Thursday, December 27, 2007

Khabar sedih dan gembira...

Salam..

tak banyak yg sempat disampaikan kat sini..
al-fatihah untuk pemergian anak saudara abang, Wan Ahmad Mujahid bin Wan Yuzaidi yang telah meninggal dunia akibat barah kelenjar..tiada ucapan terbaik yg dapat diberikan lebih-lebih lagi apabila mujahid pergi dalam suasana yang tidak terduga sebenarnya...baru 2 minggu dimasukkan ke HUSM Kubang Kerian untuk rawatan selanjutnya setelah disahkan doktor mempunyai simptom barah kelenjar...setelah 4x rawatan kemo sempat diberikan, akhirnya 7 Disember lepas (jumaat), mujahid pergi atas keinginanNya....untuk Kak Ros dan Abg Zaidi, banyak-banyaklah bersabar kerana keredhaan kalian insyaAllah memberi ganjaran syurga buat anakanda Mujahid yg telah pergi...

diri sendiri cuba membayangkan apa yg mereka lalui...Mujahid dilahirkan hanya 40hari selepas kelahiran Husni...namun Allah lebih menyayanginya biarpun baru sebulan diketahui mengidap penyakit tersebut...barah...kehadirannya secara diam tanpa isyarat, namun dengan izinNya bisa meragut nyawa...penyakit Mujahid telah dikenalpasti berada di tahap 4 ketika kami mengetahuinya...satu tahap yg agak kritikal dan tidak disangkakan..apapun, kami sekeluarga pasrah kerana pemergiannya akhirnya berganti bila Kak Ros disahkan hamil lagi ketika seminggu akhir sebelum pemergiannya...mudah-mudahan Allah memberikan ganti yang lebih baik daripada yang telah pergi..amin...

apapun..
syukur Ya Allah...kerana masih memberi peluang untuk anak-anakku hidup sihat ceria biarpun husni tidaklah sesihat luarannya....mudah-mudahan Allah memanjangkan usia anak-anakku dan memberiku peluang untukku membesarkan mereka dengan tangan ini selagi ada hayat ini...dan mudah-mudahan kehadiran orang baru nanti akan menambahkan kegembiraan keluarga kami...amin..sesungguhnya setiap apa jua ujian yang menimpa mendatangkan hikmah dan peringatan buat kita semua...

gud news..:)
alhamdulillah, adik ana, Muhammad Arif berjaya mendapat 8A dalam PMRnya yang lepas...mudah-mudahan menjadi khabar gembira buat ayahbonda kami yang berada di tanah suci skrg...mudah-mudahan Allah memurahkan lagi rezeki kami sekeluarga...amin...

Wednesday, December 05, 2007

kenapa saya masuk hospital??

Salam..

Nampaknya ramai sangat yang dah tanya pasal ni..tq to those who care..need to tell u what actually happened to me now...alhamdulillah, wa syukran lillah for keep giving us 'rezeki' to have our new family, insyaAllah...my third baby..i've been warded for few days before last raya since i got symptoms of having hyperemesis gravidum + dehidrated...maklumlah, ramadhan kali ni sedikit menguji kesihatan ana + gastrik + vomitting n i had to take MCs for 2 weeks n hospitalized for 5 days...alhamdulillah, feeling better now..cuma morning sickness tu ada lagi setiap pagi..vomitting + my low blood pressure make me feel sick sometimes...plus da 'migraine' coming sometimes n kerja yang banyak dah tertangguh sbb MC tapi terpaksa disiapkan jugak ikut dateline...

nway, alhamdulillah..again....

sbb 3 Disember lepas mak ayah ana dah selamat berangkat ke baitullah..untuk menunaikan haji bersama-sama ngan chik n tokki (nenek dan atuk sblh mak)..mudah-mudahan dipelihara kesihatan dan keselamatan mereka sepanjang berada di sana dan diredhai Allah dalam melaksanakan kewajipan di sana...insyaAllah, mereka akan kembali ke tanahair pada minggu kedua persekolahan sesi depan....mudah-mudahan pulang bersama haji yg mabrur dan membawa keredhaanNya..amin...

tak banyak yg sempat diceritakan utk post kali ni...sbnrnya byk cerita tapi cam dah agak basi nak diflashback kat sini...maybe sbb tuan rumah dah lama sangat peram cerita tu sampaikan dah tak valid lg ngan keadaan skrg ni...nway, insyaAllah, jika punya kelapangan waktu dan kesihatan mengizinkan ana akan pos lg...

insyaAllah, ana n famly akan turun KL skali lg utk bawa Husni ke IJN for her next appointment with da specialist this january..maybe menumpang kat umah adik ipar kat bangsar jer..mcm hari tu jugak..rasanya takla jauh sgt ngan IJN...kalo berkesempatan bleh gak berziarah ngan sahabat2 kat sana..too many 'somebody' that i miss a lots there...ukhuwwah yg dah terjalin sejak dlu tidak pernah luntur biar diasak masa yg berlalu..mudah-mudahan Allah mempertemukan kami semula...amin...

**this is my pregnancy ticker...huhu..sorry for keeping this as a secret till
this long...ala, baru bape minggu pn..do pray for me n my family...forget not,
my baby..


Lilypie Expecting a baby Ticker