Thursday, December 27, 2007

Khabar sedih dan gembira...

Salam..

tak banyak yg sempat disampaikan kat sini..
al-fatihah untuk pemergian anak saudara abang, Wan Ahmad Mujahid bin Wan Yuzaidi yang telah meninggal dunia akibat barah kelenjar..tiada ucapan terbaik yg dapat diberikan lebih-lebih lagi apabila mujahid pergi dalam suasana yang tidak terduga sebenarnya...baru 2 minggu dimasukkan ke HUSM Kubang Kerian untuk rawatan selanjutnya setelah disahkan doktor mempunyai simptom barah kelenjar...setelah 4x rawatan kemo sempat diberikan, akhirnya 7 Disember lepas (jumaat), mujahid pergi atas keinginanNya....untuk Kak Ros dan Abg Zaidi, banyak-banyaklah bersabar kerana keredhaan kalian insyaAllah memberi ganjaran syurga buat anakanda Mujahid yg telah pergi...

diri sendiri cuba membayangkan apa yg mereka lalui...Mujahid dilahirkan hanya 40hari selepas kelahiran Husni...namun Allah lebih menyayanginya biarpun baru sebulan diketahui mengidap penyakit tersebut...barah...kehadirannya secara diam tanpa isyarat, namun dengan izinNya bisa meragut nyawa...penyakit Mujahid telah dikenalpasti berada di tahap 4 ketika kami mengetahuinya...satu tahap yg agak kritikal dan tidak disangkakan..apapun, kami sekeluarga pasrah kerana pemergiannya akhirnya berganti bila Kak Ros disahkan hamil lagi ketika seminggu akhir sebelum pemergiannya...mudah-mudahan Allah memberikan ganti yang lebih baik daripada yang telah pergi..amin...

apapun..
syukur Ya Allah...kerana masih memberi peluang untuk anak-anakku hidup sihat ceria biarpun husni tidaklah sesihat luarannya....mudah-mudahan Allah memanjangkan usia anak-anakku dan memberiku peluang untukku membesarkan mereka dengan tangan ini selagi ada hayat ini...dan mudah-mudahan kehadiran orang baru nanti akan menambahkan kegembiraan keluarga kami...amin..sesungguhnya setiap apa jua ujian yang menimpa mendatangkan hikmah dan peringatan buat kita semua...

gud news..:)
alhamdulillah, adik ana, Muhammad Arif berjaya mendapat 8A dalam PMRnya yang lepas...mudah-mudahan menjadi khabar gembira buat ayahbonda kami yang berada di tanah suci skrg...mudah-mudahan Allah memurahkan lagi rezeki kami sekeluarga...amin...

Wednesday, December 05, 2007

kenapa saya masuk hospital??

Salam..

Nampaknya ramai sangat yang dah tanya pasal ni..tq to those who care..need to tell u what actually happened to me now...alhamdulillah, wa syukran lillah for keep giving us 'rezeki' to have our new family, insyaAllah...my third baby..i've been warded for few days before last raya since i got symptoms of having hyperemesis gravidum + dehidrated...maklumlah, ramadhan kali ni sedikit menguji kesihatan ana + gastrik + vomitting n i had to take MCs for 2 weeks n hospitalized for 5 days...alhamdulillah, feeling better now..cuma morning sickness tu ada lagi setiap pagi..vomitting + my low blood pressure make me feel sick sometimes...plus da 'migraine' coming sometimes n kerja yang banyak dah tertangguh sbb MC tapi terpaksa disiapkan jugak ikut dateline...

nway, alhamdulillah..again....

sbb 3 Disember lepas mak ayah ana dah selamat berangkat ke baitullah..untuk menunaikan haji bersama-sama ngan chik n tokki (nenek dan atuk sblh mak)..mudah-mudahan dipelihara kesihatan dan keselamatan mereka sepanjang berada di sana dan diredhai Allah dalam melaksanakan kewajipan di sana...insyaAllah, mereka akan kembali ke tanahair pada minggu kedua persekolahan sesi depan....mudah-mudahan pulang bersama haji yg mabrur dan membawa keredhaanNya..amin...

tak banyak yg sempat diceritakan utk post kali ni...sbnrnya byk cerita tapi cam dah agak basi nak diflashback kat sini...maybe sbb tuan rumah dah lama sangat peram cerita tu sampaikan dah tak valid lg ngan keadaan skrg ni...nway, insyaAllah, jika punya kelapangan waktu dan kesihatan mengizinkan ana akan pos lg...

insyaAllah, ana n famly akan turun KL skali lg utk bawa Husni ke IJN for her next appointment with da specialist this january..maybe menumpang kat umah adik ipar kat bangsar jer..mcm hari tu jugak..rasanya takla jauh sgt ngan IJN...kalo berkesempatan bleh gak berziarah ngan sahabat2 kat sana..too many 'somebody' that i miss a lots there...ukhuwwah yg dah terjalin sejak dlu tidak pernah luntur biar diasak masa yg berlalu..mudah-mudahan Allah mempertemukan kami semula...amin...

**this is my pregnancy ticker...huhu..sorry for keeping this as a secret till
this long...ala, baru bape minggu pn..do pray for me n my family...forget not,
my baby..


Lilypie Expecting a baby Ticker

Monday, November 19, 2007

Congrats my boy!!

my brother got 5As in his UPSR exam...alhamdulillah wa syukran lillah...

me: lepas ni eman nk masuk skolah mana...
aiman: ermm...ntah..
me: mana bleh tak tau ni...ada mintak memana tak?
aiman:ada..
me: sekolah mana??
aiman: SMKA Sheikh Abd Malek...
me:agak-agak dapat tak?
aiman: ntah...
me:hmmmm...insyaAllah, dapat la...
aiman: saingan ramai la...sekolah eman jer ada 42 orang dapat 5A...kelas eman, daripada 38 orang, cuma sorang jer tak dapat 5A..
me:uish...:P[kagum]..yer ker...takpela...Allah dah janjikan rezeki untuk setiap kita...insyaAllah, eman mesti dapat nyer...doa2 la bebanyak...


"Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita..berdoalah semoga Allah memberikan yang terbaik untuk kita..yg terbaik tak semestinya yg kita sukai..walau apa sekalipun yg kita perolehi di kemudia hari, hanya Allah lebih mengetahui rahmat di sebaliknya.."

Tuesday, October 30, 2007

Salam Aidilfitri



Salam..maaf sebab dah lama menyepikan blog ni..banyak cerita nak disampaikan tetapi belum berkesempatan..tambah pulak kesihatan dan mood kurang mengizinkan..

alhamdulillah, bersempena bulan syawal yang masih ada ini rasanya belum
terlambat untuk kami sekeluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan
mohon maaf ZAHIR dan BATIN kepada semua terutamanya insan-insan yang mengenali
kami, sahabat-sahabat, jiran tetangga dan sanak saudara...


dah lama tak post pape..kali ni ana ada uploadkan beberapa snap gambar masa raya baru-baru ni...hmm..tapi takdela beraya sakan..budak-budak jer yang seronok...ana plak kurang sihat lagi masa tu...lagi pun beberapa hari sebelum raya ana baru discaj dari Hospital Sultanah Nur Zahirah slps beberapa hari kat situ...sebabnye?hmm..ana maklumkan kemudian...


apepun, TQ to those yang bagi duit raya kat husna husni tu..banyak betul duit budak-budak ni...bertambah lagi la kat Tabung Haji anak-anak ana tahun ni...alhamdulillah...apepun, Selamat Berpuasa 6 Syawal jugak untuk mereka yang dah puasa 6..masih ada beberapa hari lagi untuk Syawal berlalu..mudah-mudahan bertambah berkat dalam bulan yang mulia ini...







SALAM AIDILFITRI dari kami sekeluarga..


Wan Anuar, Raihana, Husna, Husni...

Monday, August 06, 2007

Antara kerja dan keluarga...

Salam..

lama betul tak posting..sebulan skali agaknya baru ada post...maaf pada semua yang menunggu berita tentang pemergian kami ke IJN baru-baru ni....tak banyak yang dapat diceritakan memandangkan Husni masih dalam pemerhatian specialist kat sini....6 bulan tempoh diberi untuk melihat sejauh mana perkembangan berat badan dan sejauh mana lubang pada jantung tu membesar...doktor dah cadangkan untuk memasukkan alat ke dlm jantung untuk menutup lubang pada jantung Husni...nway, mungkin kene tunggu Husni besar sikit sebelum masukkan alat tu......mudah-mudahan Allah memelihara anak kami Husni dan semoga sehingga pembedahan tersebut dilakukan, Husni dijauhkan daripada sebarang penyakit atau komplikasi yang lain juga....

Hari ni badan terasa penat sedikit..dan agak kurang mood untuk menulis sebenarnya..semalam balik keje pukul 10 p.m...sebab nak kejar dateline untuk hantar keje pagi ni...apepun, kesian jugak kat anak-anak yang menunggu di rumah...sampai jer kat pintu, husni terus hulur tangan mintak dukung...husna pulak tak berenti merengek..sakit gigi katanya...sampai susu pun tak nak minum...husni pun belum sembuh demam sepenuhnya lagi..kesian anak-anak...masa-masa macam ni la rasa bersalah menerpa dalam diri...antara komitmen sebagai seorang pekerja dan seorang ibu biasa yang masih punya tanggungjawab terhadap anak-anak....

kalau diikutkan, nak jer berenti keje..dan jaga anak-anak di rumah...macam dulu-dulu..hehe..ataupun buat freelance jer dari rumah..tapi memandangkan nak bantu abang, dan nak bayar balik PTPTN yang beribu tu, terpaksala keje dulu dan bayar hutang sikit-sikit...lagipun, untuk jaminan masa depan jugak sekiranya ada pape yg berlaku nnt...alhamdulillah, nasib baik ana sorang jer yg jadi mangsa PTPTN...tu pun tak nak susahkan mak ayah nak bayar balik masa tu..adik-adik ana yang masuk IPT sekarang semuanya dapat biasiswa dan tajaan...alhamdulillah...senang sikit mak ayah..tak payah fikir pasal nak bayar pinjaman...so far, keje freelance tu ada...tapi tak menentu..dan rasanya tak mampu nak amik banyak-banyak dan buat sorang jer...mana nak uruskan anak-anak lagi...kadang-kadang bila baca entry kak najah cam seronok pulak bila dia bercerita pasal bisnes kecil-kecilan tu...menarik jugak...cumanya, belum ada sokongan kewangan dan perancangan teliti pasal ni...dulu-dulu slalu jugak ikut kursus usahawan...masa tu masih belajar lagi...sekarang ni pun minat tu masih ada...tapi tak tau macamana nak mula dan bisnes apa...apepun, ana ada jugak bantu abang jual jus kismis untuk muslimah network..dan sambil-sambil tu, kami ada jugak jual madu asli kampung abang kat setiu tu...alhamdulillah, dengan duit jualan madu tu banyak jugak untung yang kami dapat...sekurang-kurangnya masuk la sikit duit poket...dan dapatla abang beli motosikalnya skrg...

teringat satu emel yang diforwardkan kat ana baru-baru ni..bercerita soal keberkatan...

kisah ini menceritakan tentang sebuah keluarga besar dengan 7 org anak....dgn pendapatan si suami yang tak sampai RM3000, tapi mereka dapat hidup senang dan selesa dengan semua kemudahan yang ada...dapat pakai toyota unser dengan ansuran bulanan RM500 sebulan, sebuah rumah yg serba cukup keperluannya; sofa, tv, mesin basuh, peti sejuk, serba lengkap...isterinya walaupun mempunyai degree namun diminta menjadi surirumah dan menguruskan rumahtangga...sebagai hadiah, ibu mentuanya diberikan RM300 sebulan sebagai penghargaan buat si isteri yang sanggup berkorban segalanya... anak-anaknya yang bersekolah dihantarnya ke sekolah agama dan maahad..ibu-bapa nya juga diberi perbelanjaan bulanan RM200 sebulan...dan bil api dan air rumahnya sekadar RM20-50 saja walaupun ramai isi rumahnya..tentang perbelanjaan lain tak banyak dibelanjakan kerana tak pernah skali pun keretanya rosak atau kemalangan sejak dibeli atau anak-anaknya ditimpa penyakit-penyakit yang berat...apabila membuat pinjaman, hamba Allah ini hanya melakukannya melalui kaedah islam sahaja dan mengelakkan riba...apabila disiasat seorang sahabat...rupanya hamba Allah si pencari rezeki keluarga ini juga tidak pernah mengabaikan solat Dhuha nya...dan sentiasa mengamalkan membaca surah Al-Waqi'ah..

berkat dan rahmat Allah, kini dia merasai ganjarannya...subhanAllah..beruntunglah orang yg sentiasa dirahmati Allah sebagai ganjaran kerana sentiasa mengingatiNya...mudah-mudahan kita juga beroleh rahmatNya, amin..



hati jadi terusik membaca emel tu..lantas diri membuat perkiraan menilai diri...beruntunglah mereka yang mendapat keberkatan dan rahmat Allah..dirinya tak pernah lupa berharap dan bergantung padaNya..menyerahkan segalanya hanya padaNya...semoga diri ini tetap teguh dan tabah mengingatiNya..biar apa ujian menimpa..mungkin itu satu cubaan yang berbeza buat kami...namun kerana cubaan ini lah hati kami lebih erat kepadaNya....mudah-mudahan Allah memberi kekuatan dan rahmatNya buat kami juga...amin..

Tuesday, June 12, 2007

Walimah Ida, my sis..









Alhamdulillah,
semuanya dah selamat...hari ni baru ana berpeluang nak post on this topic..nway, mabruk untuk keduanya...adik ana, Siti Norlida Ismail dan suaminya Sufian Sidek yg telah selamat diijabkabulkan pada 3 Jun yang lepas..hmm..penat masih terasa lepas sehari dua majlis..hihi..penat sbb kali ni terpaksa jadi org dapur replacing my mak...kesian kat mak ana, dah berapa hari tak tidur sebab nak pastikan semuanya berjalan lancar...ni baru ada peluang nk story back..nway, Pyan is my first brother in law...lepas ni kenela tutup aurat elok² bila dok umah mak....B)

hmm...kat sini ada a few pics on their wedding..:) a great pose taken by fariz, my officemate...kredit to u too...;)
my little baby...

about husni..please...do pray 4 my little baby...insyaAllah, minggu depan kami akan bawa husni ke IJN...hmmm, risau gak ni..baru terbaca berita kat harian metro hari ni...KL banjir teruk skrg...Jalan Tun Razak kat IJN tu pun naik air...harap² semuanya tak menghalang kami untuk bawa husni ke IJN nanti..
actually, kami pun tgh tunggu keajaiban berlaku dlm sminggu dua lagi....hmm...maybe it's not the right time to tell u what happened n why...but i keep praying 4 da miracles..insyaAllah...husni will recover soon...maybe very soon...i hope...






Sunday, May 27, 2007

long story...

salam...

hmm..lamanyer tak update...since dah byk jugak yg tertinggal nk diceritakan, so kenela flashback balik...mana nk start ni...heh..

xcident..
hmm..ni la rupa kereta mak yg excident 2-3 minggu lepas...abang yg bawak ms tu..dia kene langgar dengan motosikal dari tepi..abang dah bg signal nk belok kanan..tapi ntah macamane driver motor tu tak perasan kot..benda dah nak jd..dengan izin Allah jugak....asalnya elok jer abg dok umah chik(nenek sblh mak ana) mlm tu (kami bercadang bermalam umah chik)..tapi tetiba jer dah dkt kul 10 mlm abg ckp nk keluar jap nk beli ubi kentang (katanya nk makan as ubat sakit sendi)..actually, this happened 2 days before he warded..nk buat mcmane..so skrg, terpaksalah ana membonceng ngan ida nk pegi keje..kesian jugak kat dia, kene angkut 3 orang skali (me, husna n husni) tiap2 pagi..kene hantar husna husni pegi taska dulu, then hantar ana kt Bandar KT, n then patah balik ke tempat keje dia kat Gong Kapas...skrg ni keta tu dah dihantar ker workhop...agak2 dalam sbulan jugak bru siap baiki katanya...(bumper patah n tanggal, body dpn sblh kanan kemek, side mirror pecah n pintu takle tutup or buka...(hehe..elok jer bawak balik keta tu sampai umah lepas xcident, terus jatuh bumper dia...hihi..:D :D.. )
nasib baikla abang tak pape..

Second operation

alhamdulillah, abg baru jer lepas second operation n baru discaj dr hospital seminggu lebih...operation kali ni pasal nk sambungkan balik urat ligamen lutut abg yg putus dah lama dulu...(gara2 dah 2 kali tercampak dalam 2 xcident motor berlainan)..memang doc bru perasan pasal ni ms buat laparoscope operation lepas...alhamdulillah, skrg dah makin sembuh...cumanya still kene teruskan fisioterapi for about 2 months kata doc..for about 2 weeks jugak la abg kene bertongkat n pakai brace lutut..and jenuh gak la ana kene berulang alik dari tmpat keje n hospital...sbb kene jaga abg yg tak mampu nk berjalan..nway..saat2 macam nila yg semakin merapatkan hubungan kami...kat sminggu la jugak...bila dah ble pakai tongkat barula abang OK sket..kesian kat husna & husni yg kene tinggal kat mak...tiap2 ptg ida(my sis) datang bwk anak2...husni pun still on breastfeeding..nak tak nak ummi terpaksa la jugak simpankan susu siap2 utk adik minum mlmnya..hmm...baki cuti dah tak banyak..sbb dh byk amik cuti utk bawak adik jumpa specialist n cuti ms jaga abg sakit..masih ada kene simpan jugak untuk bawak adik ke IJN nanti...tq to dr Mat Ros..he's one of the best ortho specialist at HBKT..dah balik hospital ni pun tak habis2 lg abg dok puji dia..katanya Dr Mat Ros ni baik n low profile jer orgnyer...mmg dia take care sgt kat patient2 dia..tak pernah berlagak dgn jawatan besar yg ada...mudah-mudahan Allah membalas jasanya dengan kebaikan berlipat ganda..amin..

Adik..
ramai yg dah tanya tru sms or phone n jumpa ana sendiri untuk tanya pasal adik(husni)...tq to ekyn, aida, kak zura, lukluk n others 4 da du'a..

insyaAllah, specialist kat HBKT dah aturkan appointment utk kami bawa husni ke IJN 20 Jun depan...insyaAllah, masa kat sana nnt cardiology paediatricians kat sana sendiri akan buat checkup skali lg and decide samaada husni perlukan open surgery or just pakai alat utk tutup lubang kat jantung tu..

sbnrnya doc lebih risaukan paru2 husni yg dah mula banjir darah (berair) ...n kalo dibiarkan lebih lama...paru2 adik akan lebih rosak n if it happened, no operation can save it (that paru2) nauzubillah..

so, we decided to bring her to IJN a.s.a.p...semoga Allah mempermudahkan perjalanan kami ke sana nanti...hmm..tak tau jugak mana nk menginap nih...ade yg suggest to book a room at Hotel Putra which is nearer..n ade jugak yg ajak tumpang umah sedara..nway...thanks all 4 ur care..sekurang-kurangnya masih ade yg ingin berkongsi kesusahan kami...apapun...kami redha dengan ketentuanNya...doakan mudah-mudahan Allah berikan kekuatan dan rahmat buat kami sekeluarga...insyaAllah...n hopefully my little baby will recover soon...amin yaAllah..



Tuesday, April 24, 2007

adik tak sihat....

Husni...ummi sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keceriaan untukmu..

Satu kejutan buatku...anak yang kususukan setiap hari rupanya sedang berperang dengan penyakit yang tidak diketahuinya...

siapa menyangka, husni mengidap jantung berlubang..Ya Allah..kasihanilah anakku ini..dia masih terlalu kecil untuk mengerti akan erti kesakitan...kau berikanlah kekuatan untuk dirinya...lindungilah anak-anakku daripada sebarang musibah yang tidak kami ingini Ya Allah....kau berikanlah kekuatan dan kesabaran untuk kami berdua....amin..

hari ni ummi cam takde mood...tak nak pk banyak pasal ni...ummi kene kuatkan semangat dan bantu adik sembuh...teringat plak td tak sempat nk bg ubat kat husni...ummi dah mintak kakak taska bagi kat adik lepas mkn pagi...husna, take care adik kat taska yer..jangan kacau2 adik..adik tak sihat....:(

Sunday, April 15, 2007

My Sis Wedd!!

Salam..lupa nak wish congrats to my sis (my deskmate-org sblh kat opis ni)..Kak CT NurZainab +Azam (zaujnyer)..

sejak kawin ni lagi berseri jer nampaknyer...hehe... ;) alhamdulillah, selamat semuanya...mudah-mudahan berkekalan ke akhirat...amin...ni ade wedd pic diorang...tak sempat nk bergambar sama as both of them agak sibuk melayan tamu n my two princess pun tak sempat nak melayan gak...husna bad mood sket ms mjlis tu..n husni plak sibuk ke sana ke mari...aiyoo...penat nak ngejar tuh..nasib baik tak tersadung bawah meja...(husni dok main auu cak bawah meja buffet.. :P)





nway, tq sis sbb sudi bertandang kat umah ana bersama 'cik abg' ajam...malu-malu lagi pengantin baru nih...hope cpt2 ler dapat 'orang baru'...bley kawan sama husna husni....;)..



soon..my own sis (ida) nk kawin bulan 6 nih...insyaAllah kalau takde pape aral 3 jun kot...nway, semua tu still dalam perancangan...hmmm...lepas ni kenela jaga 'aurat kat umah kalo ade ipar...my first ipar actually...nway...di du'akan mudah-mudahan my sis juga bahagia dengan pilihannya....hehe...masa ni blaja2 la ilmu umah tangga ngan mak...kang malu dah nk tanya org...

nway, semoga segala urusan keluarga kami sentiasa dipermudahkanNya...amin...

slalu ingat ape yang abang pesan...kalo nk du'a, du'akan kerahmatan buat kita,
sbb tanpa rahmat Allah dan izinNya, kita tak punya kudrat walau sedikit pun utk
berbuat sesuatu..apatah lg kebajikan...disebabkan ada rahmatNya lah kita boleh
bersolat, berpuasa, membaca quran dan segalanya...atas segala sesuatu kemampuan
yg kita miliki adalah di atas kurniaan rahmat dari Allah...begitu juga hidayah
yg diberikan sehingga terdetiknya hati kita untuk berbuat sesuatu kebajikan
& ma'ruf itu sendiri..apabila diberi sesuatu musibah, kita selalu mengatakan
kita sedang diuji dengan kesusahan...namun bila kita menerima sesuatu
kesenangan, kita mengatakan bahawa kita diberi ganjaran olehNya atas kebaikan
yang kita lakukan, sedangkan barangkali saat itu kita sedang diuji dengan
kesenangan...dan dari kedua-dua kesenangan dan kesusahan, sebenarnya ada suatu
rahmat yang tidak kita ketahui....mudah-mudahan Allah merahmati kita
semua.........amin...

Tuesday, April 03, 2007

Kesian abang....

Salam...

finally, i've finished my job on due..lama betul tak posting kat blog ni...macam biasala..macam-macam sawang dah naik kat blog ni...n nak baca pun cam dah basi jer citer nyer..macam-macam cerita jugak yg dah berlaku sepanjang 3 bulan ni...hmmm...long story to flashback...

Abang kene Operate!

Januari lepas hubby slamat menjalani operation kecil kat kedua belah lutut coz of his injured knees (kuat main bola punyer pasal)or what we define it as "rawan lutut haus" or one of artritis...doktor cakap tulang lutut tu dah berkerikil teruk n banyak serpihan halus yg terpaksa dibuang terlebih dahulu untuk teruskan rawatan...sbb dah banyak kali bergesel kuat setiap kali main bola...it is one of the symptom of artritis katanya yang jarang berlaku pada orang muda..but biasa berlaku pada orang tua berumur 60 lebih disebabkan mereka terlalu banyak kerja berat sejak muda or anybody with overweight...(kak eL, tlg betulkan kalo ana tersilap!!)since that, doc ckp abang takle main bola lagi sblm selesaikan rawatan susulan(6 kali injection to both knees which cost to RM2000.00 untuk merangsang pertumbuhan balik rawan yg baru)& kene makan ubat untuk sendi jugak...ingatkan stakat tu jer..rupa-rupanyer masa operation tu, doktor pakar ckp ade lagi sendi or urat kat ligamen lutut abang yg putus dan perlu dioperate skali lagi untuk menggantikannya dengan urat yg lain...استغفر الله العظيم ........memang kami agak terkejut mulanya sbb tak expect lutut abang dah seteruk tu...yerla..umur pun muda lagi...tapi nak buat macamaner...ujian Allah semuanya...n maybe abang pun kene retire dari main bola nih!!
Dari La Tahdzan (Don't be SAD) - Chapter 21 : ANDA LEBIH BERUNTUNG DARI ORG LAIN."Sesungguhnya berapa banyak penderitaan yg terjadi dan betapa
ramainya pula org yg sanggup bersabar menghadapinya.Maka anda bukanlah
satu-satunya org yg ditimpa bencana.Bahkan, mungkin penderitaan atau bencana yg menimpa anda tidaklah seberapa sekiranya dibandingkan dgn bencana org
lain."Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum dtg
kepadamu(cubaan) sebagaimana halnya org2 terdahulu sebelum kamu?...."[Al-baqarah:214]"
mudah-mudahan Allah memelihara kesihatan
suami dan anak-anakku...amin..
nway...
kat sini ade satu laman yg menarik yg ana xplore hari tu pasal knee surgery...tak rugi kalo bleh explore nih...banyak mende bleh blaja kat sini...saje je nk share kat sini...yg ni tak menakutkan sgt sbb operation ni virtual view tru flash dan dalam bentuk aktiviti...interesting!!
Click Me!
nway....i've to stop here right now....insyaAllah, ana sambung lagi nanti...got some work to catch up..til then...maybe pas ni citer pasal my babies plak...babai...
p/s: do pray for me n my famly...

Thursday, March 15, 2007

waiting 4 mine!!

sibuknyer..sibuknyer nih...hmm...bila laa nk update...well...sempat lg buat mende nih...:D



insyaAllah..dilapangkan sedikit waktu, ana post lg... :B

Sunday, January 14, 2007

Selamat Hari Lahir

"Abang, Selamat Hari Lahir ke 31"

Terima kasih atas segala-galanya...
mudah-mudahan Allah memberkatimu...

amin..

Thursday, January 04, 2007

Selamat Hari Raya Eiduladha..

Long Story..

Selamat Hari Raya Eiduladha...:D hmmm...rasanya masih belum terlewat untuk wish..
tak tau mana nak mula bila dah kat sebulan tak posting...dalam tempoh hampir sebulan ni terlalu banyak mende yang berlaku dan banyak jugak peristiwa pahit manis...

my babies...

nila yg paling merungsingkan ana dalam 2 minggu lepas...baru jer balik dari konvo abang kat Putrajaya n majlis tunang spupu kat klang tu husni pulak tak berapa sihat..asalnya batuk, then ada jangkitan kuman kat paru-paru n then demamnya berlarutan seminggu..sian husni...berat badan dia cam makin susut lepas tu... :( dr bg antibiotik utk seminggu..elok jer habis antibiotik n ubat2 lain tu, demam dia dah makin kebah...mulanya husni nk kene ward in..tapi tak jadi dah bila last checkup she became better..automatically, da fever, infection n all da sickness were all recovered by few days later...alhamdulillah, syukur sangat2..risau ummi dibuatnya...

Majlis pertunangan sepupu (Darimi & Ita)

Tahniah untuk sepupu ana, Mohd Khairul Darimi n Ita..hmmm..ni ada a few pics ms majlis tu...




alhamdulillah, majlis tu berjalan lancar...actually darimi mengajar kat Klang...n Ita pulak kerani kat sekolah darimi mengajar..kat situla diorang ni jumpa...ana doakan mudah-mudahan dipermudahkan jodoh mereka berdua..amin...


My work??

hmm..alhamdulillah...actually ana baru jer start kontrak ngan company Multimedia Synergy Corporation this month...nway, blom dapat msuk ofis baru (based MMSC) kat Wisma Kokitab..actually ofis tu pun cam kat sbulan gak baru siap sepenuhnya kot...nak wat cemaner..menumpangla dulu kat M2Farm ni...skrg ni pun ada banyak keje dari projek yg lepas kene sambung balik...keje skrg tak banyak beza dgn yang lepas...still programmer cosware flash, n dengan projek yg sama...cuma bos, subsidiaries n tempat keje baru plak, insyaAllah...:B..+ new salary :D...alhamdulillah, harapnyer dimurahkan lagi rezeki untuk kami sekeluarga...

Hari Raya Korban..

nway...
ana n family nak ambik kesempatan ni untuk wish Selamat Hari Raya Korban untuk semua sahabat-sahabiah yang mengenali kami...alhamdulillah, tahun ni berkesempatan jugak buat korban n abg pulak buat aqiqah untuk husni...untuk mak n ayah, janganlah sedih tak dapat pegi Haji tahun ni...insyaAllah...ana doakan mak n ayah dipanjangkan umur untuk pegi haji tahun depan, insyaAllah... u're already in the list...mungkin ada hikmah di sebaliknya...


Do'akan semoga tahun baru ini memberi banyak kebaikan dan rahmat untuk kami
sekeluarga...mudah-mudahan..:>..amin...