Showing posts with label husni. Show all posts
Showing posts with label husni. Show all posts

Sunday, March 01, 2015

Kisah Kak Ngah dalam majalah Jelita Mac 2015. Semoga bermanfaat untuk semua.

Assalamualaikum..


Alhamdulillah..

Masih ada ruang meneruskan coretan.
Alhamdulillah kami sekeluarga masih sihat walafiat dengan izin Allah.


Awal Februari yang lalu kisah Kak Ngah mendapat perhatian seorang penulis bagi Majalah Jelita, Puan Norashikin. Beliau meminta izin untuk menyiarkan coretan-coretan saya di Blog Haruman Syurgawi ini mengenai K.Ngah. Dengan sedikit olahan semula daripada beliau, kisah K.Ngah sejak 9 tahun yang lalu akhirnya terkumpul dan berjaya dipaparkan untuk manfaat bersama dalam Majalah Jelita keluaran Mac 2015.


Jelita Mac 2015
Saya juga turut mendapat respon melalui emel dan komen blog daripada ibu-ibu yang ingin tahu lebih lanjut mengenai pengalaman kami membesarkan anak yang mengidap jantung berlubang. Semuanya sejak saya ceritakan serba ringkas pengalaman tersebut dalam entri ini di Blog Mauceriasokmo yang juga milik saya. 


Mudah-mudahan sedikit perkongsian pengalaman kami itu dapat memberi semangat dan harapan kepada ibubapa yang juga mempunyai anak dengan penyakit sebegini. Cerita yang saya paparkan di Blog Haruman Syurgawi cuma secebis daripada pengalaman sebenar kami. Ada bahagian-bahagian tertentu yang tak terluah di sini kerana kami ingin sentiasa bersangka baik dengan setiap taqdirNya.


Pelbagai ujian telah dilalui Kak Ngah yang kadangkala kami rasa kuatkah dia menanggungnya.. namun, pasti ada asbabnya setiap apa yang berlaku. Dan kami redha kerana kami tau Allah telah memberi kekuatan buat Kak Ngah melaluinya. Jantung membengkak, dada meninggi, paru-paru hampir banjir darah, lelah, kerap demam panas, selalu keletihan serta dicabut 12 batang gigi serentak..ini adalah antara saat-saat yang sukar yang pernah Kak Ngah lalui. Alhamdulillah...memang benar. Allah jadikan K.Ngah cukup kuat mengharungi semuanya..


Bagi kami, kami cukup bersyukur kerana 9 tahun yang telah Kak Ngah lalui akhirnya dapat kami sama-sama tempuhi dengan penuh hikmah yang hanya Allah lebih mengetahuinya. Banyak saat-saat yang dilalui merapatkan lagi hubungan saya dan suami serta keluarga kami.


Apalah sangat ujian ini jika dibandingkan dengan ujian yang lebih besar dihadapi ibu bapa lain di luar sana. Sangat bersyukur kerana kini Kak Ngah sudah boleh meneruskan kehidupan sebagaimana kanak-kanak lain. Alhamdulillah.


Untuk ibu bapa yang mempunyai anak yang sakit, jangan sesekali terlalu bersedih dan mudah mengalah. Sentiasalah bersangka baik dengan ujianNya. Jika duit masalahnya, ia boleh dicari. Percayalah Allah sentiasa akan mencukupkan rezeki bagi setiap anak yang dilahirkan..namun jagalah sebaik mungkin amanah yang telah diberikan ini walaubagaimana sekalipun. 

Berikhtiarlah selagi mampu. Doa seorang ibu juga adalah penawar terbaik buat si anak. Dan yang paling penting redhalah dengan ujian Allah dan percayalah ada hikmah yang besar bagi setiap perkara yang berlaku.




Saya doakan mudah-mudahan Allah melindungi dan merahmati kita semua..InsyaaAllah..

Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah dari kelemahan saya sendiri sebagai hambaNya yang dhaif. Semoga dipermudahkan segala urusan kita dunia akhirat. Doakan kita diberi kekuatan dan kemampuan menjaga anugerah istimewa ini sebaik mungkin.
Ameen.


Ikhlas,


Ummi Ana.








Monday, June 27, 2011

Hari Jumaat yang panjang..


Alhamdulillah..
Syukur yaAllah..masih panjang umur anak-anak dan suamiku..dan terima kasih Ya Allah kerana menyelamatkan anakku..

Pagi Jumaat:

Macam biasa setiap hari Jumaat Ummi agak sibuk menguruskan anak-anak, siapkan kerja bersih rumah, basuh baju, masak dan segala tanggungjawab ummi..kebetulan hari tu ummi agak happy sebab tok n tokki padang midin datang tidur umah malam semalamnya..walaupun penat sedikit tapi ummi tak kisah sebab ummi memang suka adik-adik dan mak ayah ummi datang..abah awal-awal lepas subuh dah keluar..nak ke Rusila katanya..pagi tu ummi bangun tidur, solat subuh dan terus ke dapur untuk buat sarapan..ummi masak nasi goreng+roti goreng celup telur+kek batik biskut marie(buat sehari sebelum tu)..lepas sarapan, terus keluar jemur kain dan sapu laman depan rumah...tok tengah bersiap nak ke SK Merang(sekolah tok mengajar) sebab nak tengok murid-murid tok berkhemah kat sekolah. Anak-anak ummi apa lagi, terus nak ikut sama..terpaksalah tokki bawa semua anak-anak ummi bersama...nasib baik ada cikya tolong pegang Hasan masa kat sana..sebab nanti tokki balik bari semula untuk berehat sementara tok selesai tugas di sekolah..

Kek marie yang ummi buat khamis petang..yang ni ummi potong siap-siap nak hantar ke umah che de yah..versi comot sebab bekas potongan kakak..













11.50 am:
Abah baru sampai di rumah.. tokki pula tengah bersiap nak ambil tok di sekolah dan balik ke padang midin semula sebelum solat jumaat..kebetulan minggu tu abah yang kene baca khutbah kat Masjid Kg. Bari..so, biasanya abah akan bersiap awal untuk ke masjid dan baca-baca dulu teks khutbah..masa nak balik sempat lagi abah bekalkan tokki dengan 3 biji kelapa muda..tak lupa juga ummi minta tokki bawa balik puding tauhu yang tok buat di rumah kita pagi tu..kebetulan tok yang beria sangat nak buat puding tauhu untuk bagi cikgu-cikgu sekolah yang bertugas kat perkhemahan tu makan..bakinya, ummi simpan sedikit untuk kita dan selebihnya ummi bungkus bagi tokki bawa balik ke padang midin..rasa berat hati ummi bila adik-adik ummi dan tokki nak balik..bukan selalu mereka datang tidur di bari..insyaAllah, bila dah naik rumah kita sendiri nanti ummi akan selalu jemput tok dan tokki ke rumah..













Puding tauhu yang belum disiram dengan sirap laici..bekas kecik untuk tok bawa ke sekolah..
2.25 p.m
Seperti biasa, hari Jumaat ummi selalu dijemput ke majlis tahlil dan bacaan yaasin bersama makcik-makcik dan golongan muslimat Kampung Bari. Minggu ni giliran di rumah Mok Yam pula. Abah tak ikut sekali memandangkan warga lelaki tak dijemput sama. Kak ngah, kakak dan kak cik dah siap pakai tudung dan baju kurung menunggu di luar untuk ikut sama ke majlis tu. Sedang ummi bersiap-siap sambil berbual dengan abah tiba-tiba..."kung!!!"(bunyi sesuatu dihantuk pada besi)

"Ummi...ummi...kak ngah jatuh.."

"Astaghfirullahal'azim..jatuh mana..jatuh kat mana tadi kakak?"
"..err..jatuh kene kat besi ampaian tu haa..marilah tengok kak ngah ni ummi.."
"Allahuakbar.."

Kak ngah berguling-guling sambil menangis atas sofa...tangan kak ngah pekup di kepala..darah menitik dari tangan kak ngah..

"ummi..sakit,ummi..sakit sangat..."

"Ya Allah, apa nak buat ni.."

Ummi jadi panik...terus panggil abah bila tengok darah banyak keluar kat kepala kak ngah sampai basah tudung kak ngah..kak ngah pun jadi panik bila tengok tangan penuh darah..ummi cepat-cepat kesat darah dan tenangkan kak ngah..abah pula cuba hentikan darah dan baca doa penahan untuk tahan darah..alhamdulillah, buat seketika, darah berhenti mengalir..kemudian, macam biasa, apabila ada apa-apa kecederaan macam ni ummi bagi makan ubat arnica dulu(ubat homoepathy untuk cedera ringan atau luka-luka kecil) ..nasib baik kak ngah senang makan ubat homoepathy..

Kuasa Allah..apa yang ummi rancangkan petang tu lain jadinya..ummi dan abah terpaksa berkejar ke hospital setiu bawa kak ngah untuk rawatan..luka kak ngah di dahi agak dalam dan panjangnya lebih kurang seinci..ummi periksa juga kalau-kalau ada luka kat tempat lain..dalam perjalanan kami diam je..ummi tengok kak ngah pun dah nak tertidur sambil merengek perlahan mengadu sakit..darah meleleh lagi kat dahi kak ngah..ummi lihat kakak diam je dan beberapa kali juga kakak cuba menenangkan kak ngah dan tolong ummi lap darah..kakak nampak simpati sangat pada kak ngah..

sampai di hospital ummi tolong daftarkan kak ngah dan abah bawa kak ngah masuk bilik kecemasan..ummi sangat-sangat berharap luka kak ngah tak serius..alhamdulillah, 20 minit kemudian, abah bawa kak ngah keluar dengan plaster dan kapas kat dahi..hmm..kene 4 jahitan kata abah..nasib baik kak ngah tak apa-apa dan kami terus bawa kak ngah pulang..

5.30 p.m:
Ummi ajak kak ngah makan tapi kak ngah menolak..tak selera agaknya sebab tengah sakit lagi..katanya dah makan nasi goreng pagi tu..ummi biarkan je kak ngah berehat dan baring kat depan sambil tengok tv..tiba-tiba kak ngah bangun dan berlari ke dapur..katanya nak muntah..ummi tolong legakan kak ngah dan minta kak ngah berehat..tapi lepas sejam kak ngah muntah lagi..ummi dah bimbang masa tu..agaknya sebab jatuh tadi ke..

7.00 p.m:
Memandangkan kak ngah muntah banyak kali, ummi pun call pok lang untuk tanyakan pendapat dia..poklang MA kat kompleks rawatan harian HSNZ..pok lang minta ummi bawa kak ngah ke kecemasan HSNZ Kuala Terengganu untuk pastikan keadaan kepala kak ngah macamana..pok lang bimbang kalau-kalau berlaku gegaran yang serius dan mengakibatkan adanya darah beku dalam kepala kak ngah

7.45 p.m:
Semua dah siap mandi, solat dan bersiap nak ke hospital..kak ngah muntah lagi..ummi dah bimbang dah...ummi berdoa banyak-banyak minta pada Allah supaya keadaan kak ngah tak serius dan tak berlaku apa-apa yang membahayakan anak ummi ni..masa nak keluar hujan tengah lebat dan tiba-tiba je blackout..hmm..memang ujian sungguh hari tu..alhamdulillah akhirnya kami selamat sampai ke HSNZ..

Masa mendaftar di kaunter saringan, ummi ceritakan keadaan kak ngah..sekejap je kak ngah dah dipanggil masuk ke bilik pemeriksaan. Doktor minta kak ngah dibawa untuk x-ray di unit radiologi..nasib baik tak menunggu lama..lepas selesai terus jumpa doktor..Alhamdulillah, doktor kata kak ngah bernasib baik sebab tiada darah beku dalam kepala..cuma mungkin simptom akibat berlaku gegaran pada kepala saja..doktor bagi pilihan samaada kak ngah dipantau di hospital atau ummi abah monitor sendiri di rumah..akhirnya abah minta supaya kak ngah dibawa pulang..
10.15 p.m:
Sebenarnya kebetulan sepupu ummi, Muhammad Ikhwan Naim adakan majlis doa selamat untuk isterinya, Dr Mardziah yang menunggu untuk bersalin raya nanti..Majlis malam tu dibuat di Paloh, kampung nenek ummi..alang-alang dah ke KT ummi minta abah singgah sebentar di Paloh. Kak ngah jadi perhatian malam tu..semua nak tengok luka kak ngah..dan tanyakan keadaan kak ngah..Alhamdulillah, kak ngah dah mula makan sikit kat majlis tu..kami makan-makan dan terus kita bertolak balik ke Setiu.

11.10 p.m:
Tok ada beritahu nak datang malam ni..nak ambil laptop dan purse Arif yang tertinggal pagi tadi..kebetulan tok baru habis program kat SK Merang..nasib baik kita sempat sampai rumah...tapi balik umah tengok letrik masih tak ada..ummi minta abah periksa kalau-kalau ada suis yang 'tendang' disebabkan kilat yang kuat tadi..rupa-rupanya memang betul sangkaan ummi..sebaik saja ummi pasang lampu, tok pun sampai..tapi lepas 10 minit, tok dah minta diri untuk pulang sebab dah lewat malam..lepas tok balik je ummi dan abah terus masuk tidur..

Alhamdulillah yaAllah..hari ini berjaya dilalui dengan pertolongan yang sangat banyak dariMu..mudah-mudahan hari esokku lebih baik daripada hari-hari yang sebelumnya..dan hari seterusnya lebih baik daripada hari-hari yang telah berlalu..peliharalah kami sekeluarga dari perkara-perkara yang memudaratkan..sesungguhnya kami menyerahkan segalanya kepadaMu..hidup dan mati kami adalah keranaMu..ameen..

Untuk anak-anak ummi..kakak, kak ngah, kak chik dan Adik..
Jangan main-main yang bahaya tu lagi..umi risau tau!!







Monday, December 06, 2010

Yang berlalu biarkan pergi..



Alhamdulillah..

masih ada kesempatan untuk ummi terus mencoretkan sesuatu di sini..sedang masa selalu menghambat, namun hari ini alhamdulillah...masih ada ruang untuk ummi mencelah seketika..

hmm, pos terakhir yang lalu, ummi dah sampaikan pada semua tentang kepulangan kita dari IJN selepas prosidur ASD Closure Kak Ngah..

alhamdulillah..hati ini lebih tenang melihat anak-anak sihat semuanya..nikmat terindah yang
Allah berikan untuk ummi..sedayanya ummi cuba untuk mencurahkan kasih sayang pada anak-anak sebagaimana tok lakukan pada ummi dulu..tok(ibu ummi) banyak jadi contoh bagi ummi..tok suka membaca..buku-buku motivasi, majalah-majalah kekeluargaan dan ilmiah selalu menjadi peneman sebelum tidurnya..ummi pun ada jugak baca buku-buku yang tok beli...memang sangat merangsang pemikiran dan motivasi diri ummi...

insyaAllah 10 April nanti kita akan bertolak lagi ke IJN untuk follow up keadaan k.ngah selepas 6 bulan prosedur closure tu..

mudah-mudahan kak ngah dah makin pulih...cumanya risau jugak ummi sebab kak ngah selalu refuse bila ummi nk bagi ubat..so, ummi just masukkan ubat tu dalam susu yang kak ngah minum setiap hari tanpa kak ngah sedari..hmm..asalkan kak ngah makan ubat..insyaAllah ummi harap semuanya akan baik..

sangat lama ummi tak post di sini..ckuplah di sini dulu untuk kali ini..ummi akan sambung lagi nanti...bila?insyaAllah...pada masa ummi dilapangkan waktu dan diberi ilham untuk terus menulis di sini...terlalu banyak yang ummi ingin kongsikan.. :)

Sunday, April 25, 2010

Kesian kak ngah..


"..err..12 batang ker??"

"...yer, gigi dia yang masih boleh dirawat tanpa dicabut mungkin cuma 8 batang jer..itupun kita kene bagi treatment akar gigi untuk gigi susu yang masih tinggal..yang mana perlu ditampal kita akan tampal.."

"...kene buat jugak ker?walaupun dia tak sakit gigi??"

"....kami terpaksa buat jugak memandangkan prosedur IJN yang menetapkan patient supaya bebas masalah gigi sebelum sebarang prosedur pembedahan dijalankan..bukannya apa, bimbang kalo any infection berlaku sebelum or selepas pembedahan jantung tu nanti..even infection tu dari gigi yang rosak.."

"..ooh..macam tu.."

"..nanti agak2 berapa lama gigi baru dia akan tumbuh??"

"..mungkin akan tumbuh macam kanak2 lain jugak..mungkin dalam setahun dua ni gigi kekal akan tumbuh, tapi kemungkinan besar berisiko untuk gigi tu tumbuh secara tak teratur memandangkan dicabut lebih awal sebelum gigi tu sepatutnya dicabut..."

"hmm....terpaksala kan..."

takpela kak ngah..skrg ni dah banyak rawatan untuk mencantikkan gigi..doktor pun dah cakap, kalau gigi kak ngah tunggang langgang keluarnya nanti, still boleh dibaiki kemudian..lagipun ummi bimbang jugak...yang lebih penting kesihatan dan jantung kak ngah akan kembali normal nanti..itu doa ummi selama ni..hmmm...esok ummi kene temankan kak ngah dok hospital...kene masuk wad untuk pembedahan gigi kak ngah...terpaksala tinggalkan kakak n husnina kat abah 3 hari ni..nasib baik ummi dah explain kat kak ngah pasal pembedahan gigi tu...tak sakit pun, sambil tido jer..bangun tido dah siap cabut...(bius penuh laa.. ;))..nantila ummi post gambar kak ngah lepas pembedahan tu nanti...till then..hopefully everything would be fine...

Saturday, February 13, 2010

Khabar dari IJN..


Salam.. /hihi

Maaf sebab agak lama tak post kat sini..selalu bukak, tapi tak berkesempatan nak menaip sesuatu untuk dikhabarkan..insyaAllah, ana cuba la recall any news yang penting tentang kami n myself..

Latest, alhamdulillah kami baru jer pulang dari KL 8 Feb lepas..macam tahun2 sudah..kami bawa kak ngah (husni) untuk follow up and checkup kat IJN...but this time rasanya lebih jelas untuk dikhabarkan perkembangan kak ngah memandangkan end of this year, the cardiology specialist would proceed the treatment with operation untuk memasukkan alat melalui salur darah untuk menutup lubang pada jantung kak ngah..insyaAllah, do'akan semoga lepas operation tu, jantung kak ngah akan berfungsi secara normal dan tiada lagi penyakit atau komplikasi lain pada kak ngah..harap2 operation tu akan berjaya sepenuhnya dan kak ngah akan sihat seperti kanak2 yang lain...hanya Allah yang tahu betapa besarnya harapan kami agar dapat melihatnya membesar macam anak2 yang lain...memang selama ini zahirnya tiada komplikasi ketara pada kak ngah sepanjang kami membesarkannya, tapi ibu bapa mana yang sanggup melihat anak2 mereka membesar dalam keadaan membimbangkan??

apapun...kak ngah dah masuk skolah sekarang...sampai skrg ni pun pegi mana2 mesti tak bleh tinggal beg skolah pink mickey mouse tu..she's very excited about schooling..kalo dulu dia selalu merungut tak dapat pegi skolah macam kakak..sekarang kak ngah dah satu sekolah ngan kakak..Tadika Yayasan Islam Terengganu cwngan Permaisuri...alhamdulillah, so far kakak dah boleh mengaji al-Quran since tahun lepas lagi...kak ngah pulak kami tak memaksa sangat memandangkan doc sendiri ckp perkembangan dia mgkin agak lambat sikit dari segi fizikal or mental...apepun, so far kami rasa daya ingatan dan hafalan kak ngah kadang2 lebih baik dari kanak2 lain yang sebayanya....macam mak ana slalu cakap, perkembangan dan potensi diri anak2 tu berbeza...kakak memang dari kecil dah minat nak mengaji..sebab tu kami tekankan kakak lebih kepada tu...kak ngah pulak insyaAllah, harap2 dapat belajar lebih baik lepas operation tu nanti...hmm...kakak skrg tengah nak struggle untuk membaca Bahasa Melayu lebih lancar...cuma kadang2 tu tak tau cemaner nak pupuk minat kakak kepada membaca pulak...ada pengalaman??nanti blehla kongsi...memang kakak agak terkedepan dan lebih minat dalam mengaji daripada membaca...sbb kami mulakan ajar kakak bacaan iqra' since 3 tahun lagi..dan masuk 4 tahun kakak dah masuk iqra' 5...bila masuk skolah terus kakak diserap dalam kumpulan pintar Quran 5 tahun..alhamdulillah...sekarang kakak hampir menguasai keduanya..cumanya skrg ni kene mulakan english lesson jugak..harap2 kakak tak confuse blajar dua-dua skali nanti.. /blur

about my little angel, husnina...hmm..ni la penghibur hati ummi tatkala abah, kakak n kak ngah ke skolah...husnina memang anak yang baik...sejak kecil memang tak banyak karenah...husnina dah berjalan since 9 months..tapi bab bercakap jer yang tak berapa jelas lagi...semuanya sepatah-sepatah jer yang keluar dari mulut dia..nway...dia still jugak bercakap n mintak orang dengar..huhu..sabar je la ummi ni...nak faham satu hal..kalo tak layan merajuk pulak...nway, tula yang slalu jadi penghibur kakak2nya..n ummi abah... :)

about me..
nantila ana ceritakan lagi.. ;) maybe ada yang dah tau perkembangan diri ana n famly, but we actually waiting for good news this june..haha.. :D till then, please..do pray for my famly especially kak ngah...may Allah bring us back..insyaAllah.. /bye

lupa nak wish congrats to my cousin, joe n sis vza for their second baby..tak berpeluang nak melawat lg..berpantang katne yer...untuk pie n tiey also...mabruk alaik utk new baby in the new house..tima kasih sebab tumpangkan kami masa kat KL baru nih...maafla kalo menyusahkan..insyaAllah, ada peluang ble g serdang lg...kem salam kat baby UMAR..