Thursday, October 06, 2011

update cuti sekolah...

Alhamdulillah...

masih diberi peluang untuk ummi menyambung catatan ummi setelah 2, 3 bulan menyepi di sini...tanggungjawab kerja menuntut ummi mendahulukan amanah yang diberikan terlebih dahulu...hmm..sekarang kebanyakan student tengah bercuti..so kelas stop sementara untuk ummi..sbb ummi banyak mengajar student collaboration UTM..kalau UTM cuti, ummi pun dapatlah rehat sementara..cumanyanya..tinggal lagi kerja2 persediaan kuliah untuk semester akan datang dan menyiapkan penulisan modul ummi..

anak-anak ummi alhamdulillah sihat semuanya biarpun sekarang musim hujan dan bah di setiu dan terengganu seperti kebiasaannya...kakak dan kak ngah memang seronok sebab dapat menikmati cuti persekolahan bersama-sama abah di rumah..maafkan ummi sebab tak dapat bersama-sama kalian..ummi bekerja kerana ummi sudah niatkan kerja ummi ini untuk membantu abah dan keluarga kita dan juga untuk melangsaikan hutang ptptn ummi...sebenarnya ummi berharap agar dapat bekerja sendiri suatu hari nanti..banyak plan dan anganan ummi sebenarnya..cumanya ada hal lain yang perlu diselesaikan terlebih dahulu skrg..sambil2 tu ummi menyimpan untuk merealisasikan impian ummi tu..

banyak peristiwa yang berlaku sebulan dua yang lepas..tapi ummi rasa dah tak sesuai ummi cerita panjang di sini..mungkin fotoblog saja memadai..kalo ada pun yang paling last berlaku 12hb lepas..apabila kereta ummi di langgar dan ditinggal orang tak bertanggungjawab macam tu je..seingat ummi, mungkin itu pertama kali berlaku perkara macam ni...sebab semasa kejadian, tiada saksi yang melihat melainkan Allah jer yang tahu macamana peristiwa ni berlaku..masa tu ummi sedang bertugas mengawas exam student UTM di blok sebelah parking staff..tak tahulah siapa dan bagaimana, ada hamba Allah ni mungkin terlanggar kereta ummi..panik..dan terus cabut lari..kalau dia seorang yang bertanggungjawab, pasti ditinggalkannya fon number untuk ummi hubungi..tapi bukan itu yang berlaku..ujian Allah untuk ummi...

apapun, ummi dah report kat balai pengawal..tapi mereka pun tak dapat nak buat apa2..nk report polis? entah la...sebab ummi mulanya berharap orang yang bertanggungjawab akan tampil atau sekurang-kurangnya bertanggungjawab atas kerosakan yang berlaku..apapun..dah seminggu berlalu..dan ummi rasa ummi dah redha apa yang berlaku..ujian Allah...dan ummi anggap itu sebagai korban zulhijjah kali ini...ummi tak nak cari lg dah siapa pelakunya..kalau diizinkan Allah ummi mengetahuinya, alhamdulillah...
My kelisa yang kemik..alhamdulillah, sekarang dah ok..

alhamdulillah, sekali lg Ya Allah..sekarang kami dalam proses membina rumah impian kami..syukur padaNya kerana mengizinkan kami untuk memiliki rumah kami sendiri..setelah pelbagai halangan dan cubaan yang kami hadapi demi membina sebuah rumah untuk kami sekeluarga diami..masih lagi di awal pembinaan..insyaAllah, jika tiada halangan melintang dan jika dipanjangkan umur awal tahun depan kami akan dapat tinggal di rumah impian kami sendiri..insyaAllah cukup sekadar keperluan kami..bak kata ustaz Azhar Idrus, tak penting buat rumah cantik sangat kat atas dunia ni..rumah akhirat tu pastikan kita adakan dulu dan hias cantik2 dengan amalan kita sekarang..sebab kita nak hidup lebih lama di akhirat nanti...insyaAllah...

Rasanya setakat ni dulu..masih ada kerja perlu dibereskan..ni haa..fotoblog untuk sebulan dua yang lepas...tak sempat nk explain banyak2..huhu..

Front view our coming house atas pelan..tapi yang sebenar takdela cantik sangat macam ni..berdasarkan ilusi pereka pelan jer.. bawah: 2 weeks and 5weeks in progress

































Adik Ummi(Che de Nadiah) yang menjalani operation di HKB kerana masalah tulang leher yang berkait dengan saraf..
alhamdulillah, dah 3 bulan lebih che de berehat dan diberi cuti mengajar(cikgu) oleh doktor kerana masih dalam proses untuk recover..dan sekarang tengah dalam proses untuk transfer ke semenanjung dari Sarawak...dalam keadaan beliau yang tak berapa sihat dan perlukan rawatan susulan dari pakar dari semenanjung memang ummi sangat berharap permohonan che de diluluskan..tokki pun dah ke putrajaya untuk membuat rayuan..lagipun dah dkt 4 tahun che de mengajar di Sarawak..ummi doakan semoga che de berjaya dalam permohonan tu..ameen



the only famly pic..raya ke-3 kat umah tok..baju raya dah tak ada tema dah..






Anak-anak ummi the latest..3 anak dara pakai jubah dress yg ummi baru siapkan..tak tau nak hias apa just beli manik siap tampal and iron jer...credit to che de for da viet silk u gave..bawah: hasan hisap jari??..tak tau nak buat macamana..susah nak suruh dia stop..almost every sleeping time..hehe..



Lastly but not least..i've just lost my lovely phone..k770i creamy silver...sape jumpa sila pm saya yer..hilang masa pegi kedai jahit zailani kat kampung buluh..ntah kat mana la tercicir..apapun, baru jer angkat another sony..nway, harap sangat dapat jumpa balik...banyak fon num collection dalam tu..huhu..gambar ni tinggal kenangan jer la...







Apapun..wait 4 my next update...insyaAllah kalau diberi kelapangan..(biasanya waktu lapang banyak buat benda lain)..till then..Assalamualaikum..


Tuesday, September 06, 2011

Salam Aidilfitri


Kuikhlaskan hati mohon kemaafan,
Moga lebur segala dosa dan kesilapan,
Berganti dengan bingkisan ucapan,
Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu..dan semoga syawal ini juga sebaik Ramadhan yang pergi..

dan semoga..
akan bertemu lagi dengan Ramadhan seterusnya..

ameen..
SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI..daripada kami sekeluarga..

Monday, August 22, 2011

Anak saya terjatuh..

hmm...xtau sebenarnya dari mana nak mula..sebab sebenarnya kejadian ni dah berlaku sebelum Ramadhan lagi..cumanya nak berkongsi kenapa pentingnya kita ambil berat apabila anak terjatuh..

Akhir Julai lepas ummi bawa anak ummi, Amir Hasan ke unit kecemasan HSNZ Kuala Terengganu apabila ummi dapati kepala sebelah sisi kirinya ada benjolan lembik(macam ada air kat dalam)..ummi dah perasan ada benjol kecil 2 minggu sebelum tu..tapi ummi ingat benjol biasa sebab hasan selalu juga terjatuh dek kerana dia makin aktif sejak pandai berjalan ni..tapi apabila dah nak masuk 3 minggu ummi perasan benjol dah jadi semakin besar..dan ummi mula bimbang sbb benjol tu tak surut2..

akhirnya ummi bawa Hasan ke private clinic untuk cek...Hasan kelihatan ok je..tak menangis dan nampak tak sakit langsung walaupun ditekan pada benjol tu...sbb tu ummi pun tak kisah sangat pasal benjol tu..sbb lain2 pun ok..makan minum ok..tidur mcm biasa dan tak menangis kesakitan....apabila dibawa ke klinik, doktor cakap perlukan xray untuk tengok puncanya...sbb tu ummi tak buang masa dan terus bawa hasan ke Unit kecemasan HSNZ...

Sampai je di sana, dan lepas ummi explain kat kaunter saringan, terus menunggu di bahagian rawatan tidak kritikal..sbb hasan pun tak nampak sakit..tak lama menunggu, doktor terus panggil masuk ke dalam. Dr arahkan buat x-ray sbb nak tengok if ada sebarang keretakan.
Sangkaan doktor memang benar..ummi sendiri dapat lihat garisan halus fractal pada sisi kepala hasan...kemudian, Dr arahkan supaya hasan ditahan di HSNZ untuk buat CT scan...




nway, hasan cuma warded 24 jam untuk observation dan CT scan...alhamdulillah dan terima kasih diucapkan pada kawan abg yang kebetulan doc yang bertugas ms tu sbb percepatkan CT scan tu...after CT scan, alhamdulillah Dr ckp tak ada bleeding inside..cuma air dari dalam keluar sikit melalui leaking tu..sbb tu ada benjol lembik..dan insyaAllah doktor ckp akan baik sendiri sbb masih baby...faktor yang boleh menyebabkannya mungkin daripada kesan terhantuk atau terjatuh..itu kata doktor....hari ni ummi tengok hampir hilang dah benjol tu ..Alhamdulillah sbb Allah masih memanjangkan usia anak ummi ni..na'uzubillah semua ni berulang lagi..more about bahaya terjatuh n fractal ni pada kanak-kanak bleh baca artikel ni..terjumpa di Blog Dr Muna, wife kepada penulis SaifulIslam.com..

http://drmuna.wordpress.com/2010/01/01/bayi-saya-jatuh-tapi-ok/


Apabila perkara macam ni berlaku pada anak ummi, ummi tak salahkan sesiapa..mungkin ianya berlaku sebagai peringatan buat ummi sendiri..supaya ummi lebih berhati-hati lain kali..memang ramai yang tanya jatuh kat mana?taska ke?or macamana terjatuh dsbg...bagi ummi mungkin ini ujian Allah pada kita..bukan perlu tanya siapa yang buat..atau siapa bertanggungjawab..semua ni ummi terima sebagai ujian untuk ummi dan anak-anak ummi..semoga hasan makin sembuh dan pulih sepenuhnya..cuma masih lagi kene follow up dengan neuro surgery specialist..doakan hasan cepat sembuh..ameen..

Apapun, hati ummi tersentuh apabila melihat adik Iman di sebelah katil hasan..3 bulan terbaring di hospital selepas kemalangan yang menyebabkan beliau pecah tempurung kepala dan masih belum sedar sepenuhnya...suatu keadaan yang amat sedih untuk dilihat apatah lagi ditanggung...untuk mokcik Nik, ummi doakan semoga beliau sekeluarga tabah, diberi kekuatan dan semangat yang kuat di atas setiap ujian Allah...untuk adik Iman juga, semoga cepat sembuh..nnt nak jadi pendakwah bebas,kan...

Sunday, August 14, 2011

Ramadhan ini..

Alhamdulillah yaAllah..

bersyukur kerana masih dipanjangkan usia ini untuk menikmati Ramadhan kali ini seadanya namun penuh keberkatan bagiku...

Ramadhan ini..
Alhamdulillah, anak sulongku husna diberi kekuatan untuk berpuasa...sehingga sekarang(hari ke 14) puasanya masih lagi penuh..biarpun ini pertama kali kakak berpuasa...insyaAllah kakak..ummi akan hadiahkan sesuatu sebagai ganjaran untuk kesabaran kakak berpuasa..dan insyaAllah ganjaran yang lebih besar telah dijanjikan Allah untuk kita..

Ramadhan ini..
sahurku Alhamdulillah..masih belum tertinggal dan masih diberi peluang untuk ku bangkit dan menyediakan makanan sahur untuk suami dan anak-anak yang turut berpuasa..biarpun adakalanya bangkitku sedikit lewat dan waktu sahur hanya berbaki lagi 15 minit dek kepenatan menyiapkan kerja rumah semalamnya..

Ramadhan ini...
Alhamdulillah, aku dapat meneruskan tadaruus dan terawih biarpun hanya di rumah kerana anak-anak membutuhkan diriku di rumah..namun dapatlah aku menumpukan perhatianku kepada anak-anak dengan mengajak mereka mengaji dan bersolat bersama-samaku..

Ramadhan ini..
Alhamdulillah, aku berbuka sesederhana yang mungkin...kuih muih bukan satu keutamaan biarpun hati masih berkehendak.. kerana aku tidak mahu berlebihan melayan nafsu makan..sehinggakan pernah sehari aku hanya minum dan makan sebiji kurma semasa berbuka dan esoknya ketika sahur aku masih tidak berasa lapar..mungkin berkat sebiji kurma yang dimulakan dengan bismillah..

Ramadhan ini..
Aku rasa lebih teratur..masuk kerja lebih awal dari kebiasaanku..dan dapat aku menyelesaikan urusan pekerjaan dengan lebih cepat dan mudah...pelajar-pelajarku juga jarang memonteng biarpun sedikit kepenatan sebelah petangnya..aku sentiasa mengingatkan mereka bahawa Ramadhan ini adalah bulan keberkatan..sedikit kita belajar namun banyak yang diingat kerana tiada gangguan nafsu makan yang beraja dan melemahkan badan..

Ramadhan ini..aku juga berniat sesuatu..ada sesuatu yang belum kulakukan..insyaAllah, aku yakin Allah akan mempermudahkan..semoga apa yang akan kulakukan ini menjadikan Ramadhan ini lebih manis buatku..dan doaku..semoga ini bukan Ramadhan terakhir buatku..
hari ke-15 sudah mahu menjengah..namun masih banyak belum ku lakukan..dek rehat 7 hari yang Allah berikan..namun alhamdulillah..10 malam terakhir tidak akan kusiakan..

YaAllah...berikanlah aku kenikmatan beribadah agar dapatku manfaatkan Ramadhan ini untuk terus mendekatiMu..limpahkanlah rahmatMu ke atas keluarga kami...dan jadikanlah kami dari golongan yang bersyukur dan diberkatiMu..ameen..

Allaaaahuaakbar...Alhamdulillah..


Monday, June 27, 2011

Hari Jumaat yang panjang..


Alhamdulillah..
Syukur yaAllah..masih panjang umur anak-anak dan suamiku..dan terima kasih Ya Allah kerana menyelamatkan anakku..

Pagi Jumaat:

Macam biasa setiap hari Jumaat Ummi agak sibuk menguruskan anak-anak, siapkan kerja bersih rumah, basuh baju, masak dan segala tanggungjawab ummi..kebetulan hari tu ummi agak happy sebab tok n tokki padang midin datang tidur umah malam semalamnya..walaupun penat sedikit tapi ummi tak kisah sebab ummi memang suka adik-adik dan mak ayah ummi datang..abah awal-awal lepas subuh dah keluar..nak ke Rusila katanya..pagi tu ummi bangun tidur, solat subuh dan terus ke dapur untuk buat sarapan..ummi masak nasi goreng+roti goreng celup telur+kek batik biskut marie(buat sehari sebelum tu)..lepas sarapan, terus keluar jemur kain dan sapu laman depan rumah...tok tengah bersiap nak ke SK Merang(sekolah tok mengajar) sebab nak tengok murid-murid tok berkhemah kat sekolah. Anak-anak ummi apa lagi, terus nak ikut sama..terpaksalah tokki bawa semua anak-anak ummi bersama...nasib baik ada cikya tolong pegang Hasan masa kat sana..sebab nanti tokki balik bari semula untuk berehat sementara tok selesai tugas di sekolah..

Kek marie yang ummi buat khamis petang..yang ni ummi potong siap-siap nak hantar ke umah che de yah..versi comot sebab bekas potongan kakak..













11.50 am:
Abah baru sampai di rumah.. tokki pula tengah bersiap nak ambil tok di sekolah dan balik ke padang midin semula sebelum solat jumaat..kebetulan minggu tu abah yang kene baca khutbah kat Masjid Kg. Bari..so, biasanya abah akan bersiap awal untuk ke masjid dan baca-baca dulu teks khutbah..masa nak balik sempat lagi abah bekalkan tokki dengan 3 biji kelapa muda..tak lupa juga ummi minta tokki bawa balik puding tauhu yang tok buat di rumah kita pagi tu..kebetulan tok yang beria sangat nak buat puding tauhu untuk bagi cikgu-cikgu sekolah yang bertugas kat perkhemahan tu makan..bakinya, ummi simpan sedikit untuk kita dan selebihnya ummi bungkus bagi tokki bawa balik ke padang midin..rasa berat hati ummi bila adik-adik ummi dan tokki nak balik..bukan selalu mereka datang tidur di bari..insyaAllah, bila dah naik rumah kita sendiri nanti ummi akan selalu jemput tok dan tokki ke rumah..













Puding tauhu yang belum disiram dengan sirap laici..bekas kecik untuk tok bawa ke sekolah..
2.25 p.m
Seperti biasa, hari Jumaat ummi selalu dijemput ke majlis tahlil dan bacaan yaasin bersama makcik-makcik dan golongan muslimat Kampung Bari. Minggu ni giliran di rumah Mok Yam pula. Abah tak ikut sekali memandangkan warga lelaki tak dijemput sama. Kak ngah, kakak dan kak cik dah siap pakai tudung dan baju kurung menunggu di luar untuk ikut sama ke majlis tu. Sedang ummi bersiap-siap sambil berbual dengan abah tiba-tiba..."kung!!!"(bunyi sesuatu dihantuk pada besi)

"Ummi...ummi...kak ngah jatuh.."

"Astaghfirullahal'azim..jatuh mana..jatuh kat mana tadi kakak?"
"..err..jatuh kene kat besi ampaian tu haa..marilah tengok kak ngah ni ummi.."
"Allahuakbar.."

Kak ngah berguling-guling sambil menangis atas sofa...tangan kak ngah pekup di kepala..darah menitik dari tangan kak ngah..

"ummi..sakit,ummi..sakit sangat..."

"Ya Allah, apa nak buat ni.."

Ummi jadi panik...terus panggil abah bila tengok darah banyak keluar kat kepala kak ngah sampai basah tudung kak ngah..kak ngah pun jadi panik bila tengok tangan penuh darah..ummi cepat-cepat kesat darah dan tenangkan kak ngah..abah pula cuba hentikan darah dan baca doa penahan untuk tahan darah..alhamdulillah, buat seketika, darah berhenti mengalir..kemudian, macam biasa, apabila ada apa-apa kecederaan macam ni ummi bagi makan ubat arnica dulu(ubat homoepathy untuk cedera ringan atau luka-luka kecil) ..nasib baik kak ngah senang makan ubat homoepathy..

Kuasa Allah..apa yang ummi rancangkan petang tu lain jadinya..ummi dan abah terpaksa berkejar ke hospital setiu bawa kak ngah untuk rawatan..luka kak ngah di dahi agak dalam dan panjangnya lebih kurang seinci..ummi periksa juga kalau-kalau ada luka kat tempat lain..dalam perjalanan kami diam je..ummi tengok kak ngah pun dah nak tertidur sambil merengek perlahan mengadu sakit..darah meleleh lagi kat dahi kak ngah..ummi lihat kakak diam je dan beberapa kali juga kakak cuba menenangkan kak ngah dan tolong ummi lap darah..kakak nampak simpati sangat pada kak ngah..

sampai di hospital ummi tolong daftarkan kak ngah dan abah bawa kak ngah masuk bilik kecemasan..ummi sangat-sangat berharap luka kak ngah tak serius..alhamdulillah, 20 minit kemudian, abah bawa kak ngah keluar dengan plaster dan kapas kat dahi..hmm..kene 4 jahitan kata abah..nasib baik kak ngah tak apa-apa dan kami terus bawa kak ngah pulang..

5.30 p.m:
Ummi ajak kak ngah makan tapi kak ngah menolak..tak selera agaknya sebab tengah sakit lagi..katanya dah makan nasi goreng pagi tu..ummi biarkan je kak ngah berehat dan baring kat depan sambil tengok tv..tiba-tiba kak ngah bangun dan berlari ke dapur..katanya nak muntah..ummi tolong legakan kak ngah dan minta kak ngah berehat..tapi lepas sejam kak ngah muntah lagi..ummi dah bimbang masa tu..agaknya sebab jatuh tadi ke..

7.00 p.m:
Memandangkan kak ngah muntah banyak kali, ummi pun call pok lang untuk tanyakan pendapat dia..poklang MA kat kompleks rawatan harian HSNZ..pok lang minta ummi bawa kak ngah ke kecemasan HSNZ Kuala Terengganu untuk pastikan keadaan kepala kak ngah macamana..pok lang bimbang kalau-kalau berlaku gegaran yang serius dan mengakibatkan adanya darah beku dalam kepala kak ngah

7.45 p.m:
Semua dah siap mandi, solat dan bersiap nak ke hospital..kak ngah muntah lagi..ummi dah bimbang dah...ummi berdoa banyak-banyak minta pada Allah supaya keadaan kak ngah tak serius dan tak berlaku apa-apa yang membahayakan anak ummi ni..masa nak keluar hujan tengah lebat dan tiba-tiba je blackout..hmm..memang ujian sungguh hari tu..alhamdulillah akhirnya kami selamat sampai ke HSNZ..

Masa mendaftar di kaunter saringan, ummi ceritakan keadaan kak ngah..sekejap je kak ngah dah dipanggil masuk ke bilik pemeriksaan. Doktor minta kak ngah dibawa untuk x-ray di unit radiologi..nasib baik tak menunggu lama..lepas selesai terus jumpa doktor..Alhamdulillah, doktor kata kak ngah bernasib baik sebab tiada darah beku dalam kepala..cuma mungkin simptom akibat berlaku gegaran pada kepala saja..doktor bagi pilihan samaada kak ngah dipantau di hospital atau ummi abah monitor sendiri di rumah..akhirnya abah minta supaya kak ngah dibawa pulang..
10.15 p.m:
Sebenarnya kebetulan sepupu ummi, Muhammad Ikhwan Naim adakan majlis doa selamat untuk isterinya, Dr Mardziah yang menunggu untuk bersalin raya nanti..Majlis malam tu dibuat di Paloh, kampung nenek ummi..alang-alang dah ke KT ummi minta abah singgah sebentar di Paloh. Kak ngah jadi perhatian malam tu..semua nak tengok luka kak ngah..dan tanyakan keadaan kak ngah..Alhamdulillah, kak ngah dah mula makan sikit kat majlis tu..kami makan-makan dan terus kita bertolak balik ke Setiu.

11.10 p.m:
Tok ada beritahu nak datang malam ni..nak ambil laptop dan purse Arif yang tertinggal pagi tadi..kebetulan tok baru habis program kat SK Merang..nasib baik kita sempat sampai rumah...tapi balik umah tengok letrik masih tak ada..ummi minta abah periksa kalau-kalau ada suis yang 'tendang' disebabkan kilat yang kuat tadi..rupa-rupanya memang betul sangkaan ummi..sebaik saja ummi pasang lampu, tok pun sampai..tapi lepas 10 minit, tok dah minta diri untuk pulang sebab dah lewat malam..lepas tok balik je ummi dan abah terus masuk tidur..

Alhamdulillah yaAllah..hari ini berjaya dilalui dengan pertolongan yang sangat banyak dariMu..mudah-mudahan hari esokku lebih baik daripada hari-hari yang sebelumnya..dan hari seterusnya lebih baik daripada hari-hari yang telah berlalu..peliharalah kami sekeluarga dari perkara-perkara yang memudaratkan..sesungguhnya kami menyerahkan segalanya kepadaMu..hidup dan mati kami adalah keranaMu..ameen..

Untuk anak-anak ummi..kakak, kak ngah, kak chik dan Adik..
Jangan main-main yang bahaya tu lagi..umi risau tau!!







Wednesday, June 22, 2011

Menanti di Barzakh..-Far-East

Nasyid yang sangat menginsafkan..



Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Di alam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata.

Wednesday, June 15, 2011

new template cartoon



Blog ini perlukan template yang baru!!
Itu memang pasti..tapi saya tak pasti lagi samaada nak ubah template blog ini atau bina blog baru khas untuk coretan saya tentang anak-anak..
hmm...2 hari juga saya buat semua ni..tapi selang seli dgn siapkan kerja la..bila mengantuk buat kerja, saya sambung buat lagi..anak-anak memang inspirasi saya..dan semua design ni saya tengah pertimbangkan samaada nak letak dalam blog yang baru atau tukar skin blog ni jer..tapi saya pasti sangat rindu untuk lihat balik wajah tema yang lama ni..

mungkin saya akan jadikan design-design ni khas untuk blog yang baru..

tapi satu je hal yang kurang baik..mungkin saya lagi susah untuk update lebih daripada satu blog..ahh..macamana ni..saya sangat sayang untuk tukar skin sedia ada ni biarpun dah tak sesuai sebab masa saya buat template coklat-kuning ni saya baru ada 2 anak..

apapun, memang perubahan memerlukan pengorbanan..
insyaAllah, semoga perubahan ini menjadikan blog ini lebih baik daripada dulu..bukan sekadar dari rupanya, tapi isinya juga..amin..

saya terpaksa publishkan dulu design ni kat sini untuk gunakan balik sebagai image source saya..tak tau kenapa saya tak boleh nk letak gambar yang saya upload pada server lain..so, itu sebabnya saya masukkan banyak-banyak kat sini..senang nak guna kemudian..

ok, saya sambung kerja dulu..

















Friday, June 10, 2011

Dia makin sembuh..

Alhamdulillah.. ><

kak ngah dah makin sihat sekarang..last appointment 11 April lepas kami ke IJN lagi dan doc buat beberapa checkup untuk pastikan keadaan jantung kak ngah sekarang..tiada lagi lubang, jantung sudah mengecil hampir kepada saiz sepatutnya dan yang paling seronok bagi kak ngah, dia tak perlu makan aspirin lagi (aspirin tu untuk mencairkan darah dan serasikan tubuh kak ngah dengan alat yang dipasang pada jantung)..doktor cakap kak ngah cuma perlu attend beberapa follow up session untuk 3 tahun lagi kalau takde pape masalah...alhamdulillah, cukup untuk membuatkan ummi lega seketika..yang penting kak ngah makin sembuh..

thanks to k.vza n a.joe(sepupu saya) sebab izinkan kami menumpang sehari dua di town house mereka...tinggi betul rumah tu..memang dah sempit benar KL sekarang ni..agaknya memang tak senang duduk juga bagi kami yang tak biasa dengan suasana KL ni..apapun, ummi sangat rindukan suasana kampung semasa kami sekeluarga tinggal di Marang..itulah kali pertama kami tinggal di rumah kampung..rumah papan..dulunya ada juga bercadang nak bina rumah papan ala kampung..tapi kos rumah papan pun dah lebih tinggi daripada rumah batu kata abah..so, terpaksalah buat pelan rumah batu juga..insyaAllah sedang berusaha untuk membina rumah sendiri mengikut citarasa kami...buat masa ini, rumah sewa memadai dengan keperluan kami..semoga dipermudahkan segala urusan kami..

Gambar: Hasan tengah seronok main kuda sambil menunggu doc panggil kak ngah di IJN..

12 Jun 2011 ni adalah ulangtahun pertama 'Adik'=Hasan..kali ni hasan adalah pemegang title tu sehinggalah dia dapat adik pula..ummi doakan hasan akan menjadi anak yang soleh dan pemimpin keluarga kita nanti..hmm..hasan sekarang lebih mirip dengan kakak husna..cuma hasan lebih cerah..
ummi masih simpan gambar kek hari lahir kak cik tahun lepas..ni haa..masa tu kak cik masih lagi 'adik'.
Apapun, sekarang hasan pulak jadi adik..lagi 2 hari Hasan akan masuk setahun..Wan Amir Hasan..here an advance wish from Ummi..
"Selamat Hari Ulangtahun yang Pertama Hasan.."
Semoga anak-anak kami semuanya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah..Ummi sayang kalian..tiada kalian, maka Ummi pasti kehilangan inspirasi untuk menulis di sini..

Sekarang musim cuti sekolah..sangat banyak masa lapang bagi kalian..tapi maaf, Ummi tak dapat berada di samping kalian kerana kerja menuntut Ummi untuk berkorban..harap anak-anak Ummi sihat sentiasa dalam jagaan Allah..

Ya Allah, peliharalah anak-anakku dan orang-orang yang aku sayangi..sesungguhnya segala yang berlaku kami serahkan padaMu Ya Allah..

alhamdulillah Ya Allah..atas segala nikmat yang Engkau berikan..limpahkanlah rahmatMu ke atas segala pemberianMu kepada kami..permudahkanlah segala urusan dunia akhirat kami Ya Allah..Semoga kami sekeluarga dalam lindunganMu..amin..

Love, Ummi..

Monday, December 06, 2010

Yang berlalu biarkan pergi..



Alhamdulillah..

masih ada kesempatan untuk ummi terus mencoretkan sesuatu di sini..sedang masa selalu menghambat, namun hari ini alhamdulillah...masih ada ruang untuk ummi mencelah seketika..

hmm, pos terakhir yang lalu, ummi dah sampaikan pada semua tentang kepulangan kita dari IJN selepas prosidur ASD Closure Kak Ngah..

alhamdulillah..hati ini lebih tenang melihat anak-anak sihat semuanya..nikmat terindah yang
Allah berikan untuk ummi..sedayanya ummi cuba untuk mencurahkan kasih sayang pada anak-anak sebagaimana tok lakukan pada ummi dulu..tok(ibu ummi) banyak jadi contoh bagi ummi..tok suka membaca..buku-buku motivasi, majalah-majalah kekeluargaan dan ilmiah selalu menjadi peneman sebelum tidurnya..ummi pun ada jugak baca buku-buku yang tok beli...memang sangat merangsang pemikiran dan motivasi diri ummi...

insyaAllah 10 April nanti kita akan bertolak lagi ke IJN untuk follow up keadaan k.ngah selepas 6 bulan prosedur closure tu..

mudah-mudahan kak ngah dah makin pulih...cumanya risau jugak ummi sebab kak ngah selalu refuse bila ummi nk bagi ubat..so, ummi just masukkan ubat tu dalam susu yang kak ngah minum setiap hari tanpa kak ngah sedari..hmm..asalkan kak ngah makan ubat..insyaAllah ummi harap semuanya akan baik..

sangat lama ummi tak post di sini..ckuplah di sini dulu untuk kali ini..ummi akan sambung lagi nanti...bila?insyaAllah...pada masa ummi dilapangkan waktu dan diberi ilham untuk terus menulis di sini...terlalu banyak yang ummi ingin kongsikan.. :)

Sunday, September 19, 2010

SALAM AIDILFITRI..


Salam..

Walau Ramadhan telah berlalu, namun diharap semangat Ramadhan yang lalu tidak akan putus..
Mohon maaf di atas segala kesilapan dan kekurangan..mudah-mudahan syawal ini tidak dipersiakan..mudah-mudahan masih dipanjangkan usia kita untuk bertemu Ramadhan dan Syawal seterusnya...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..&..

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA 6... ;)

Sunday, April 25, 2010

Kesian kak ngah..


"..err..12 batang ker??"

"...yer, gigi dia yang masih boleh dirawat tanpa dicabut mungkin cuma 8 batang jer..itupun kita kene bagi treatment akar gigi untuk gigi susu yang masih tinggal..yang mana perlu ditampal kita akan tampal.."

"...kene buat jugak ker?walaupun dia tak sakit gigi??"

"....kami terpaksa buat jugak memandangkan prosedur IJN yang menetapkan patient supaya bebas masalah gigi sebelum sebarang prosedur pembedahan dijalankan..bukannya apa, bimbang kalo any infection berlaku sebelum or selepas pembedahan jantung tu nanti..even infection tu dari gigi yang rosak.."

"..ooh..macam tu.."

"..nanti agak2 berapa lama gigi baru dia akan tumbuh??"

"..mungkin akan tumbuh macam kanak2 lain jugak..mungkin dalam setahun dua ni gigi kekal akan tumbuh, tapi kemungkinan besar berisiko untuk gigi tu tumbuh secara tak teratur memandangkan dicabut lebih awal sebelum gigi tu sepatutnya dicabut..."

"hmm....terpaksala kan..."

takpela kak ngah..skrg ni dah banyak rawatan untuk mencantikkan gigi..doktor pun dah cakap, kalau gigi kak ngah tunggang langgang keluarnya nanti, still boleh dibaiki kemudian..lagipun ummi bimbang jugak...yang lebih penting kesihatan dan jantung kak ngah akan kembali normal nanti..itu doa ummi selama ni..hmmm...esok ummi kene temankan kak ngah dok hospital...kene masuk wad untuk pembedahan gigi kak ngah...terpaksala tinggalkan kakak n husnina kat abah 3 hari ni..nasib baik ummi dah explain kat kak ngah pasal pembedahan gigi tu...tak sakit pun, sambil tido jer..bangun tido dah siap cabut...(bius penuh laa.. ;))..nantila ummi post gambar kak ngah lepas pembedahan tu nanti...till then..hopefully everything would be fine...

Saturday, February 13, 2010

Khabar dari IJN..


Salam.. /hihi

Maaf sebab agak lama tak post kat sini..selalu bukak, tapi tak berkesempatan nak menaip sesuatu untuk dikhabarkan..insyaAllah, ana cuba la recall any news yang penting tentang kami n myself..

Latest, alhamdulillah kami baru jer pulang dari KL 8 Feb lepas..macam tahun2 sudah..kami bawa kak ngah (husni) untuk follow up and checkup kat IJN...but this time rasanya lebih jelas untuk dikhabarkan perkembangan kak ngah memandangkan end of this year, the cardiology specialist would proceed the treatment with operation untuk memasukkan alat melalui salur darah untuk menutup lubang pada jantung kak ngah..insyaAllah, do'akan semoga lepas operation tu, jantung kak ngah akan berfungsi secara normal dan tiada lagi penyakit atau komplikasi lain pada kak ngah..harap2 operation tu akan berjaya sepenuhnya dan kak ngah akan sihat seperti kanak2 yang lain...hanya Allah yang tahu betapa besarnya harapan kami agar dapat melihatnya membesar macam anak2 yang lain...memang selama ini zahirnya tiada komplikasi ketara pada kak ngah sepanjang kami membesarkannya, tapi ibu bapa mana yang sanggup melihat anak2 mereka membesar dalam keadaan membimbangkan??

apapun...kak ngah dah masuk skolah sekarang...sampai skrg ni pun pegi mana2 mesti tak bleh tinggal beg skolah pink mickey mouse tu..she's very excited about schooling..kalo dulu dia selalu merungut tak dapat pegi skolah macam kakak..sekarang kak ngah dah satu sekolah ngan kakak..Tadika Yayasan Islam Terengganu cwngan Permaisuri...alhamdulillah, so far kakak dah boleh mengaji al-Quran since tahun lepas lagi...kak ngah pulak kami tak memaksa sangat memandangkan doc sendiri ckp perkembangan dia mgkin agak lambat sikit dari segi fizikal or mental...apepun, so far kami rasa daya ingatan dan hafalan kak ngah kadang2 lebih baik dari kanak2 lain yang sebayanya....macam mak ana slalu cakap, perkembangan dan potensi diri anak2 tu berbeza...kakak memang dari kecil dah minat nak mengaji..sebab tu kami tekankan kakak lebih kepada tu...kak ngah pulak insyaAllah, harap2 dapat belajar lebih baik lepas operation tu nanti...hmm...kakak skrg tengah nak struggle untuk membaca Bahasa Melayu lebih lancar...cuma kadang2 tu tak tau cemaner nak pupuk minat kakak kepada membaca pulak...ada pengalaman??nanti blehla kongsi...memang kakak agak terkedepan dan lebih minat dalam mengaji daripada membaca...sbb kami mulakan ajar kakak bacaan iqra' since 3 tahun lagi..dan masuk 4 tahun kakak dah masuk iqra' 5...bila masuk skolah terus kakak diserap dalam kumpulan pintar Quran 5 tahun..alhamdulillah...sekarang kakak hampir menguasai keduanya..cumanya skrg ni kene mulakan english lesson jugak..harap2 kakak tak confuse blajar dua-dua skali nanti.. /blur

about my little angel, husnina...hmm..ni la penghibur hati ummi tatkala abah, kakak n kak ngah ke skolah...husnina memang anak yang baik...sejak kecil memang tak banyak karenah...husnina dah berjalan since 9 months..tapi bab bercakap jer yang tak berapa jelas lagi...semuanya sepatah-sepatah jer yang keluar dari mulut dia..nway...dia still jugak bercakap n mintak orang dengar..huhu..sabar je la ummi ni...nak faham satu hal..kalo tak layan merajuk pulak...nway, tula yang slalu jadi penghibur kakak2nya..n ummi abah... :)

about me..
nantila ana ceritakan lagi.. ;) maybe ada yang dah tau perkembangan diri ana n famly, but we actually waiting for good news this june..haha.. :D till then, please..do pray for my famly especially kak ngah...may Allah bring us back..insyaAllah.. /bye

lupa nak wish congrats to my cousin, joe n sis vza for their second baby..tak berpeluang nak melawat lg..berpantang katne yer...untuk pie n tiey also...mabruk alaik utk new baby in the new house..tima kasih sebab tumpangkan kami masa kat KL baru nih...maafla kalo menyusahkan..insyaAllah, ada peluang ble g serdang lg...kem salam kat baby UMAR..

Monday, October 12, 2009

Bukan semua orang senang...

Ana terbaca kisah ni daripada forward seorang kawan yang juga seorang guru..cuma nak berkongsi cerita ni..semoga jadi panduan dan peringatan untuk kita..
Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.
Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”Dia terkejut dan wajahnya berubah.“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu,
“Maafkan cikgu, …….”
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
~TAMAT~

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru,
sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikirir
v. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

Sumber:

Friday, October 09, 2009

Kene TAG??

Huhu..tak perasan haritu kene TAG ngan my sis, ida..ida cakap kene jawab gak..

1.Suka memasak?

- Sangat suka masak untuk orang..especially untuk abang n anak2..time nak makan sendiri masak jer ape ade yg simple2 tu..

- Suka masak lauk pauk, nasi2 n puding2, agar2, n kuih muih yang tradisional jer..(bingka2, lempeng, sekaya, seri muka, laksam, pengat2..)yg kene main taruk manik2 or 'BISKUT RAYA' memang kurang minat sket..tak cukup sabar nk buat tu..


2.Masakan istimewa anda untuk yang tersayang adalah.. (2 jenis)

-Gulai serai or gulai kampung ikan pari or ikan yu

-Kari ikan (ikan merah, or ikan besar2) + terung or bendi..kalo masak yang ni, memang confem tambah..


3.Makanan istimewa yang anda suka waktu Raya? Kenapa? (2 jenis)

-Ketupat daun palas cecah daging goreng merah/rendang ayam.

-Nasi himpit kuah kacang or semua jenis nasi2..(aik..dah lebih 2 ker??)


4.Kuih raya kegemaran anda dan si dia?

- Ana** Tat (nenas, strawberi or jem pape la..nangka pun..)+ biskut kacang.

-Yg tersayang**Kuih...err..kacang2 n kepek2 jer kot..sekut raya dia tak minat sangat..sesuai sangat la dengan saya yg tak suka masak biskut2 nih... ;)


5.Tayang sikit gambar masakan dari anda..hehe..
Kat atas tu..pegedil (betul ker eja tu..)untuk soto mak ari tu..berbuih tu..dalam kuali lagi..haha..aisey sory da..tak sempat nak snap gambar dah habis dimakan..nak wat cemaner...lenkali la yer..("sebenarnya tak suka tunjuk org, nnt orang cakap menunjuk-nunjuk"..alasan kalo orang suh tunjuk)

6. Tag 10 Orang Rakan anda:
jenuh nak mencari sasaran..hehe..
1. nad-my sis
2. my ex-boss-putihsalju
3. mun-munadib
5. pa n wife-nafastari
7. nurin-nurinmz
8. kak sue-suzailah
9. adik fiza kedah
10.kak baiti-sitinorbaiti
Selamat Menjawab yer..