu menyatakan teh yang kakak bancuh memang sedap(cuma kurang panas sedikit).. ;).. dengan adanya anak-anak seperti kakak, ummi tak kisah punya anak ramai kerana Allah dah bagi kakak dan anak-anak yang rajin pada ummi untuk membantu..bagi ummi, setiap anak adalah anugerah terbaik bagi ibu bapa dan ibu bapa juga harus tahu menghargai mereka...

mak selalu mengingatkan...faktor terpenting untuk melihat anak2 berjaya adalah selalu mendoakan dan redha terhadap anak2...jika yang sering keluar dari mulut seorang ibu adalah " nakal", "buas(aktif)", "menyusahkan" dan "meletihkan" maka itulah yang akan berlaku...apatah lagi bagi ibu yang sering menyumpah seranah pada anak-anak mereka..na'uzubillah..dan apa yang lebih penting adalah jangan sekali-kali menceritakan keburukan dan kelemahan anak2 pada orang lain...ibarat menepuk air di dulang, pasti terpercik ke muka si ibu sendiri....

walau apapun memang tak salah melepas perasaan, tapi kurang manis jika diceritakan pada orang luar tentang karenah atau perkara tak elok yang anak-anak lakukan...bersangka baiklah pada anak2 dan kurangkan merungut...itu juga yang selalu ummi peringatkan pada diri sendiri..(kadang2 selalu juga merungut depan abah..huhu)..facebook, blog dan sembang kosong di tempat kerja bukanlah ruang untuk melepaskan tekanan perasaan seorang ibu!!bertukarlah kepada cerita yang baik2 sahaja tentang anak2..tapi bukanlah sampai mereka-reka supaya orang terasa kagum dengan anak-anak..belajarlah menerima kelemahan anak-anak...setiap anak berbeza watak dan perangai mereka...(tak lupa menujukan peringatan itu pada diri ummi sendiri)..

apapun, itulah antara rahsia mak ummi (tok)...mak tidak pernah bercerita tentang perkara buruk anak2 pada orang luar...cukup kami adik2 beradik memahaminya...walaupun sama perangai adik2 beradik kami dengan anak orang lain yang bercerita pada mak, tetapi mak sekadar mendengar dan tersenyum..kadang2 mak hanya bercerita dengan kami adik beradik untuk meminta pandangan dan berkongsi...apapun, itulah mak saya...sering ada yang bertanya bagaimana mak mendidik kami sehingga masing2 berjaya seperti sekarang...alhamdulillah, sekurang-kurangnya tiada antara kami yang tercicir dan terkebelakang dalam pelajaran...semoga doa mak terus mengiringi kejayaan kami....begitu juga dengan ayah saya...terima kasih kerana menjadi ibu bapa yang sangat optimis pada anak2..dan kerana doa kalianlah kami berjaya...dengan izin dan rahmat Allah juga...

Alhamdulillah, Allah telah memberikan ummi mak yang terbaik!! Semoga ummi juga mampu menjadi mak yang terbaik untuk anak-anak ummi...insyaAllah...untuk mak dan ayah, TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA..


Thursday, October 06, 2011

update cuti sekolah...

Alhamdulillah...

masih diberi peluang untuk ummi menyambung catatan ummi setelah 2, 3 bulan menyepi di sini...tanggungjawab kerja menuntut ummi mendahulukan amanah yang diberikan terlebih dahulu...hmm..sekarang kebanyakan student tengah bercuti..so kelas stop sementara untuk ummi..sbb ummi banyak mengajar student collaboration UTM..kalau UTM cuti, ummi pun dapatlah rehat sementara..cumanyanya..tinggal lagi kerja2 persediaan kuliah untuk semester akan datang dan menyiapkan penulisan modul ummi..

anak-anak ummi alhamdulillah sihat semuanya biarpun sekarang musim hujan dan bah di setiu dan terengganu seperti kebiasaannya...kakak dan kak ngah memang seronok sebab dapat menikmati cuti persekolahan bersama-sama abah di rumah..maafkan ummi sebab tak dapat bersama-sama kalian..ummi bekerja kerana ummi sudah niatkan kerja ummi ini untuk membantu abah dan keluarga kita dan juga untuk melangsaikan hutang ptptn ummi...sebenarnya ummi berharap agar dapat bekerja sendiri suatu hari nanti..banyak plan dan anganan ummi sebenarnya..cumanya ada hal lain yang perlu diselesaikan terlebih dahulu skrg..sambil2 tu ummi menyimpan untuk merealisasikan impian ummi tu..

banyak peristiwa yang berlaku sebulan dua yang lepas..tapi ummi rasa dah tak sesuai ummi cerita panjang di sini..mungkin fotoblog saja memadai..kalo ada pun yang paling last berlaku 12hb lepas..apabila kereta ummi di langgar dan ditinggal orang tak bertanggungjawab macam tu je..seingat ummi, mungkin itu pertama kali berlaku perkara macam ni...sebab semasa kejadian, tiada saksi yang melihat melainkan Allah jer yang tahu macamana peristiwa ni berlaku..masa tu ummi sedang bertugas mengawas exam student UTM di blok sebelah parking staff..tak tahulah siapa dan bagaimana, ada hamba Allah ni mungkin terlanggar kereta ummi..panik..dan terus cabut lari..kalau dia seorang yang bertanggungjawab, pasti ditinggalkannya fon number untuk ummi hubungi..tapi bukan itu yang berlaku..ujian Allah untuk ummi...

apapun, ummi dah report kat balai pengawal..tapi mereka pun tak dapat nak buat apa2..nk report polis? entah la...sebab ummi mulanya berharap orang yang bertanggungjawab akan tampil atau sekurang-kurangnya bertanggungjawab atas kerosakan yang berlaku..apapun..dah seminggu berlalu..dan ummi rasa ummi dah redha apa yang berlaku..ujian Allah...dan ummi anggap itu sebagai korban zulhijjah kali ini...ummi tak nak cari lg dah siapa pelakunya..kalau diizinkan Allah ummi mengetahuinya, alhamdulillah...
My kelisa yang kemik..alhamdulillah, sekarang dah ok..

alhamdulillah, sekali lg Ya Allah..sekarang kami dalam proses membina rumah impian kami..syukur padaNya kerana mengizinkan kami untuk memiliki rumah kami sendiri..setelah pelbagai halangan dan cubaan yang kami hadapi demi membina sebuah rumah untuk kami sekeluarga diami..masih lagi di awal pembinaan..insyaAllah, jika tiada halangan melintang dan jika dipanjangkan umur awal tahun depan kami akan dapat tinggal di rumah impian kami sendiri..insyaAllah cukup sekadar keperluan kami..bak kata ustaz Azhar Idrus, tak penting buat rumah cantik sangat kat atas dunia ni..rumah akhirat tu pastikan kita adakan dulu dan hias cantik2 dengan amalan kita sekarang..sebab kita nak hidup lebih lama di akhirat nanti...insyaAllah...

Rasanya setakat ni dulu..masih ada kerja perlu dibereskan..ni haa..fotoblog untuk sebulan dua yang lepas...tak sempat nk explain banyak2..huhu..

Front view our coming house atas pelan..tapi yang sebenar takdela cantik sangat macam ni..berdasarkan ilusi pereka pelan jer.. bawah: 2 weeks and 5weeks in progress

































Adik Ummi(Che de Nadiah) yang menjalani operation di HKB kerana masalah tulang leher yang berkait dengan saraf..
alhamdulillah, dah 3 bulan lebih che de berehat dan diberi cuti mengajar(cikgu) oleh doktor kerana masih dalam proses untuk recover..dan sekarang tengah dalam proses untuk transfer ke semenanjung dari Sarawak...dalam keadaan beliau yang tak berapa sihat dan perlukan rawatan susulan dari pakar dari semenanjung memang ummi sangat berharap permohonan che de diluluskan..tokki pun dah ke putrajaya untuk membuat rayuan..lagipun dah dkt 4 tahun che de mengajar di Sarawak..ummi doakan semoga che de berjaya dalam permohonan tu..ameen



the only famly pic..raya ke-3 kat umah tok..baju raya dah tak ada tema dah..






Anak-anak ummi the latest..3 anak dara pakai jubah dress yg ummi baru siapkan..tak tau nak hias apa just beli manik siap tampal and iron jer...credit to che de for da viet silk u gave..bawah: hasan hisap jari??..tak tau nak buat macamana..susah nak suruh dia stop..almost every sleeping time..hehe..



Lastly but not least..i've just lost my lovely phone..k770i creamy silver...sape jumpa sila pm saya yer..hilang masa pegi kedai jahit zailani kat kampung buluh..ntah kat mana la tercicir..apapun, baru jer angkat another sony..nway, harap sangat dapat jumpa balik...banyak fon num collection dalam tu..huhu..gambar ni tinggal kenangan jer la...







Apapun..wait 4 my next update...insyaAllah kalau diberi kelapangan..(biasanya waktu lapang banyak buat benda lain)..till then..Assalamualaikum..


Tuesday, September 06, 2011

Salam Aidilfitri


Kuikhlaskan hati mohon kemaafan,
Moga lebur segala dosa dan kesilapan,
Berganti dengan bingkisan ucapan,
Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu..dan semoga syawal ini juga sebaik Ramadhan yang pergi..

dan semoga..
akan bertemu lagi dengan Ramadhan seterusnya..

ameen..
SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI..daripada kami sekeluarga..

Monday, August 22, 2011

Anak saya terjatuh..

hmm...xtau sebenarnya dari mana nak mula..sebab sebenarnya kejadian ni dah berlaku sebelum Ramadhan lagi..cumanya nak berkongsi kenapa pentingnya kita ambil berat apabila anak terjatuh..

Akhir Julai lepas ummi bawa anak ummi, Amir Hasan ke unit kecemasan HSNZ Kuala Terengganu apabila ummi dapati kepala sebelah sisi kirinya ada benjolan lembik(macam ada air kat dalam)..ummi dah perasan ada benjol kecil 2 minggu sebelum tu..tapi ummi ingat benjol biasa sebab hasan selalu juga terjatuh dek kerana dia makin aktif sejak pandai berjalan ni..tapi apabila dah nak masuk 3 minggu ummi perasan benjol dah jadi semakin besar..dan ummi mula bimbang sbb benjol tu tak surut2..

akhirnya ummi bawa Hasan ke private clinic untuk cek...Hasan kelihatan ok je..tak menangis dan nampak tak sakit langsung walaupun ditekan pada benjol tu...sbb tu ummi pun tak kisah sangat pasal benjol tu..sbb lain2 pun ok..makan minum ok..tidur mcm biasa dan tak menangis kesakitan....apabila dibawa ke klinik, doktor cakap perlukan xray untuk tengok puncanya...sbb tu ummi tak buang masa dan terus bawa hasan ke Unit kecemasan HSNZ...

Sampai je di sana, dan lepas ummi explain kat kaunter saringan, terus menunggu di bahagian rawatan tidak kritikal..sbb hasan pun tak nampak sakit..tak lama menunggu, doktor terus panggil masuk ke dalam. Dr arahkan buat x-ray sbb nak tengok if ada sebarang keretakan.
Sangkaan doktor memang benar..ummi sendiri dapat lihat garisan halus fractal pada sisi kepala hasan...kemudian, Dr arahkan supaya hasan ditahan di HSNZ untuk buat CT scan...




nway, hasan cuma warded 24 jam untuk observation dan CT scan...alhamdulillah dan terima kasih diucapkan pada kawan abg yang kebetulan doc yang bertugas ms tu sbb percepatkan CT scan tu...after CT scan, alhamdulillah Dr ckp tak ada bleeding inside..cuma air dari dalam keluar sikit melalui leaking tu..sbb tu ada benjol lembik..dan insyaAllah doktor ckp akan baik sendiri sbb masih baby...faktor yang boleh menyebabkannya mungkin daripada kesan terhantuk atau terjatuh..itu kata doktor....hari ni ummi tengok hampir hilang dah benjol tu ..Alhamdulillah sbb Allah masih memanjangkan usia anak ummi ni..na'uzubillah semua ni berulang lagi..more about bahaya terjatuh n fractal ni pada kanak-kanak bleh baca artikel ni..terjumpa di Blog Dr Muna, wife kepada penulis SaifulIslam.com..

http://drmuna.wordpress.com/2010/01/01/bayi-saya-jatuh-tapi-ok/


Apabila perkara macam ni berlaku pada anak ummi, ummi tak salahkan sesiapa..mungkin ianya berlaku sebagai peringatan buat ummi sendiri..supaya ummi lebih berhati-hati lain kali..memang ramai yang tanya jatuh kat mana?taska ke?or macamana terjatuh dsbg...bagi ummi mungkin ini ujian Allah pada kita..bukan perlu tanya siapa yang buat..atau siapa bertanggungjawab..semua ni ummi terima sebagai ujian untuk ummi dan anak-anak ummi..semoga hasan makin sembuh dan pulih sepenuhnya..cuma masih lagi kene follow up dengan neuro surgery specialist..doakan hasan cepat sembuh..ameen..

Apapun, hati ummi tersentuh apabila melihat adik Iman di sebelah katil hasan..3 bulan terbaring di hospital selepas kemalangan yang menyebabkan beliau pecah tempurung kepala dan masih belum sedar sepenuhnya...suatu keadaan yang amat sedih untuk dilihat apatah lagi ditanggung...untuk mokcik Nik, ummi doakan semoga beliau sekeluarga tabah, diberi kekuatan dan semangat yang kuat di atas setiap ujian Allah...untuk adik Iman juga, semoga cepat sembuh..nnt nak jadi pendakwah bebas,kan...

Sunday, August 14, 2011

Ramadhan ini..

Alhamdulillah yaAllah..

bersyukur kerana masih dipanjangkan usia ini untuk menikmati Ramadhan kali ini seadanya namun penuh keberkatan bagiku...

Ramadhan ini..
Alhamdulillah, anak sulongku husna diberi kekuatan untuk berpuasa...sehingga sekarang(hari ke 14) puasanya masih lagi penuh..biarpun ini pertama kali kakak berpuasa...insyaAllah kakak..ummi akan hadiahkan sesuatu sebagai ganjaran untuk kesabaran kakak berpuasa..dan insyaAllah ganjaran yang lebih besar telah dijanjikan Allah untuk kita..

Ramadhan ini..
sahurku Alhamdulillah..masih belum tertinggal dan masih diberi peluang untuk ku bangkit dan menyediakan makanan sahur untuk suami dan anak-anak yang turut berpuasa..biarpun adakalanya bangkitku sedikit lewat dan waktu sahur hanya berbaki lagi 15 minit dek kepenatan menyiapkan kerja rumah semalamnya..

Ramadhan ini...
Alhamdulillah, aku dapat meneruskan tadaruus dan terawih biarpun hanya di rumah kerana anak-anak membutuhkan diriku di rumah..namun dapatlah aku menumpukan perhatianku kepada anak-anak dengan mengajak mereka mengaji dan bersolat bersama-samaku..

Ramadhan ini..
Alhamdulillah, aku berbuka sesederhana yang mungkin...kuih muih bukan satu keutamaan biarpun hati masih berkehendak.. kerana aku tidak mahu berlebihan melayan nafsu makan..sehinggakan pernah sehari aku hanya minum dan makan sebiji kurma semasa berbuka dan esoknya ketika sahur aku masih tidak berasa lapar..mungkin berkat sebiji kurma yang dimulakan dengan bismillah..

Ramadhan ini..
Aku rasa lebih teratur..masuk kerja lebih awal dari kebiasaanku..dan dapat aku menyelesaikan urusan pekerjaan dengan lebih cepat dan mudah...pelajar-pelajarku juga jarang memonteng biarpun sedikit kepenatan sebelah petangnya..aku sentiasa mengingatkan mereka bahawa Ramadhan ini adalah bulan keberkatan..sedikit kita belajar namun banyak yang diingat kerana tiada gangguan nafsu makan yang beraja dan melemahkan badan..

Ramadhan ini..aku juga berniat sesuatu..ada sesuatu yang belum kulakukan..insyaAllah, aku yakin Allah akan mempermudahkan..semoga apa yang akan kulakukan ini menjadikan Ramadhan ini lebih manis buatku..dan doaku..semoga ini bukan Ramadhan terakhir buatku..
hari ke-15 sudah mahu menjengah..namun masih banyak belum ku lakukan..dek rehat 7 hari yang Allah berikan..namun alhamdulillah..10 malam terakhir tidak akan kusiakan..

YaAllah...berikanlah aku kenikmatan beribadah agar dapatku manfaatkan Ramadhan ini untuk terus mendekatiMu..limpahkanlah rahmatMu ke atas keluarga kami...dan jadikanlah kami dari golongan yang bersyukur dan diberkatiMu..ameen..

Allaaaahuaakbar...Alhamdulillah..


Monday, June 27, 2011

Hari Jumaat yang panjang..


Alhamdulillah..
Syukur yaAllah..masih panjang umur anak-anak dan suamiku..dan terima kasih Ya Allah kerana menyelamatkan anakku..

Pagi Jumaat:

Macam biasa setiap hari Jumaat Ummi agak sibuk menguruskan anak-anak, siapkan kerja bersih rumah, basuh baju, masak dan segala tanggungjawab ummi..kebetulan hari tu ummi agak happy sebab tok n tokki padang midin datang tidur umah malam semalamnya..walaupun penat sedikit tapi ummi tak kisah sebab ummi memang suka adik-adik dan mak ayah ummi datang..abah awal-awal lepas subuh dah keluar..nak ke Rusila katanya..pagi tu ummi bangun tidur, solat subuh dan terus ke dapur untuk buat sarapan..ummi masak nasi goreng+roti goreng celup telur+kek batik biskut marie(buat sehari sebelum tu)..lepas sarapan, terus keluar jemur kain dan sapu laman depan rumah...tok tengah bersiap nak ke SK Merang(sekolah tok mengajar) sebab nak tengok murid-murid tok berkhemah kat sekolah. Anak-anak ummi apa lagi, terus nak ikut sama..terpaksalah tokki bawa semua anak-anak ummi bersama...nasib baik ada cikya tolong pegang Hasan masa kat sana..sebab nanti tokki balik bari semula untuk berehat sementara tok selesai tugas di sekolah..

Kek marie yang ummi buat khamis petang..yang ni ummi potong siap-siap nak hantar ke umah che de yah..versi comot sebab bekas potongan kakak..













11.50 am:
Abah baru sampai di rumah.. tokki pula tengah bersiap nak ambil tok di sekolah dan balik ke padang midin semula sebelum solat jumaat..kebetulan minggu tu abah yang kene baca khutbah kat Masjid Kg. Bari..so, biasanya abah akan bersiap awal untuk ke masjid dan baca-baca dulu teks khutbah..masa nak balik sempat lagi abah bekalkan tokki dengan 3 biji kelapa muda..tak lupa juga ummi minta tokki bawa balik puding tauhu yang tok buat di rumah kita pagi tu..kebetulan tok yang beria sangat nak buat puding tauhu untuk bagi cikgu-cikgu sekolah yang bertugas kat perkhemahan tu makan..bakinya, ummi simpan sedikit untuk kita dan selebihnya ummi bungkus bagi tokki bawa balik ke padang midin..rasa berat hati ummi bila adik-adik ummi dan tokki nak balik..bukan selalu mereka datang tidur di bari..insyaAllah, bila dah naik rumah kita sendiri nanti ummi akan selalu jemput tok dan tokki ke rumah..













Puding tauhu yang belum disiram dengan sirap laici..bekas kecik untuk tok bawa ke sekolah..
2.25 p.m
Seperti biasa, hari Jumaat ummi selalu dijemput ke majlis tahlil dan bacaan yaasin bersama makcik-makcik dan golongan muslimat Kampung Bari. Minggu ni giliran di rumah Mok Yam pula. Abah tak ikut sekali memandangkan warga lelaki tak dijemput sama. Kak ngah, kakak dan kak cik dah siap pakai tudung dan baju kurung menunggu di luar untuk ikut sama ke majlis tu. Sedang ummi bersiap-siap sambil berbual dengan abah tiba-tiba..."kung!!!"(bunyi sesuatu dihantuk pada besi)

"Ummi...ummi...kak ngah jatuh.."

"Astaghfirullahal'azim..jatuh mana..jatuh kat mana tadi kakak?"
"..err..jatuh kene kat besi ampaian tu haa..marilah tengok kak ngah ni ummi.."
"Allahuakbar.."

Kak ngah berguling-guling sambil menangis atas sofa...tangan kak ngah pekup di kepala..darah menitik dari tangan kak ngah..

"ummi..sakit,ummi..sakit sangat..."

"Ya Allah, apa nak buat ni.."

Ummi jadi panik...terus panggil abah bila tengok darah banyak keluar kat kepala kak ngah sampai basah tudung kak ngah..kak ngah pun jadi panik bila tengok tangan penuh darah..ummi cepat-cepat kesat darah dan tenangkan kak ngah..abah pula cuba hentikan darah dan baca doa penahan untuk tahan darah..alhamdulillah, buat seketika, darah berhenti mengalir..kemudian, macam biasa, apabila ada apa-apa kecederaan macam ni ummi bagi makan ubat arnica dulu(ubat homoepathy untuk cedera ringan atau luka-luka kecil) ..nasib baik kak ngah senang makan ubat homoepathy..

Kuasa Allah..apa yang ummi rancangkan petang tu lain jadinya..ummi dan abah terpaksa berkejar ke hospital setiu bawa kak ngah untuk rawatan..luka kak ngah di dahi agak dalam dan panjangnya lebih kurang seinci..ummi periksa juga kalau-kalau ada luka kat tempat lain..dalam perjalanan kami diam je..ummi tengok kak ngah pun dah nak tertidur sambil merengek perlahan mengadu sakit..darah meleleh lagi kat dahi kak ngah..ummi lihat kakak diam je dan beberapa kali juga kakak cuba menenangkan kak ngah dan tolong ummi lap darah..kakak nampak simpati sangat pada kak ngah..

sampai di hospital ummi tolong daftarkan kak ngah dan abah bawa kak ngah masuk bilik kecemasan..ummi sangat-sangat berharap luka kak ngah tak serius..alhamdulillah, 20 minit kemudian, abah bawa kak ngah keluar dengan plaster dan kapas kat dahi..hmm..kene 4 jahitan kata abah..nasib baik kak ngah tak apa-apa dan kami terus bawa kak ngah pulang..

5.30 p.m:
Ummi ajak kak ngah makan tapi kak ngah menolak..tak selera agaknya sebab tengah sakit lagi..katanya dah makan nasi goreng pagi tu..ummi biarkan je kak ngah berehat dan baring kat depan sambil tengok tv..tiba-tiba kak ngah bangun dan berlari ke dapur..katanya nak muntah..ummi tolong legakan kak ngah dan minta kak ngah berehat..tapi lepas sejam kak ngah muntah lagi..ummi dah bimbang masa tu..agaknya sebab jatuh tadi ke..

7.00 p.m:
Memandangkan kak ngah muntah banyak kali, ummi pun call pok lang untuk tanyakan pendapat dia..poklang MA kat kompleks rawatan harian HSNZ..pok lang minta ummi bawa kak ngah ke kecemasan HSNZ Kuala Terengganu untuk pastikan keadaan kepala kak ngah macamana..pok lang bimbang kalau-kalau berlaku gegaran yang serius dan mengakibatkan adanya darah beku dalam kepala kak ngah

7.45 p.m:
Semua dah siap mandi, solat dan bersiap nak ke hospital..kak ngah muntah lagi..ummi dah bimbang dah...ummi berdoa banyak-banyak minta pada Allah supaya keadaan kak ngah tak serius dan tak berlaku apa-apa yang membahayakan anak ummi ni..masa nak keluar hujan tengah lebat dan tiba-tiba je blackout..hmm..memang ujian sungguh hari tu..alhamdulillah akhirnya kami selamat sampai ke HSNZ..

Masa mendaftar di kaunter saringan, ummi ceritakan keadaan kak ngah..sekejap je kak ngah dah dipanggil masuk ke bilik pemeriksaan. Doktor minta kak ngah dibawa untuk x-ray di unit radiologi..nasib baik tak menunggu lama..lepas selesai terus jumpa doktor..Alhamdulillah, doktor kata kak ngah bernasib baik sebab tiada darah beku dalam kepala..cuma mungkin simptom akibat berlaku gegaran pada kepala saja..doktor bagi pilihan samaada kak ngah dipantau di hospital atau ummi abah monitor sendiri di rumah..akhirnya abah minta supaya kak ngah dibawa pulang..
10.15 p.m:
Sebenarnya kebetulan sepupu ummi, Muhammad Ikhwan Naim adakan majlis doa selamat untuk isterinya, Dr Mardziah yang menunggu untuk bersalin raya nanti..Majlis malam tu dibuat di Paloh, kampung nenek ummi..alang-alang dah ke KT ummi minta abah singgah sebentar di Paloh. Kak ngah jadi perhatian malam tu..semua nak tengok luka kak ngah..dan tanyakan keadaan kak ngah..Alhamdulillah, kak ngah dah mula makan sikit kat majlis tu..kami makan-makan dan terus kita bertolak balik ke Setiu.

11.10 p.m:
Tok ada beritahu nak datang malam ni..nak ambil laptop dan purse Arif yang tertinggal pagi tadi..kebetulan tok baru habis program kat SK Merang..nasib baik kita sempat sampai rumah...tapi balik umah tengok letrik masih tak ada..ummi minta abah periksa kalau-kalau ada suis yang 'tendang' disebabkan kilat yang kuat tadi..rupa-rupanya memang betul sangkaan ummi..sebaik saja ummi pasang lampu, tok pun sampai..tapi lepas 10 minit, tok dah minta diri untuk pulang sebab dah lewat malam..lepas tok balik je ummi dan abah terus masuk tidur..

Alhamdulillah yaAllah..hari ini berjaya dilalui dengan pertolongan yang sangat banyak dariMu..mudah-mudahan hari esokku lebih baik daripada hari-hari yang sebelumnya..dan hari seterusnya lebih baik daripada hari-hari yang telah berlalu..peliharalah kami sekeluarga dari perkara-perkara yang memudaratkan..sesungguhnya kami menyerahkan segalanya kepadaMu..hidup dan mati kami adalah keranaMu..ameen..

Untuk anak-anak ummi..kakak, kak ngah, kak chik dan Adik..
Jangan main-main yang bahaya tu lagi..umi risau tau!!







Wednesday, June 22, 2011

Menanti di Barzakh..-Far-East

Nasyid yang sangat menginsafkan..



Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Di alam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata.