Thursday, December 27, 2007

Khabar sedih dan gembira...

Salam..

tak banyak yg sempat disampaikan kat sini..
al-fatihah untuk pemergian anak saudara abang, Wan Ahmad Mujahid bin Wan Yuzaidi yang telah meninggal dunia akibat barah kelenjar..tiada ucapan terbaik yg dapat diberikan lebih-lebih lagi apabila mujahid pergi dalam suasana yang tidak terduga sebenarnya...baru 2 minggu dimasukkan ke HUSM Kubang Kerian untuk rawatan selanjutnya setelah disahkan doktor mempunyai simptom barah kelenjar...setelah 4x rawatan kemo sempat diberikan, akhirnya 7 Disember lepas (jumaat), mujahid pergi atas keinginanNya....untuk Kak Ros dan Abg Zaidi, banyak-banyaklah bersabar kerana keredhaan kalian insyaAllah memberi ganjaran syurga buat anakanda Mujahid yg telah pergi...

diri sendiri cuba membayangkan apa yg mereka lalui...Mujahid dilahirkan hanya 40hari selepas kelahiran Husni...namun Allah lebih menyayanginya biarpun baru sebulan diketahui mengidap penyakit tersebut...barah...kehadirannya secara diam tanpa isyarat, namun dengan izinNya bisa meragut nyawa...penyakit Mujahid telah dikenalpasti berada di tahap 4 ketika kami mengetahuinya...satu tahap yg agak kritikal dan tidak disangkakan..apapun, kami sekeluarga pasrah kerana pemergiannya akhirnya berganti bila Kak Ros disahkan hamil lagi ketika seminggu akhir sebelum pemergiannya...mudah-mudahan Allah memberikan ganti yang lebih baik daripada yang telah pergi..amin...

apapun..
syukur Ya Allah...kerana masih memberi peluang untuk anak-anakku hidup sihat ceria biarpun husni tidaklah sesihat luarannya....mudah-mudahan Allah memanjangkan usia anak-anakku dan memberiku peluang untukku membesarkan mereka dengan tangan ini selagi ada hayat ini...dan mudah-mudahan kehadiran orang baru nanti akan menambahkan kegembiraan keluarga kami...amin..sesungguhnya setiap apa jua ujian yang menimpa mendatangkan hikmah dan peringatan buat kita semua...

gud news..:)
alhamdulillah, adik ana, Muhammad Arif berjaya mendapat 8A dalam PMRnya yang lepas...mudah-mudahan menjadi khabar gembira buat ayahbonda kami yang berada di tanah suci skrg...mudah-mudahan Allah memurahkan lagi rezeki kami sekeluarga...amin...

No comments: