Showing posts with label me n my family. Show all posts
Showing posts with label me n my family. Show all posts

Saturday, December 10, 2011

mak yang terbaik!!

Salam...
izinkan ummi untuk mencoretkan sedikit cerita..bukan untuk bercerita tentang diri sendiri semata, tetapi untuk mengajar diri agar sentiasa ingat pada apa yg paling penting dilakukan ummi sebagai seorang "IBU"..

ummi terbaca satu pos sahabat..tak perlulah dinyatakan siapa...yang pastinya...ummi yakin ibu ini hampir berputus asa...dek kerana terlalu penat melayan karenah anak2 yang masih kecil dan selalu cuba menarik perhatian ibunya... ibu ini sering mengeluh dan merungut kepenatan dan kadang-kadang seolahnya berputus asa semasa menjaga anak-anak mereka...hmm..ummi terfikir...ramai betul ibu2 zaman sekarang yang punya blog dan facebook..dan sering saja meluahkan rasa di dalam facebook dan blog mereka soal anak-anak...banyak jugak yang baik2 diceritakan tentang anak-anak...tetapi yang kurang baik pun ada diceritakan juga..buat ummi terfikir wajarkah ibu ini bercerita betapa "nakal"+"aktif"+"menyusahkan" anak-anak ini memperlakukan ibu bapa mereka...bahkan ada juga komentar yang berlumba-lumba menyatakan anak mereka jauh lebih teruk daripada yang lainnya...Allahh..itu yang ummi agak terkilan..

sepanjang ummi menjadi anak kepada ibu ummi, Puan Ramlah...ummi tak nafikan kadang2 pernah juga melihat mak merungut kepenatan sekali sekala..maklumlah..adik beradik ummi yang seramai 10 orang ini sangat pelbagai karenahnya...dan adakala terlihat mak yang kadang2 tertidur di luar bilik bersama-sama anak dek penat menjadi ibu+wanita berkerjaya...sekarang pun alhamdulillah, mak masih lagi bekerja sebagai guru dalam usia 53 tahun...ummi masih ingat semasa ummi berumur 8 tahun...waktu tu adik beradik ummi dah seramai 5 orang(drp 10 skrg)..ayah ummi sedang menyambung pengajian dan sedang menghadapi peperiksaan PJJ di USM P.Pinang selama sebulan..waktu itu, mak sedang sarat mengandung anak ke 6..memandangkan ummi anak yg sulong, mak sering juga meminta ummi membantu dalam kerja rumah dan menguruskan adik-adik..ummi dah biasa mencuci dan menukar lampin adik-adik(masa tu pakai napkin jer, bukan pampers) dan memasak nasi seusia 9 tahun..ummi lah juga yang selalu membangunkan adik2 masuk tidur ke bilik di tengah malam dan kadang2 mendukung hingga ke katil kalau adik2 agak liat untuk bangun sendiri..ummi juga yang menyiapkan pakaian adik2 untuk dibawa ke taska dan menggosok baju adik2 yang bersekolah...dan ummi lakukan juga biarpun penat kerana rasa kasihan melihat mak ummi yang kepenatan menguruskan kami 5 beradik dalam keadaan saratnya itu..tapi biasalah..umur yang belum matang saat itu kadang2 mencetuskan juga rasa cemburu pada adik2 yang tidak disuruh buat itu ini sebagaimana ummi..ummi pernah menolak ketika diminta memasak nasi sehingga membuatkan mak ummi menangis.....ya Allah..ummi memang rasa sangat bersalah saat itu..
ummi berkali-kali meminta maaf....dan ummi sering mengingatkan diri agar tidak mengulanginya lagi...

hari ini, tak salah rasanya ummi bercerita semula pada anak2 ummi..ummi kagum dengan kakak...seusia kakak 7 tahun, kakak sudah pandai membantu dalam banyak perkara...mulanya disuruh, namun sekarang kakak sudah terbiasa membantu ummi dalam kerja rumah.. kakak sudah biasa membantu ummi menguruskan adik-adik dan boleh juga membantu dalam kerja rumah yang mudah seperti menyapu, menjemur kain, menghidangkan makanan untuk adik2 dan macam-macam lagi...terlihat sangat matang dan bertanggungjawab berbanding anak2 lain seusianya...pernah suatu hari ummi asyik berbual dengan tamu dan terlupa untuk menghidangkan minuman untuk tamu...ummi langsung tak perasan kakak di dapur senyap2 membancuh teh...tiba-tiba saja kakak keluar membawa sedulang minuman sambil menggigil tangan kakak menahan berat dulang...Allahuakbar, memang sangat tersentuh hati ummi melihat usaha kakak apatah lagi bila tamu menyatakan teh yang kakak bancuh memang sedap(cuma kurang panas sedikit).. ;).. dengan adanya anak-anak seperti kakak, ummi tak kisah punya anak ramai kerana Allah dah bagi kakak dan anak-anak yang rajin pada ummi untuk membantu..bagi ummi, setiap anak adalah anugerah terbaik bagi ibu bapa dan ibu bapa juga harus tahu menghargai mereka...

mak selalu mengingatkan...faktor terpenting untuk melihat anak2 berjaya adalah selalu mendoakan dan redha terhadap anak2...jika yang sering keluar dari mulut seorang ibu adalah " nakal", "buas(aktif)", "menyusahkan" dan "meletihkan" maka itulah yang akan berlaku...apatah lagi bagi ibu yang sering menyumpah seranah pada anak-anak mereka..na'uzubillah..dan apa yang lebih penting adalah jangan sekali-kali menceritakan keburukan dan kelemahan anak2 pada orang lain...ibarat menepuk air di dulang, pasti terpercik ke muka si ibu sendiri....

walau apapun memang tak salah melepas perasaan, tapi kurang manis jika diceritakan pada orang luar tentang karenah atau perkara tak elok yang anak-anak lakukan...bersangka baiklah pada anak2 dan kurangkan merungut...itu juga yang selalu ummi peringatkan pada diri sendiri..(kadang2 selalu juga merungut depan abah..huhu)..facebook, blog dan sembang kosong di tempat kerja bukanlah ruang untuk melepaskan tekanan perasaan seorang ibu!!bertukarlah kepada cerita yang baik2 sahaja tentang anak2..tapi bukanlah sampai mereka-reka supaya orang terasa kagum dengan anak-anak..belajarlah menerima kelemahan anak-anak...setiap anak berbeza watak dan perangai mereka...(tak lupa menujukan peringatan itu pada diri ummi sendiri)..

apapun, itulah antara rahsia mak ummi (tok)...mak tidak pernah bercerita tentang perkara buruk anak2 pada orang luar...cukup kami adik2 beradik memahaminya...walaupun sama perangai adik2 beradik kami dengan anak orang lain yang bercerita pada mak, tetapi mak sekadar mendengar dan tersenyum..kadang2 mak hanya bercerita dengan kami adik beradik untuk meminta pandangan dan berkongsi...apapun, itulah mak saya...sering ada yang bertanya bagaimana mak mendidik kami sehingga masing2 berjaya seperti sekarang...alhamdulillah, sekurang-kurangnya tiada antara kami yang tercicir dan terkebelakang dalam pelajaran...semoga doa mak terus mengiringi kejayaan kami....begitu juga dengan ayah saya...terima kasih kerana menjadi ibu bapa yang sangat optimis pada anak2..dan kerana doa kalianlah kami berjaya...dengan izin dan rahmat Allah juga...

Alhamdulillah, Allah telah memberikan ummi mak yang terbaik!! Semoga ummi juga mampu menjadi mak yang terbaik untuk anak-anak ummi...insyaAllah...untuk mak dan ayah, TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA..


Thursday, October 06, 2011

update cuti sekolah...

Alhamdulillah...

masih diberi peluang untuk ummi menyambung catatan ummi setelah 2, 3 bulan menyepi di sini...tanggungjawab kerja menuntut ummi mendahulukan amanah yang diberikan terlebih dahulu...hmm..sekarang kebanyakan student tengah bercuti..so kelas stop sementara untuk ummi..sbb ummi banyak mengajar student collaboration UTM..kalau UTM cuti, ummi pun dapatlah rehat sementara..cumanyanya..tinggal lagi kerja2 persediaan kuliah untuk semester akan datang dan menyiapkan penulisan modul ummi..

anak-anak ummi alhamdulillah sihat semuanya biarpun sekarang musim hujan dan bah di setiu dan terengganu seperti kebiasaannya...kakak dan kak ngah memang seronok sebab dapat menikmati cuti persekolahan bersama-sama abah di rumah..maafkan ummi sebab tak dapat bersama-sama kalian..ummi bekerja kerana ummi sudah niatkan kerja ummi ini untuk membantu abah dan keluarga kita dan juga untuk melangsaikan hutang ptptn ummi...sebenarnya ummi berharap agar dapat bekerja sendiri suatu hari nanti..banyak plan dan anganan ummi sebenarnya..cumanya ada hal lain yang perlu diselesaikan terlebih dahulu skrg..sambil2 tu ummi menyimpan untuk merealisasikan impian ummi tu..

banyak peristiwa yang berlaku sebulan dua yang lepas..tapi ummi rasa dah tak sesuai ummi cerita panjang di sini..mungkin fotoblog saja memadai..kalo ada pun yang paling last berlaku 12hb lepas..apabila kereta ummi di langgar dan ditinggal orang tak bertanggungjawab macam tu je..seingat ummi, mungkin itu pertama kali berlaku perkara macam ni...sebab semasa kejadian, tiada saksi yang melihat melainkan Allah jer yang tahu macamana peristiwa ni berlaku..masa tu ummi sedang bertugas mengawas exam student UTM di blok sebelah parking staff..tak tahulah siapa dan bagaimana, ada hamba Allah ni mungkin terlanggar kereta ummi..panik..dan terus cabut lari..kalau dia seorang yang bertanggungjawab, pasti ditinggalkannya fon number untuk ummi hubungi..tapi bukan itu yang berlaku..ujian Allah untuk ummi...

apapun, ummi dah report kat balai pengawal..tapi mereka pun tak dapat nak buat apa2..nk report polis? entah la...sebab ummi mulanya berharap orang yang bertanggungjawab akan tampil atau sekurang-kurangnya bertanggungjawab atas kerosakan yang berlaku..apapun..dah seminggu berlalu..dan ummi rasa ummi dah redha apa yang berlaku..ujian Allah...dan ummi anggap itu sebagai korban zulhijjah kali ini...ummi tak nak cari lg dah siapa pelakunya..kalau diizinkan Allah ummi mengetahuinya, alhamdulillah...
My kelisa yang kemik..alhamdulillah, sekarang dah ok..

alhamdulillah, sekali lg Ya Allah..sekarang kami dalam proses membina rumah impian kami..syukur padaNya kerana mengizinkan kami untuk memiliki rumah kami sendiri..setelah pelbagai halangan dan cubaan yang kami hadapi demi membina sebuah rumah untuk kami sekeluarga diami..masih lagi di awal pembinaan..insyaAllah, jika tiada halangan melintang dan jika dipanjangkan umur awal tahun depan kami akan dapat tinggal di rumah impian kami sendiri..insyaAllah cukup sekadar keperluan kami..bak kata ustaz Azhar Idrus, tak penting buat rumah cantik sangat kat atas dunia ni..rumah akhirat tu pastikan kita adakan dulu dan hias cantik2 dengan amalan kita sekarang..sebab kita nak hidup lebih lama di akhirat nanti...insyaAllah...

Rasanya setakat ni dulu..masih ada kerja perlu dibereskan..ni haa..fotoblog untuk sebulan dua yang lepas...tak sempat nk explain banyak2..huhu..

Front view our coming house atas pelan..tapi yang sebenar takdela cantik sangat macam ni..berdasarkan ilusi pereka pelan jer.. bawah: 2 weeks and 5weeks in progress

































Adik Ummi(Che de Nadiah) yang menjalani operation di HKB kerana masalah tulang leher yang berkait dengan saraf..
alhamdulillah, dah 3 bulan lebih che de berehat dan diberi cuti mengajar(cikgu) oleh doktor kerana masih dalam proses untuk recover..dan sekarang tengah dalam proses untuk transfer ke semenanjung dari Sarawak...dalam keadaan beliau yang tak berapa sihat dan perlukan rawatan susulan dari pakar dari semenanjung memang ummi sangat berharap permohonan che de diluluskan..tokki pun dah ke putrajaya untuk membuat rayuan..lagipun dah dkt 4 tahun che de mengajar di Sarawak..ummi doakan semoga che de berjaya dalam permohonan tu..ameen



the only famly pic..raya ke-3 kat umah tok..baju raya dah tak ada tema dah..






Anak-anak ummi the latest..3 anak dara pakai jubah dress yg ummi baru siapkan..tak tau nak hias apa just beli manik siap tampal and iron jer...credit to che de for da viet silk u gave..bawah: hasan hisap jari??..tak tau nak buat macamana..susah nak suruh dia stop..almost every sleeping time..hehe..



Lastly but not least..i've just lost my lovely phone..k770i creamy silver...sape jumpa sila pm saya yer..hilang masa pegi kedai jahit zailani kat kampung buluh..ntah kat mana la tercicir..apapun, baru jer angkat another sony..nway, harap sangat dapat jumpa balik...banyak fon num collection dalam tu..huhu..gambar ni tinggal kenangan jer la...







Apapun..wait 4 my next update...insyaAllah kalau diberi kelapangan..(biasanya waktu lapang banyak buat benda lain)..till then..Assalamualaikum..


Tuesday, September 06, 2011

Salam Aidilfitri


Kuikhlaskan hati mohon kemaafan,
Moga lebur segala dosa dan kesilapan,
Berganti dengan bingkisan ucapan,
Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu..dan semoga syawal ini juga sebaik Ramadhan yang pergi..

dan semoga..
akan bertemu lagi dengan Ramadhan seterusnya..

ameen..
SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI..daripada kami sekeluarga..

Monday, August 22, 2011

Anak saya terjatuh..

hmm...xtau sebenarnya dari mana nak mula..sebab sebenarnya kejadian ni dah berlaku sebelum Ramadhan lagi..cumanya nak berkongsi kenapa pentingnya kita ambil berat apabila anak terjatuh..

Akhir Julai lepas ummi bawa anak ummi, Amir Hasan ke unit kecemasan HSNZ Kuala Terengganu apabila ummi dapati kepala sebelah sisi kirinya ada benjolan lembik(macam ada air kat dalam)..ummi dah perasan ada benjol kecil 2 minggu sebelum tu..tapi ummi ingat benjol biasa sebab hasan selalu juga terjatuh dek kerana dia makin aktif sejak pandai berjalan ni..tapi apabila dah nak masuk 3 minggu ummi perasan benjol dah jadi semakin besar..dan ummi mula bimbang sbb benjol tu tak surut2..

akhirnya ummi bawa Hasan ke private clinic untuk cek...Hasan kelihatan ok je..tak menangis dan nampak tak sakit langsung walaupun ditekan pada benjol tu...sbb tu ummi pun tak kisah sangat pasal benjol tu..sbb lain2 pun ok..makan minum ok..tidur mcm biasa dan tak menangis kesakitan....apabila dibawa ke klinik, doktor cakap perlukan xray untuk tengok puncanya...sbb tu ummi tak buang masa dan terus bawa hasan ke Unit kecemasan HSNZ...

Sampai je di sana, dan lepas ummi explain kat kaunter saringan, terus menunggu di bahagian rawatan tidak kritikal..sbb hasan pun tak nampak sakit..tak lama menunggu, doktor terus panggil masuk ke dalam. Dr arahkan buat x-ray sbb nak tengok if ada sebarang keretakan.
Sangkaan doktor memang benar..ummi sendiri dapat lihat garisan halus fractal pada sisi kepala hasan...kemudian, Dr arahkan supaya hasan ditahan di HSNZ untuk buat CT scan...




nway, hasan cuma warded 24 jam untuk observation dan CT scan...alhamdulillah dan terima kasih diucapkan pada kawan abg yang kebetulan doc yang bertugas ms tu sbb percepatkan CT scan tu...after CT scan, alhamdulillah Dr ckp tak ada bleeding inside..cuma air dari dalam keluar sikit melalui leaking tu..sbb tu ada benjol lembik..dan insyaAllah doktor ckp akan baik sendiri sbb masih baby...faktor yang boleh menyebabkannya mungkin daripada kesan terhantuk atau terjatuh..itu kata doktor....hari ni ummi tengok hampir hilang dah benjol tu ..Alhamdulillah sbb Allah masih memanjangkan usia anak ummi ni..na'uzubillah semua ni berulang lagi..more about bahaya terjatuh n fractal ni pada kanak-kanak bleh baca artikel ni..terjumpa di Blog Dr Muna, wife kepada penulis SaifulIslam.com..

http://drmuna.wordpress.com/2010/01/01/bayi-saya-jatuh-tapi-ok/


Apabila perkara macam ni berlaku pada anak ummi, ummi tak salahkan sesiapa..mungkin ianya berlaku sebagai peringatan buat ummi sendiri..supaya ummi lebih berhati-hati lain kali..memang ramai yang tanya jatuh kat mana?taska ke?or macamana terjatuh dsbg...bagi ummi mungkin ini ujian Allah pada kita..bukan perlu tanya siapa yang buat..atau siapa bertanggungjawab..semua ni ummi terima sebagai ujian untuk ummi dan anak-anak ummi..semoga hasan makin sembuh dan pulih sepenuhnya..cuma masih lagi kene follow up dengan neuro surgery specialist..doakan hasan cepat sembuh..ameen..

Apapun, hati ummi tersentuh apabila melihat adik Iman di sebelah katil hasan..3 bulan terbaring di hospital selepas kemalangan yang menyebabkan beliau pecah tempurung kepala dan masih belum sedar sepenuhnya...suatu keadaan yang amat sedih untuk dilihat apatah lagi ditanggung...untuk mokcik Nik, ummi doakan semoga beliau sekeluarga tabah, diberi kekuatan dan semangat yang kuat di atas setiap ujian Allah...untuk adik Iman juga, semoga cepat sembuh..nnt nak jadi pendakwah bebas,kan...

Sunday, August 14, 2011

Ramadhan ini..

Alhamdulillah yaAllah..

bersyukur kerana masih dipanjangkan usia ini untuk menikmati Ramadhan kali ini seadanya namun penuh keberkatan bagiku...

Ramadhan ini..
Alhamdulillah, anak sulongku husna diberi kekuatan untuk berpuasa...sehingga sekarang(hari ke 14) puasanya masih lagi penuh..biarpun ini pertama kali kakak berpuasa...insyaAllah kakak..ummi akan hadiahkan sesuatu sebagai ganjaran untuk kesabaran kakak berpuasa..dan insyaAllah ganjaran yang lebih besar telah dijanjikan Allah untuk kita..

Ramadhan ini..
sahurku Alhamdulillah..masih belum tertinggal dan masih diberi peluang untuk ku bangkit dan menyediakan makanan sahur untuk suami dan anak-anak yang turut berpuasa..biarpun adakalanya bangkitku sedikit lewat dan waktu sahur hanya berbaki lagi 15 minit dek kepenatan menyiapkan kerja rumah semalamnya..

Ramadhan ini...
Alhamdulillah, aku dapat meneruskan tadaruus dan terawih biarpun hanya di rumah kerana anak-anak membutuhkan diriku di rumah..namun dapatlah aku menumpukan perhatianku kepada anak-anak dengan mengajak mereka mengaji dan bersolat bersama-samaku..

Ramadhan ini..
Alhamdulillah, aku berbuka sesederhana yang mungkin...kuih muih bukan satu keutamaan biarpun hati masih berkehendak.. kerana aku tidak mahu berlebihan melayan nafsu makan..sehinggakan pernah sehari aku hanya minum dan makan sebiji kurma semasa berbuka dan esoknya ketika sahur aku masih tidak berasa lapar..mungkin berkat sebiji kurma yang dimulakan dengan bismillah..

Ramadhan ini..
Aku rasa lebih teratur..masuk kerja lebih awal dari kebiasaanku..dan dapat aku menyelesaikan urusan pekerjaan dengan lebih cepat dan mudah...pelajar-pelajarku juga jarang memonteng biarpun sedikit kepenatan sebelah petangnya..aku sentiasa mengingatkan mereka bahawa Ramadhan ini adalah bulan keberkatan..sedikit kita belajar namun banyak yang diingat kerana tiada gangguan nafsu makan yang beraja dan melemahkan badan..

Ramadhan ini..aku juga berniat sesuatu..ada sesuatu yang belum kulakukan..insyaAllah, aku yakin Allah akan mempermudahkan..semoga apa yang akan kulakukan ini menjadikan Ramadhan ini lebih manis buatku..dan doaku..semoga ini bukan Ramadhan terakhir buatku..
hari ke-15 sudah mahu menjengah..namun masih banyak belum ku lakukan..dek rehat 7 hari yang Allah berikan..namun alhamdulillah..10 malam terakhir tidak akan kusiakan..

YaAllah...berikanlah aku kenikmatan beribadah agar dapatku manfaatkan Ramadhan ini untuk terus mendekatiMu..limpahkanlah rahmatMu ke atas keluarga kami...dan jadikanlah kami dari golongan yang bersyukur dan diberkatiMu..ameen..

Allaaaahuaakbar...Alhamdulillah..


Friday, June 10, 2011

Dia makin sembuh..

Alhamdulillah.. ><

kak ngah dah makin sihat sekarang..last appointment 11 April lepas kami ke IJN lagi dan doc buat beberapa checkup untuk pastikan keadaan jantung kak ngah sekarang..tiada lagi lubang, jantung sudah mengecil hampir kepada saiz sepatutnya dan yang paling seronok bagi kak ngah, dia tak perlu makan aspirin lagi (aspirin tu untuk mencairkan darah dan serasikan tubuh kak ngah dengan alat yang dipasang pada jantung)..doktor cakap kak ngah cuma perlu attend beberapa follow up session untuk 3 tahun lagi kalau takde pape masalah...alhamdulillah, cukup untuk membuatkan ummi lega seketika..yang penting kak ngah makin sembuh..

thanks to k.vza n a.joe(sepupu saya) sebab izinkan kami menumpang sehari dua di town house mereka...tinggi betul rumah tu..memang dah sempit benar KL sekarang ni..agaknya memang tak senang duduk juga bagi kami yang tak biasa dengan suasana KL ni..apapun, ummi sangat rindukan suasana kampung semasa kami sekeluarga tinggal di Marang..itulah kali pertama kami tinggal di rumah kampung..rumah papan..dulunya ada juga bercadang nak bina rumah papan ala kampung..tapi kos rumah papan pun dah lebih tinggi daripada rumah batu kata abah..so, terpaksalah buat pelan rumah batu juga..insyaAllah sedang berusaha untuk membina rumah sendiri mengikut citarasa kami...buat masa ini, rumah sewa memadai dengan keperluan kami..semoga dipermudahkan segala urusan kami..

Gambar: Hasan tengah seronok main kuda sambil menunggu doc panggil kak ngah di IJN..

12 Jun 2011 ni adalah ulangtahun pertama 'Adik'=Hasan..kali ni hasan adalah pemegang title tu sehinggalah dia dapat adik pula..ummi doakan hasan akan menjadi anak yang soleh dan pemimpin keluarga kita nanti..hmm..hasan sekarang lebih mirip dengan kakak husna..cuma hasan lebih cerah..
ummi masih simpan gambar kek hari lahir kak cik tahun lepas..ni haa..masa tu kak cik masih lagi 'adik'.
Apapun, sekarang hasan pulak jadi adik..lagi 2 hari Hasan akan masuk setahun..Wan Amir Hasan..here an advance wish from Ummi..
"Selamat Hari Ulangtahun yang Pertama Hasan.."
Semoga anak-anak kami semuanya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah..Ummi sayang kalian..tiada kalian, maka Ummi pasti kehilangan inspirasi untuk menulis di sini..

Sekarang musim cuti sekolah..sangat banyak masa lapang bagi kalian..tapi maaf, Ummi tak dapat berada di samping kalian kerana kerja menuntut Ummi untuk berkorban..harap anak-anak Ummi sihat sentiasa dalam jagaan Allah..

Ya Allah, peliharalah anak-anakku dan orang-orang yang aku sayangi..sesungguhnya segala yang berlaku kami serahkan padaMu Ya Allah..

alhamdulillah Ya Allah..atas segala nikmat yang Engkau berikan..limpahkanlah rahmatMu ke atas segala pemberianMu kepada kami..permudahkanlah segala urusan dunia akhirat kami Ya Allah..Semoga kami sekeluarga dalam lindunganMu..amin..

Love, Ummi..

Monday, December 06, 2010

Yang berlalu biarkan pergi..



Alhamdulillah..

masih ada kesempatan untuk ummi terus mencoretkan sesuatu di sini..sedang masa selalu menghambat, namun hari ini alhamdulillah...masih ada ruang untuk ummi mencelah seketika..

hmm, pos terakhir yang lalu, ummi dah sampaikan pada semua tentang kepulangan kita dari IJN selepas prosidur ASD Closure Kak Ngah..

alhamdulillah..hati ini lebih tenang melihat anak-anak sihat semuanya..nikmat terindah yang
Allah berikan untuk ummi..sedayanya ummi cuba untuk mencurahkan kasih sayang pada anak-anak sebagaimana tok lakukan pada ummi dulu..tok(ibu ummi) banyak jadi contoh bagi ummi..tok suka membaca..buku-buku motivasi, majalah-majalah kekeluargaan dan ilmiah selalu menjadi peneman sebelum tidurnya..ummi pun ada jugak baca buku-buku yang tok beli...memang sangat merangsang pemikiran dan motivasi diri ummi...

insyaAllah 10 April nanti kita akan bertolak lagi ke IJN untuk follow up keadaan k.ngah selepas 6 bulan prosedur closure tu..

mudah-mudahan kak ngah dah makin pulih...cumanya risau jugak ummi sebab kak ngah selalu refuse bila ummi nk bagi ubat..so, ummi just masukkan ubat tu dalam susu yang kak ngah minum setiap hari tanpa kak ngah sedari..hmm..asalkan kak ngah makan ubat..insyaAllah ummi harap semuanya akan baik..

sangat lama ummi tak post di sini..ckuplah di sini dulu untuk kali ini..ummi akan sambung lagi nanti...bila?insyaAllah...pada masa ummi dilapangkan waktu dan diberi ilham untuk terus menulis di sini...terlalu banyak yang ummi ingin kongsikan.. :)

Saturday, February 13, 2010

Khabar dari IJN..


Salam.. /hihi

Maaf sebab agak lama tak post kat sini..selalu bukak, tapi tak berkesempatan nak menaip sesuatu untuk dikhabarkan..insyaAllah, ana cuba la recall any news yang penting tentang kami n myself..

Latest, alhamdulillah kami baru jer pulang dari KL 8 Feb lepas..macam tahun2 sudah..kami bawa kak ngah (husni) untuk follow up and checkup kat IJN...but this time rasanya lebih jelas untuk dikhabarkan perkembangan kak ngah memandangkan end of this year, the cardiology specialist would proceed the treatment with operation untuk memasukkan alat melalui salur darah untuk menutup lubang pada jantung kak ngah..insyaAllah, do'akan semoga lepas operation tu, jantung kak ngah akan berfungsi secara normal dan tiada lagi penyakit atau komplikasi lain pada kak ngah..harap2 operation tu akan berjaya sepenuhnya dan kak ngah akan sihat seperti kanak2 yang lain...hanya Allah yang tahu betapa besarnya harapan kami agar dapat melihatnya membesar macam anak2 yang lain...memang selama ini zahirnya tiada komplikasi ketara pada kak ngah sepanjang kami membesarkannya, tapi ibu bapa mana yang sanggup melihat anak2 mereka membesar dalam keadaan membimbangkan??

apapun...kak ngah dah masuk skolah sekarang...sampai skrg ni pun pegi mana2 mesti tak bleh tinggal beg skolah pink mickey mouse tu..she's very excited about schooling..kalo dulu dia selalu merungut tak dapat pegi skolah macam kakak..sekarang kak ngah dah satu sekolah ngan kakak..Tadika Yayasan Islam Terengganu cwngan Permaisuri...alhamdulillah, so far kakak dah boleh mengaji al-Quran since tahun lepas lagi...kak ngah pulak kami tak memaksa sangat memandangkan doc sendiri ckp perkembangan dia mgkin agak lambat sikit dari segi fizikal or mental...apepun, so far kami rasa daya ingatan dan hafalan kak ngah kadang2 lebih baik dari kanak2 lain yang sebayanya....macam mak ana slalu cakap, perkembangan dan potensi diri anak2 tu berbeza...kakak memang dari kecil dah minat nak mengaji..sebab tu kami tekankan kakak lebih kepada tu...kak ngah pulak insyaAllah, harap2 dapat belajar lebih baik lepas operation tu nanti...hmm...kakak skrg tengah nak struggle untuk membaca Bahasa Melayu lebih lancar...cuma kadang2 tu tak tau cemaner nak pupuk minat kakak kepada membaca pulak...ada pengalaman??nanti blehla kongsi...memang kakak agak terkedepan dan lebih minat dalam mengaji daripada membaca...sbb kami mulakan ajar kakak bacaan iqra' since 3 tahun lagi..dan masuk 4 tahun kakak dah masuk iqra' 5...bila masuk skolah terus kakak diserap dalam kumpulan pintar Quran 5 tahun..alhamdulillah...sekarang kakak hampir menguasai keduanya..cumanya skrg ni kene mulakan english lesson jugak..harap2 kakak tak confuse blajar dua-dua skali nanti.. /blur

about my little angel, husnina...hmm..ni la penghibur hati ummi tatkala abah, kakak n kak ngah ke skolah...husnina memang anak yang baik...sejak kecil memang tak banyak karenah...husnina dah berjalan since 9 months..tapi bab bercakap jer yang tak berapa jelas lagi...semuanya sepatah-sepatah jer yang keluar dari mulut dia..nway...dia still jugak bercakap n mintak orang dengar..huhu..sabar je la ummi ni...nak faham satu hal..kalo tak layan merajuk pulak...nway, tula yang slalu jadi penghibur kakak2nya..n ummi abah... :)

about me..
nantila ana ceritakan lagi.. ;) maybe ada yang dah tau perkembangan diri ana n famly, but we actually waiting for good news this june..haha.. :D till then, please..do pray for my famly especially kak ngah...may Allah bring us back..insyaAllah.. /bye

lupa nak wish congrats to my cousin, joe n sis vza for their second baby..tak berpeluang nak melawat lg..berpantang katne yer...untuk pie n tiey also...mabruk alaik utk new baby in the new house..tima kasih sebab tumpangkan kami masa kat KL baru nih...maafla kalo menyusahkan..insyaAllah, ada peluang ble g serdang lg...kem salam kat baby UMAR..

Tuesday, October 06, 2009

Raya lagi..



Ketupat umah mak ni..

Salam..

raya tak habis lg..4 hari lepas baru abih puasa 6..alhamdulillah..dapat gak selesaikan awal2 ni..kalo tangguh-tangguh takut tak terbuat plak nanti...ada lg sehari dua baki nk kene ganti jugak..almaklumla..perempuan ni Allah sayang..tiap2 bulan diberi cuti, tapi dengan hikmahnya yang tersendiri... :)

Teringat masa puasa..

tahun lepas langsung tak kene ganti.. :D dan boleh dikira sejak kawin ni baru 2x kene ganti puasa kot..biasanya penuh sbb slalu pregnant masa puasa..tu yang best tu..semangat pun sedikit berbeza dibandingkan berpuasa tanpa pregnant..sbb azam orang mengandung ni tinggi sket kot..slalunya orang perempuan ni nk khatam Quran pun susah time tak pregnant..tapi bila pregnant, banyak kali pun sanggup..sbb masa tu dok pk nak yang terbaik untuk bby jer..haha.. ;) lagi satu..bila mengandung, wanita diberi peluang berpuasa penuh..memangla ada pengecualian bila adanya kemudharatan ke atas anak, tapi mesti cuba dulu untuk berpuasa..kalo betul ada kemudharatan ke atas anak, barulah dibenarkan berbuka..ni tak, ana pernah jumpa sorang wanita ni yg tanak langsung cuba untuk berpuasa masa Ramadhan atas alasan bila mengandung tak bole tahan lapar. .nak kata alahan teruk, Nampak cam takdela pulak...Cuma dia sendiri tak bole tahan lapar..bila dicadangkan untuk cuba puasa dulu, pun dia dah tak sanggup..hmm...tak elokla macam tu..nanti anak dalam perut pun jadi ‘manja’ or ‘tak tahan ujian’ kalo ibunya pun tak kuat masa mengandung..mak ana la yang cakap.. :)..masa mengandungkan husnina, ana pun alahan teruk..hospitalized 5 hari sbb dehydration...tapi tetap puasa gak kat hospital walaupun makanan disediakan macam biasa macam bukan bulan puasa..alhamdulillah, doc pun kata anak still ok..walaupun doc kata jangan paksa diri...alhamdulillah, diberi kekuatan untuk terus berpuasa...nak buat camana..stiap kali pregnant memang alahan teruk..morning sickness, night sickness,.. ;)..

Kak Ngah n adik..


hmm..bab ganti ni, tang ganti puasa masa orang tak puasala yang paling tak tahan...tapi ok sketla kalo hari bekerja...bleh wat keje tanpa ingat perut nak kene isi ke tak..tapi cubaan gak kalo terpaksa puasa hari minggu..slalunya masa tula banyak keje nk kene buat..termasuklah uruskan umah n anak2..kenela jugak melayan makan minum diorang cam biasa..abang plak..cam biasala..banyak masa siang hari tunggu kat bangsal madu jer..hehe..kami memang lama dah jual madu lebah asli, cuma yerla..kat kampung jer la..abang beli sendiri dgn pencari madu lebah dan dia perah dan botolkan sendiri..dapat la masuk ringgit tambahan untuk famly..alhamdulillah...rezeki dari ciptaan Allah gak...


apepun..puasa kali ni tetap ada hikmahnya..ape yang ana perasan, berat pun turun sampai 3kg masa puasa Ramadhan lepas...uish..banyakla tu..ramai yang tegur dah kurus sgt skrg..tapi rasanya ok lagi la..berat ana ni dok turun naik pun dlm 47kg -51kg jer..tapi rasanya dah lama dah berat tak sampai 51kg..(berat masa anak dara tu..)..skarang ni dok uruskan famly + umahtangga+keje..so, berat mantain skrg dlm 48kg gitu jer..tapi still tak cukup dgn bmi ana..terlebih tinggi kot.. :D..


Sekolah Saya..


Sekolah Kebangsaan Guntong


hmm..keje ana sebagai guru ni pun agak2 dah dekat dengan penghujung kontrak ana..memanglah kontrak sampai bulan 12..tapi ada dalam sbulan lebih jer lagi untuk ke skolah..lepas tu..cuti panjang laa...rasa cam bertuah sangat dapat mengajar kat sini...SK Guntong, Setiu...skolahnya kecik tapi ramai orang yang mesra dan ramah-ramah di dalamnya..tambah pulak, anak2 murid ana kat sini best..senang diatur dan diajar..alhamdulillah...smoga ada peluang lagi untuk terus ngajar kat sini..cikgu2nye pun sporting..memang senang nak kerjasama n mintak tolong..

Kak Ngah..


hmm...cuti pun dah dekat..tak plan pape lagi untuk cuti ni...ingat nk ajak abang bawak bercuti..ala..dah lama tak cuti2 Malaysia..slalunya dok umah, balik kampung n ziarah adik bradik yang dok jauh2 sket..kalo kebetulan ada appointment k.ngah(husni) with doc kat IJN, baru kami ke KL..tapi sejak k.ngah di follow-up ke IJN memang tiap2 tahun kami ke KL..so far, takde treatment khas lagi untuk k.ngah...skdr follow up,check-up, and echo dgn specialist kat sini n IJN..doc kata berat kak ngah agak kurang memuaskan..maybe sblm kak ngah masuk skolah baru buat operation or masukkan alat kat jantung kak ngah yang berlubang tu..kami dah decide tak nak open surgery..tapi doakanlah..mudah-mudahan dalam tempoh sementara menunggu treatment tu..kak ngah sentiasa sihat walafiat dan dalam lindunganNya..

Syawal ini..

My big family without me n ida..sedih plak tak bergambar sama..

Syawal pun masih berbaki..tapi kat sini rayanya meriah stakat sminggu jer...tak banyak open house..hari raya ke-4 sempatla ana wat makan sket untuk famly..masak segera jer, untuk adik bradik n mak ayah..menu:laksa kuah masak lemak, pudding-puding, kek pisang n air 'Jasjenak'.. ;)..tak tau ler sedap tak...tapi kalo dah adik bradik jer bleh makan sampai 3 bgkus laksa habis, kira ok la tu kot..:D (ida my sis ckp sedap..ada dia post pasal raya kat umah kami raya lepas..mmg slalu buat laksa kuah putih kalo dia datang umah...) seronok bila semua adik beradik kami ada..azri pun balik gak dari Sheffield untuk raya bersama tahun ni..katanya sampai terpaksa jual aksesori cam SLR nyer sebab tak dan duit nk beli tiket..takpela yie.. ;) nway..raya kali ni cam biasa gak..kat kampung abang sebelah pagi n kampung tok ana sblh ptg..pakcik makcik pun ramai buat open house..pa-ma, tangyi-cikna, poklang-maklang, pok kamil-moksu, n pakcik2 lain..mohon maaf sangat2 sbb tak dapat nk attend semua skali open house..ada gak yang ter'miss' sbb jarak jauh sket..mak ana pun buat open house raya kedua..insyaAllah, nantila ana post pasal tu..sbb banyak gak gambar2 masa tu...ada pluang ana uploadkan nnt..

nway.. ana online ni pun kat skolah jer..still can't have my own network..hehe..takpela..macam ni pun dah bagus...insyaAllah, ada kelapangan ana post lagi..cumanya kali ni nak amik kesempatan untuk wish SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan mohon maaf atas segala salah silap ana pada semua yang mengenali diri ini..mudah-mudahan dipanjangkan umur untuk kita jumpa lagi..amin... :B

Monday, March 16, 2009

Tak dan...

Aci ke kalo ana kata ana takdan??



hakikatnya...sedikit sebanyak itulah cabarannya bila...



dah pindah umah baru...

tak ada lagi internet di rumah..

anak dah tambah lagi sorang..

kerja surirumah 24 jam sehari..

balik umah mak seminggu-2minggu sekali je..

kalo bukak internet pun, just sempat cek emel..

lama sket anak-anak start meragam..

bila anak-anak dah tido, dengan umminya skali tumbang..;)

nak wat guane..



lalu...

bila adanya peluang..

terus pinjam laptop ayah...

buka internet jap..

bila jari dah mula menaip..

rasa cam banyak sangat nak diceritakan..



sabar...

nak sangat ceritakan apa yang dah berlaku...

tapi yang paling menggembirakan...





anak-anak makin membesar..



KAKAK dah masuk sekolah..

KAK NGAH dah pandai buat macam-macam..

ADIK tak henti-henti bertatih..



putaran hidup ana memang tak banyak berubah...

sekarang tengah mencari kerja baru..

mungkin yang lebih sesuai dengan title 'ummi' anak ramai,insyaAllah..;)

yang berjiwa pendidik...mungkin itu yang lebih sesuai...

apa pun...

semoga dipermudahkan urusan...



matlamat masih lagi sama..



isteri yang solehah..

ummi mithali..

anak solehah..



La ni bz sikit..
kerja sambilan ana sekarang-temporary TEACHER..:)
kat SMK Penarek, Setiu..ngajar BI..tapi student asyik panggil
'USTAZAH'..;)
confuse kot..
insyaAllah, ada rezeki ana akan terus mengajar..
sbb rasanya dah jumpa minat baru..."MENGAJAR"..
till then..may Allah bring us back!!
do pray 4 me n my famly...salam..
tata..

Wednesday, December 05, 2007

kenapa saya masuk hospital??

Salam..

Nampaknya ramai sangat yang dah tanya pasal ni..tq to those who care..need to tell u what actually happened to me now...alhamdulillah, wa syukran lillah for keep giving us 'rezeki' to have our new family, insyaAllah...my third baby..i've been warded for few days before last raya since i got symptoms of having hyperemesis gravidum + dehidrated...maklumlah, ramadhan kali ni sedikit menguji kesihatan ana + gastrik + vomitting n i had to take MCs for 2 weeks n hospitalized for 5 days...alhamdulillah, feeling better now..cuma morning sickness tu ada lagi setiap pagi..vomitting + my low blood pressure make me feel sick sometimes...plus da 'migraine' coming sometimes n kerja yang banyak dah tertangguh sbb MC tapi terpaksa disiapkan jugak ikut dateline...

nway, alhamdulillah..again....

sbb 3 Disember lepas mak ayah ana dah selamat berangkat ke baitullah..untuk menunaikan haji bersama-sama ngan chik n tokki (nenek dan atuk sblh mak)..mudah-mudahan dipelihara kesihatan dan keselamatan mereka sepanjang berada di sana dan diredhai Allah dalam melaksanakan kewajipan di sana...insyaAllah, mereka akan kembali ke tanahair pada minggu kedua persekolahan sesi depan....mudah-mudahan pulang bersama haji yg mabrur dan membawa keredhaanNya..amin...

tak banyak yg sempat diceritakan utk post kali ni...sbnrnya byk cerita tapi cam dah agak basi nak diflashback kat sini...maybe sbb tuan rumah dah lama sangat peram cerita tu sampaikan dah tak valid lg ngan keadaan skrg ni...nway, insyaAllah, jika punya kelapangan waktu dan kesihatan mengizinkan ana akan pos lg...

insyaAllah, ana n famly akan turun KL skali lg utk bawa Husni ke IJN for her next appointment with da specialist this january..maybe menumpang kat umah adik ipar kat bangsar jer..mcm hari tu jugak..rasanya takla jauh sgt ngan IJN...kalo berkesempatan bleh gak berziarah ngan sahabat2 kat sana..too many 'somebody' that i miss a lots there...ukhuwwah yg dah terjalin sejak dlu tidak pernah luntur biar diasak masa yg berlalu..mudah-mudahan Allah mempertemukan kami semula...amin...

**this is my pregnancy ticker...huhu..sorry for keeping this as a secret till
this long...ala, baru bape minggu pn..do pray for me n my family...forget not,
my baby..


Lilypie Expecting a baby Ticker