Showing posts with label my family. Show all posts
Showing posts with label my family. Show all posts

Sunday, March 01, 2015

Kisah Kak Ngah dalam majalah Jelita Mac 2015. Semoga bermanfaat untuk semua.

Assalamualaikum..


Alhamdulillah..

Masih ada ruang meneruskan coretan.
Alhamdulillah kami sekeluarga masih sihat walafiat dengan izin Allah.


Awal Februari yang lalu kisah Kak Ngah mendapat perhatian seorang penulis bagi Majalah Jelita, Puan Norashikin. Beliau meminta izin untuk menyiarkan coretan-coretan saya di Blog Haruman Syurgawi ini mengenai K.Ngah. Dengan sedikit olahan semula daripada beliau, kisah K.Ngah sejak 9 tahun yang lalu akhirnya terkumpul dan berjaya dipaparkan untuk manfaat bersama dalam Majalah Jelita keluaran Mac 2015.


Jelita Mac 2015
Saya juga turut mendapat respon melalui emel dan komen blog daripada ibu-ibu yang ingin tahu lebih lanjut mengenai pengalaman kami membesarkan anak yang mengidap jantung berlubang. Semuanya sejak saya ceritakan serba ringkas pengalaman tersebut dalam entri ini di Blog Mauceriasokmo yang juga milik saya. 


Mudah-mudahan sedikit perkongsian pengalaman kami itu dapat memberi semangat dan harapan kepada ibubapa yang juga mempunyai anak dengan penyakit sebegini. Cerita yang saya paparkan di Blog Haruman Syurgawi cuma secebis daripada pengalaman sebenar kami. Ada bahagian-bahagian tertentu yang tak terluah di sini kerana kami ingin sentiasa bersangka baik dengan setiap taqdirNya.


Pelbagai ujian telah dilalui Kak Ngah yang kadangkala kami rasa kuatkah dia menanggungnya.. namun, pasti ada asbabnya setiap apa yang berlaku. Dan kami redha kerana kami tau Allah telah memberi kekuatan buat Kak Ngah melaluinya. Jantung membengkak, dada meninggi, paru-paru hampir banjir darah, lelah, kerap demam panas, selalu keletihan serta dicabut 12 batang gigi serentak..ini adalah antara saat-saat yang sukar yang pernah Kak Ngah lalui. Alhamdulillah...memang benar. Allah jadikan K.Ngah cukup kuat mengharungi semuanya..


Bagi kami, kami cukup bersyukur kerana 9 tahun yang telah Kak Ngah lalui akhirnya dapat kami sama-sama tempuhi dengan penuh hikmah yang hanya Allah lebih mengetahuinya. Banyak saat-saat yang dilalui merapatkan lagi hubungan saya dan suami serta keluarga kami.


Apalah sangat ujian ini jika dibandingkan dengan ujian yang lebih besar dihadapi ibu bapa lain di luar sana. Sangat bersyukur kerana kini Kak Ngah sudah boleh meneruskan kehidupan sebagaimana kanak-kanak lain. Alhamdulillah.


Untuk ibu bapa yang mempunyai anak yang sakit, jangan sesekali terlalu bersedih dan mudah mengalah. Sentiasalah bersangka baik dengan ujianNya. Jika duit masalahnya, ia boleh dicari. Percayalah Allah sentiasa akan mencukupkan rezeki bagi setiap anak yang dilahirkan..namun jagalah sebaik mungkin amanah yang telah diberikan ini walaubagaimana sekalipun. 

Berikhtiarlah selagi mampu. Doa seorang ibu juga adalah penawar terbaik buat si anak. Dan yang paling penting redhalah dengan ujian Allah dan percayalah ada hikmah yang besar bagi setiap perkara yang berlaku.




Saya doakan mudah-mudahan Allah melindungi dan merahmati kita semua..InsyaaAllah..

Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah dari kelemahan saya sendiri sebagai hambaNya yang dhaif. Semoga dipermudahkan segala urusan kita dunia akhirat. Doakan kita diberi kekuatan dan kemampuan menjaga anugerah istimewa ini sebaik mungkin.
Ameen.


Ikhlas,


Ummi Ana.








Monday, June 27, 2011

Hari Jumaat yang panjang..


Alhamdulillah..
Syukur yaAllah..masih panjang umur anak-anak dan suamiku..dan terima kasih Ya Allah kerana menyelamatkan anakku..

Pagi Jumaat:

Macam biasa setiap hari Jumaat Ummi agak sibuk menguruskan anak-anak, siapkan kerja bersih rumah, basuh baju, masak dan segala tanggungjawab ummi..kebetulan hari tu ummi agak happy sebab tok n tokki padang midin datang tidur umah malam semalamnya..walaupun penat sedikit tapi ummi tak kisah sebab ummi memang suka adik-adik dan mak ayah ummi datang..abah awal-awal lepas subuh dah keluar..nak ke Rusila katanya..pagi tu ummi bangun tidur, solat subuh dan terus ke dapur untuk buat sarapan..ummi masak nasi goreng+roti goreng celup telur+kek batik biskut marie(buat sehari sebelum tu)..lepas sarapan, terus keluar jemur kain dan sapu laman depan rumah...tok tengah bersiap nak ke SK Merang(sekolah tok mengajar) sebab nak tengok murid-murid tok berkhemah kat sekolah. Anak-anak ummi apa lagi, terus nak ikut sama..terpaksalah tokki bawa semua anak-anak ummi bersama...nasib baik ada cikya tolong pegang Hasan masa kat sana..sebab nanti tokki balik bari semula untuk berehat sementara tok selesai tugas di sekolah..

Kek marie yang ummi buat khamis petang..yang ni ummi potong siap-siap nak hantar ke umah che de yah..versi comot sebab bekas potongan kakak..













11.50 am:
Abah baru sampai di rumah.. tokki pula tengah bersiap nak ambil tok di sekolah dan balik ke padang midin semula sebelum solat jumaat..kebetulan minggu tu abah yang kene baca khutbah kat Masjid Kg. Bari..so, biasanya abah akan bersiap awal untuk ke masjid dan baca-baca dulu teks khutbah..masa nak balik sempat lagi abah bekalkan tokki dengan 3 biji kelapa muda..tak lupa juga ummi minta tokki bawa balik puding tauhu yang tok buat di rumah kita pagi tu..kebetulan tok yang beria sangat nak buat puding tauhu untuk bagi cikgu-cikgu sekolah yang bertugas kat perkhemahan tu makan..bakinya, ummi simpan sedikit untuk kita dan selebihnya ummi bungkus bagi tokki bawa balik ke padang midin..rasa berat hati ummi bila adik-adik ummi dan tokki nak balik..bukan selalu mereka datang tidur di bari..insyaAllah, bila dah naik rumah kita sendiri nanti ummi akan selalu jemput tok dan tokki ke rumah..













Puding tauhu yang belum disiram dengan sirap laici..bekas kecik untuk tok bawa ke sekolah..
2.25 p.m
Seperti biasa, hari Jumaat ummi selalu dijemput ke majlis tahlil dan bacaan yaasin bersama makcik-makcik dan golongan muslimat Kampung Bari. Minggu ni giliran di rumah Mok Yam pula. Abah tak ikut sekali memandangkan warga lelaki tak dijemput sama. Kak ngah, kakak dan kak cik dah siap pakai tudung dan baju kurung menunggu di luar untuk ikut sama ke majlis tu. Sedang ummi bersiap-siap sambil berbual dengan abah tiba-tiba..."kung!!!"(bunyi sesuatu dihantuk pada besi)

"Ummi...ummi...kak ngah jatuh.."

"Astaghfirullahal'azim..jatuh mana..jatuh kat mana tadi kakak?"
"..err..jatuh kene kat besi ampaian tu haa..marilah tengok kak ngah ni ummi.."
"Allahuakbar.."

Kak ngah berguling-guling sambil menangis atas sofa...tangan kak ngah pekup di kepala..darah menitik dari tangan kak ngah..

"ummi..sakit,ummi..sakit sangat..."

"Ya Allah, apa nak buat ni.."

Ummi jadi panik...terus panggil abah bila tengok darah banyak keluar kat kepala kak ngah sampai basah tudung kak ngah..kak ngah pun jadi panik bila tengok tangan penuh darah..ummi cepat-cepat kesat darah dan tenangkan kak ngah..abah pula cuba hentikan darah dan baca doa penahan untuk tahan darah..alhamdulillah, buat seketika, darah berhenti mengalir..kemudian, macam biasa, apabila ada apa-apa kecederaan macam ni ummi bagi makan ubat arnica dulu(ubat homoepathy untuk cedera ringan atau luka-luka kecil) ..nasib baik kak ngah senang makan ubat homoepathy..

Kuasa Allah..apa yang ummi rancangkan petang tu lain jadinya..ummi dan abah terpaksa berkejar ke hospital setiu bawa kak ngah untuk rawatan..luka kak ngah di dahi agak dalam dan panjangnya lebih kurang seinci..ummi periksa juga kalau-kalau ada luka kat tempat lain..dalam perjalanan kami diam je..ummi tengok kak ngah pun dah nak tertidur sambil merengek perlahan mengadu sakit..darah meleleh lagi kat dahi kak ngah..ummi lihat kakak diam je dan beberapa kali juga kakak cuba menenangkan kak ngah dan tolong ummi lap darah..kakak nampak simpati sangat pada kak ngah..

sampai di hospital ummi tolong daftarkan kak ngah dan abah bawa kak ngah masuk bilik kecemasan..ummi sangat-sangat berharap luka kak ngah tak serius..alhamdulillah, 20 minit kemudian, abah bawa kak ngah keluar dengan plaster dan kapas kat dahi..hmm..kene 4 jahitan kata abah..nasib baik kak ngah tak apa-apa dan kami terus bawa kak ngah pulang..

5.30 p.m:
Ummi ajak kak ngah makan tapi kak ngah menolak..tak selera agaknya sebab tengah sakit lagi..katanya dah makan nasi goreng pagi tu..ummi biarkan je kak ngah berehat dan baring kat depan sambil tengok tv..tiba-tiba kak ngah bangun dan berlari ke dapur..katanya nak muntah..ummi tolong legakan kak ngah dan minta kak ngah berehat..tapi lepas sejam kak ngah muntah lagi..ummi dah bimbang masa tu..agaknya sebab jatuh tadi ke..

7.00 p.m:
Memandangkan kak ngah muntah banyak kali, ummi pun call pok lang untuk tanyakan pendapat dia..poklang MA kat kompleks rawatan harian HSNZ..pok lang minta ummi bawa kak ngah ke kecemasan HSNZ Kuala Terengganu untuk pastikan keadaan kepala kak ngah macamana..pok lang bimbang kalau-kalau berlaku gegaran yang serius dan mengakibatkan adanya darah beku dalam kepala kak ngah

7.45 p.m:
Semua dah siap mandi, solat dan bersiap nak ke hospital..kak ngah muntah lagi..ummi dah bimbang dah...ummi berdoa banyak-banyak minta pada Allah supaya keadaan kak ngah tak serius dan tak berlaku apa-apa yang membahayakan anak ummi ni..masa nak keluar hujan tengah lebat dan tiba-tiba je blackout..hmm..memang ujian sungguh hari tu..alhamdulillah akhirnya kami selamat sampai ke HSNZ..

Masa mendaftar di kaunter saringan, ummi ceritakan keadaan kak ngah..sekejap je kak ngah dah dipanggil masuk ke bilik pemeriksaan. Doktor minta kak ngah dibawa untuk x-ray di unit radiologi..nasib baik tak menunggu lama..lepas selesai terus jumpa doktor..Alhamdulillah, doktor kata kak ngah bernasib baik sebab tiada darah beku dalam kepala..cuma mungkin simptom akibat berlaku gegaran pada kepala saja..doktor bagi pilihan samaada kak ngah dipantau di hospital atau ummi abah monitor sendiri di rumah..akhirnya abah minta supaya kak ngah dibawa pulang..
10.15 p.m:
Sebenarnya kebetulan sepupu ummi, Muhammad Ikhwan Naim adakan majlis doa selamat untuk isterinya, Dr Mardziah yang menunggu untuk bersalin raya nanti..Majlis malam tu dibuat di Paloh, kampung nenek ummi..alang-alang dah ke KT ummi minta abah singgah sebentar di Paloh. Kak ngah jadi perhatian malam tu..semua nak tengok luka kak ngah..dan tanyakan keadaan kak ngah..Alhamdulillah, kak ngah dah mula makan sikit kat majlis tu..kami makan-makan dan terus kita bertolak balik ke Setiu.

11.10 p.m:
Tok ada beritahu nak datang malam ni..nak ambil laptop dan purse Arif yang tertinggal pagi tadi..kebetulan tok baru habis program kat SK Merang..nasib baik kita sempat sampai rumah...tapi balik umah tengok letrik masih tak ada..ummi minta abah periksa kalau-kalau ada suis yang 'tendang' disebabkan kilat yang kuat tadi..rupa-rupanya memang betul sangkaan ummi..sebaik saja ummi pasang lampu, tok pun sampai..tapi lepas 10 minit, tok dah minta diri untuk pulang sebab dah lewat malam..lepas tok balik je ummi dan abah terus masuk tidur..

Alhamdulillah yaAllah..hari ini berjaya dilalui dengan pertolongan yang sangat banyak dariMu..mudah-mudahan hari esokku lebih baik daripada hari-hari yang sebelumnya..dan hari seterusnya lebih baik daripada hari-hari yang telah berlalu..peliharalah kami sekeluarga dari perkara-perkara yang memudaratkan..sesungguhnya kami menyerahkan segalanya kepadaMu..hidup dan mati kami adalah keranaMu..ameen..

Untuk anak-anak ummi..kakak, kak ngah, kak chik dan Adik..
Jangan main-main yang bahaya tu lagi..umi risau tau!!







Thursday, December 27, 2007

Khabar sedih dan gembira...

Salam..

tak banyak yg sempat disampaikan kat sini..
al-fatihah untuk pemergian anak saudara abang, Wan Ahmad Mujahid bin Wan Yuzaidi yang telah meninggal dunia akibat barah kelenjar..tiada ucapan terbaik yg dapat diberikan lebih-lebih lagi apabila mujahid pergi dalam suasana yang tidak terduga sebenarnya...baru 2 minggu dimasukkan ke HUSM Kubang Kerian untuk rawatan selanjutnya setelah disahkan doktor mempunyai simptom barah kelenjar...setelah 4x rawatan kemo sempat diberikan, akhirnya 7 Disember lepas (jumaat), mujahid pergi atas keinginanNya....untuk Kak Ros dan Abg Zaidi, banyak-banyaklah bersabar kerana keredhaan kalian insyaAllah memberi ganjaran syurga buat anakanda Mujahid yg telah pergi...

diri sendiri cuba membayangkan apa yg mereka lalui...Mujahid dilahirkan hanya 40hari selepas kelahiran Husni...namun Allah lebih menyayanginya biarpun baru sebulan diketahui mengidap penyakit tersebut...barah...kehadirannya secara diam tanpa isyarat, namun dengan izinNya bisa meragut nyawa...penyakit Mujahid telah dikenalpasti berada di tahap 4 ketika kami mengetahuinya...satu tahap yg agak kritikal dan tidak disangkakan..apapun, kami sekeluarga pasrah kerana pemergiannya akhirnya berganti bila Kak Ros disahkan hamil lagi ketika seminggu akhir sebelum pemergiannya...mudah-mudahan Allah memberikan ganti yang lebih baik daripada yang telah pergi..amin...

apapun..
syukur Ya Allah...kerana masih memberi peluang untuk anak-anakku hidup sihat ceria biarpun husni tidaklah sesihat luarannya....mudah-mudahan Allah memanjangkan usia anak-anakku dan memberiku peluang untukku membesarkan mereka dengan tangan ini selagi ada hayat ini...dan mudah-mudahan kehadiran orang baru nanti akan menambahkan kegembiraan keluarga kami...amin..sesungguhnya setiap apa jua ujian yang menimpa mendatangkan hikmah dan peringatan buat kita semua...

gud news..:)
alhamdulillah, adik ana, Muhammad Arif berjaya mendapat 8A dalam PMRnya yang lepas...mudah-mudahan menjadi khabar gembira buat ayahbonda kami yang berada di tanah suci skrg...mudah-mudahan Allah memurahkan lagi rezeki kami sekeluarga...amin...

Monday, November 19, 2007

Congrats my boy!!

my brother got 5As in his UPSR exam...alhamdulillah wa syukran lillah...

me: lepas ni eman nk masuk skolah mana...
aiman: ermm...ntah..
me: mana bleh tak tau ni...ada mintak memana tak?
aiman:ada..
me: sekolah mana??
aiman: SMKA Sheikh Abd Malek...
me:agak-agak dapat tak?
aiman: ntah...
me:hmmmm...insyaAllah, dapat la...
aiman: saingan ramai la...sekolah eman jer ada 42 orang dapat 5A...kelas eman, daripada 38 orang, cuma sorang jer tak dapat 5A..
me:uish...:P[kagum]..yer ker...takpela...Allah dah janjikan rezeki untuk setiap kita...insyaAllah, eman mesti dapat nyer...doa2 la bebanyak...


"Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita..berdoalah semoga Allah memberikan yang terbaik untuk kita..yg terbaik tak semestinya yg kita sukai..walau apa sekalipun yg kita perolehi di kemudia hari, hanya Allah lebih mengetahui rahmat di sebaliknya.."

Sunday, May 27, 2007

long story...

salam...

hmm..lamanyer tak update...since dah byk jugak yg tertinggal nk diceritakan, so kenela flashback balik...mana nk start ni...heh..

xcident..
hmm..ni la rupa kereta mak yg excident 2-3 minggu lepas...abang yg bawak ms tu..dia kene langgar dengan motosikal dari tepi..abang dah bg signal nk belok kanan..tapi ntah macamane driver motor tu tak perasan kot..benda dah nak jd..dengan izin Allah jugak....asalnya elok jer abg dok umah chik(nenek sblh mak ana) mlm tu (kami bercadang bermalam umah chik)..tapi tetiba jer dah dkt kul 10 mlm abg ckp nk keluar jap nk beli ubi kentang (katanya nk makan as ubat sakit sendi)..actually, this happened 2 days before he warded..nk buat mcmane..so skrg, terpaksalah ana membonceng ngan ida nk pegi keje..kesian jugak kat dia, kene angkut 3 orang skali (me, husna n husni) tiap2 pagi..kene hantar husna husni pegi taska dulu, then hantar ana kt Bandar KT, n then patah balik ke tempat keje dia kat Gong Kapas...skrg ni keta tu dah dihantar ker workhop...agak2 dalam sbulan jugak bru siap baiki katanya...(bumper patah n tanggal, body dpn sblh kanan kemek, side mirror pecah n pintu takle tutup or buka...(hehe..elok jer bawak balik keta tu sampai umah lepas xcident, terus jatuh bumper dia...hihi..:D :D.. )
nasib baikla abang tak pape..

Second operation

alhamdulillah, abg baru jer lepas second operation n baru discaj dr hospital seminggu lebih...operation kali ni pasal nk sambungkan balik urat ligamen lutut abg yg putus dah lama dulu...(gara2 dah 2 kali tercampak dalam 2 xcident motor berlainan)..memang doc bru perasan pasal ni ms buat laparoscope operation lepas...alhamdulillah, skrg dah makin sembuh...cumanya still kene teruskan fisioterapi for about 2 months kata doc..for about 2 weeks jugak la abg kene bertongkat n pakai brace lutut..and jenuh gak la ana kene berulang alik dari tmpat keje n hospital...sbb kene jaga abg yg tak mampu nk berjalan..nway..saat2 macam nila yg semakin merapatkan hubungan kami...kat sminggu la jugak...bila dah ble pakai tongkat barula abang OK sket..kesian kat husna & husni yg kene tinggal kat mak...tiap2 ptg ida(my sis) datang bwk anak2...husni pun still on breastfeeding..nak tak nak ummi terpaksa la jugak simpankan susu siap2 utk adik minum mlmnya..hmm...baki cuti dah tak banyak..sbb dh byk amik cuti utk bawak adik jumpa specialist n cuti ms jaga abg sakit..masih ada kene simpan jugak untuk bawak adik ke IJN nanti...tq to dr Mat Ros..he's one of the best ortho specialist at HBKT..dah balik hospital ni pun tak habis2 lg abg dok puji dia..katanya Dr Mat Ros ni baik n low profile jer orgnyer...mmg dia take care sgt kat patient2 dia..tak pernah berlagak dgn jawatan besar yg ada...mudah-mudahan Allah membalas jasanya dengan kebaikan berlipat ganda..amin..

Adik..
ramai yg dah tanya tru sms or phone n jumpa ana sendiri untuk tanya pasal adik(husni)...tq to ekyn, aida, kak zura, lukluk n others 4 da du'a..

insyaAllah, specialist kat HBKT dah aturkan appointment utk kami bawa husni ke IJN 20 Jun depan...insyaAllah, masa kat sana nnt cardiology paediatricians kat sana sendiri akan buat checkup skali lg and decide samaada husni perlukan open surgery or just pakai alat utk tutup lubang kat jantung tu..

sbnrnya doc lebih risaukan paru2 husni yg dah mula banjir darah (berair) ...n kalo dibiarkan lebih lama...paru2 adik akan lebih rosak n if it happened, no operation can save it (that paru2) nauzubillah..

so, we decided to bring her to IJN a.s.a.p...semoga Allah mempermudahkan perjalanan kami ke sana nanti...hmm..tak tau jugak mana nk menginap nih...ade yg suggest to book a room at Hotel Putra which is nearer..n ade jugak yg ajak tumpang umah sedara..nway...thanks all 4 ur care..sekurang-kurangnya masih ade yg ingin berkongsi kesusahan kami...apapun...kami redha dengan ketentuanNya...doakan mudah-mudahan Allah berikan kekuatan dan rahmat buat kami sekeluarga...insyaAllah...n hopefully my little baby will recover soon...amin yaAllah..